Berkaca anak mata Eva saat ini. Kepala wanita itu digosok-gosoknya sebagai tanda dia telah pun berjaya.

"You did great, Iris... You did great..." Ucap  Eva penuh sebak di dada.

Bahkan Iris tidak berkata apa. Hanya mampu menangis, bersyukur kerana Allah mempermudahkan segala urusan. Biarpun bayi itu wujud dengan hasil yang haram. Namun, Tuhan tetap memberikan dia peluang untuk melahirkan anak itu dengan mudah.

Anak matanya hanya melihat ke atas. Seolah-olah ada cahaya yang datang ke arahnya memberi petanda gembira. Bibir yang kering itu terus tersenyum. Dia reda untuk pergi.

"Cik Eva. Bayinya perempuan!" Kata si misi itu.

Eva tersenyum gembira. Langsung dia menyambut bayi yang diserahkan oleh misi itu secara berhati-hati. Comel sungguh wajahnya. Putih berseri, pipi merah. Bulu matanya lebat, kening terukir cantik. Masyallah, indah sungguh ciptaan yang maha Esa.

"Iris! Kau dapat anak perempuan. Comel macam muka kau. Tengok ni!" Ujar Eva, dia membawa bayi itu dekat dengan Iris yang berada di atas katil. Ingin menunjukkan bayi yang dilahirkan comel seperti emaknya.

Namun, wanita itu langsung tidak menoleh melihatnya. Matanya hanya memandang ke atas tanpa berkelip.

Kening Eva berkerut. Jantungnya kembali berdegup laju. Entah mengapa dia rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Iris?" Eva cuba memanggil nama itu.

Bahkan, tidak dijawab. Makin membuatkan Eva rasa gelisah. Wajah doktor dipandang.

"Doktor, kenapa dengan Iris?! Iris, bangun iris!"

Lekas Doktor itu berlari ke sebelah katil. Diperiksa bahagian lengan dan leher wanita itu untuk merasakan sama ada denyutan nadi masih berjalan atau tidak.  Kemudian, wajah doktor itu terus berubah. Jelas menandakan berita tidak baik bakal menjengah ke telinga. Mata yang terbuka itu, disapu agar terpejam dengan sempurna sebelum kain putih ditarik menutupi seluruh muka.

Eva geleng kepala. Tak mungkin!

"Iris! Kenapa kau pergi? Iris, bangun balik!"

"Cik Eva, sabar Cik Eva!"

"Apa? Sabar? Kenapa dia yang kena pergi? Sepatutnya jantan-jantan tak bertanggungjawab itu yang harus pergi dahulu bukan dia!!!" Bentak Eva, tidak puas hati.

"Bawa bertenang cik Eva..."

"Tak guna jantan-jantan tu, dia biarkan Iris rasa terseksa sedangkan mereka boleh hidup bahagia dengan pasangan yang lain... tak guna!!!"

Tuk!

"Auch!" Eva mengaduh sakit. Mimpi pahit yang bermain sebentar tadi lenyap serta-merta. Kepala yang terhantuk dicermin kereta saat berhenti mengejut digosok-gosok perlahan. Haih, mengapa mimpi seperti itu kembali datang ke dalam lenanya?

"Maaf, Cik Eva! Tadi ada lelaki tu dia melintas secara mengejut. Saya terpaksa berhenti mengejut jugak." Kata si pemandu itu. Merayu meminta maaf atas kesilapannya tadi.

"Tak apa. Teruskan jalan." Kata Eva acuh tak acuh.

Pemandu itu mengangguk kepala tanda akur. Lantas, pemanduan pun diteruskan seperti biasa. Sampai sahaja di persimpangan, kereta pun membelok ke kanan.

Tidak sampai beberapa minit, kereta yang dipandu akhirnya berhenti apabila tiba dihadapan sebuah tadika mesra. Terus Eva melangkah keluar dari perut kereta, dengan kasut tumit tinggi berwarna hitsmnya dia berjalan penuh gaya masuk ke dalam kawasan itu. Cermin mata hitam yang dipakai ditanggalkan lalu disimpan ke dalam beg tangan mahal miliknya.

EVAWhere stories live. Discover now