Tiba-tiba kedengaran gelak tawa nakal dari mulut Aidil membuatkan kening Raudah berkerut pelik.

"Kenapa sayang gelak?" Soal Raudah, bingung. Dia mengangkat muka memandang suaminya. Dan lelaki itu memuncungkan bibir, menunjuk ke arah satu skrin yang tiba-tiba bercahaya.

Mata Raudah mengecil sedikit saat terkena silau. Namun, dia tetap juga ingin melihat video apa yang bermain di skrin besar itu. Pasti suaminya ada buat video luahan perasaan! Oh, romantik sungguh.

Bibir sudah awal mengukir senyuman. Pelukan pada lengan suaminya diperkemaskan lagi.

"Video ni... tanda cinta abang pada Raudah." Bisik Aidil, perlahan.

"Thank you so much, sayang." Ucap Raudah, sambil kepala dilentok manja ke bahu lelaki itu. Kemudian, mereka sama-sama berpaling ke hadapan. Melihat skrin besar yang sudah  mula memainkan satu video rakaman.

"Jangan sentuh akulah! Eva, tolong aku Eva!" Jerit suara wanita itu penuh ketakutan, berselang-seli dengan tangisan dan rayuan.

Terbeliak biji mata Raudah pabila melihat video yang jelas menjijikkan. Pegangan pada lengan suaminya automatik terlepas. Bahkan, riak wajah Aidil turut berubah terkejut. Bukan video ini yang dia arahkan kepada pekerja hotel untuk mainkan di hadapan isterinya! Tidak lain tidak bukan, ada dalang yang cuba merosakkan hari ulang tahun perkahwinan mereka malam ini.

"Astaghfirullah hal Azim!" Terus kedua-dua belah tangan Raudah naik menekup mulut yang terlopong. Tergamam. Apabila melihat wajah suaminya sendiri berada di dalam video itu. Air mata kekecewaan terus mengalir. Apa benda yang sedang lihat ini?

Terus Raudah berpaling wajah ke arah Aidil, menantikan penjelasan. Pantas lelaki itu menggeleng kepala.

"Sayang..."

"Video apa ni?! Apa awak buat dengan perempuan tu?!" Soal Raudah, mula meninggikan suara.

Lelaki itu sudah terpinga-pinga hendak menjawab. Sekejap dia meraut wajah yang mula berpeluh.

"I can explain..."

"Explain? Explain what?!"

"Abang tak kenal pun siapa perempuan tu. Bukan video ini yang abang nak tunjukkan dekat Raudah! Tapi..."

"Tapi apa? Huh?" Potong Raudah, membuatkan lelaki itu terdiam tidak punya jawapan.

"Ada orang nak sabotaj kita. Abang akan saman pihak hotel ni sebab rosakkan hari ulang tahun perkahwinan kita. Benda ni tak sepatutnya terjadi!"

"Nak saman? Maksud awak betullah orang yang ada dalam video itu adalah awak? Huh?" Soal Raudah, masih mahukan jawapan.

Aidil mengetap bibir. Berat untuk dia menjawab.

"Yes but..."

"Astaghfirullah hal Azim... Ya Allah..." Mengucap Raudah saat mendengar pengakuan yang keluar dari mulut suaminya sendiri. Spontan tangan naik menyentuh dada. Rasa sakit yang seolah-olah ditikam secara depan-depan. Pedih! Kaki yang sedang berdiri itu mula terasa longlai. Lekas Raudah menongkat tangan pada kerusi agar dia tidak jatuh terduduk ke bawah.

"Raudah... itu video lama..." pujuk Aidil, dia cuba menyentuh bahu wanita itu. Namun Raudah terlebih dahulu mengelak. Entah mengapa dia berasa jijik apabila disentuh oleh suaminya sekarang.

"Don't. Touch. Me." Raudah memberi amaran.

Segera Aidil mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda tidak akan menyentuh wanita itu.

"Tolong dengar penjelasan abang dulu, Raudah..."

"Saya tak sangka suami saya pernah rosakkan wanita lain sebelum ni. Dulu, sebelum kita kahwin... ada seorang perempuan yang merayu dekat saya supaya batalkan perkahwinan sebab nak awak bertanggungjawab tapi awak kata dia orang gila. Padahal, dialah orang yang awak dah rosakkan tu, betul tak?!"

"Sayang..."

"Awak tipu saya, Aidil! Awak dah rosakkan perempuan lain, selepas itu kahwin dengan saya pula? Lelaki jenis apa awak ni?!" Bentak Raudah penuh geram. Tidak sangka perkara begini bakal terjadi di dalam hidupnya. Rasa menyesal yang teramat. Kalau video ini tidak ditayangkan, sudah tentu sampai bila-bila pun dia tidak akan tahu kebenaran yang sebenarnya.

PAP!

PAP!

PAP!

Lampu ditempat itu kembali terang semula bersama satu tepukan. Bagaikan puas melihat drama yang berada di hadapan mata. Pertelingkahan mereka berdua ibarat satu tontonan menarik bagi si dia yang sedang menepuk penuh angkuh.

"Bravo! Nice drama!"

Serentak pandangan Aidil dan Raudah berpaling ke arah satu sudut meja yang berada di sebelah kanan penuh kebingungan. Melihat ada seorang wanita yang berpakaian sleeve puff berwarna hitam dan dikenakan bersama skirt labuh hingga ke paras buku lali. Berambut hitam pekat, kerinting halus yang panjangnya sampai ke paras pinggang. Bergincu merah, solekan yang biasa namun tetap nampak elegant. Dilehernya juga turut memakai perhiasan rantai silver yang mahal, siap berkilau saat terkena cahaya. Megah sungguh gayanya.

Tepukan berhenti. Dia bangun dari duduk diatas kerusi. Kini selangkah demi selangkah berjalan menuju ke arah sepasang suami isteri itu penuh senyuman bermakna. Kasut tinggi yang dipakai turut menghasilkan bunyi yang bergaya.

"Seronokkan wayang tadi?" Soalnya penuh mengejek, memandang ke arah lelaki itu dengan muka puas hati.

"Awak siapa?" Sampuk Raudah. Keningnya berkerut memandang wanita bergaya mewah itu. Tiba-tiba sahaja mahu masuk campur.

"Ops! sorry. Lupa pula nak kenalkan diri." Dia buat-buat menggaru kening sebelum berpusing menghadap Raudah pula.

Sebelah tangan dihulur.  Ingin berjabat.

"I'm Eva Inaya. CEO of Queen Iris hotel and City Mall. And just call me, Eva."

EVAWhere stories live. Discover now