BAB 1

20 3 0
                                    

“NAINA…”

Dia yang sedang memotong buah tembikai berpaling pada ibu.

“Sini sekejap, tolong ibu rasa ni.”
Tanpa bertangguh, dia tinggalkan kerjanya dan mendapatkan ibu di bahagian dalam dapur. Pergerakan agak terbatas kerana saudara-mara yang duduk di sepanjang laluan ke dapur. Tanpa sengaja, betisnya terberlaga dengan tubuh anak sepupunya.

“Aunty Naina…” Si kecil berumur lima tahun itu menarik muka masam. Suara meleret-leret seperti geram.

“Sorry, sayang. Siapa suruh duduk situ?” Naina cuit dagu si kecil seraya berlalu.
“Mama, tengok Aunty Naina!”

Naina ketawa saja mendengar anak sepupunya itu mengadu. Comel. Sampai saja di depan ibu, dia naikkan kening.

“Rasa gulai ikan kering ni…”

Naina mengangguk. Menunggu ibunya menyudu sedikit kuah gulai itu dan menyua ke mulutnya.

“Perfect, ibu. Mana ada masakan ibu yang tak sedap.”

Ibu mencebik walhal hati seronok.

“Naina sambung potong buah tembikai semula,” ujar Naina. Dia mahu beredar tetapi lengannya ditarik oleh ibu.

“Sekejap. Rasa strawberi ni. Ucu Liah kamu bawa.”

Naina gigit strawberi yang disua oleh ibunya. Selepas satu gigitan, dia membeliakkan mata. “Wah…”

“Kenapa? Manis?” soal ibu.

“Ha ah, ibu… manis dan… masam.” Naina tersengih.

“Hesy…” Berdesit ibu sebelum menggosok kepalanya yang dilapisi tudung. “Pergi potong tembikai.”
Naina beredar. Sampai di meja bar, tempat dia memotong tembikai tadi, senyuman yang bergayut di pinggir bibir mati. Dia berhenti melangkah.

Keinginannya untuk mencucuk sepasang mata bulat yang sedang memandangnya sangat kuat. Mendidih jiwa bila lelaki itu selamba menggigit tembikai.

“Kenapa berhenti? Terpukau tengok aku dekat sini?”

Naina julingkan mata. Dia melangkah juga ke meja bar. Pisau yang terbaring di dalam dulang dicapai lalu digenggam erat.

“Kalau rasa nak buah tembikai, dekat ruang tamu tu dah dihidangkan. Yang ni untuk letak dekat khemah nanti.” Senada Naina bicara tanpa memandang lelaki itu.

Tembikai ditarik oleh Naina. Dia kembali memotong tanpa menghiraukan lelaki berambut cacak itu.

“Kau tahu isteri aku bermasalah?”

Damn! Soalan itu buat Naina rasa ringan tangannya mahu acukan pisau pada lelaki itu. Ada juga majlis menyambut pesaraan ayahnya bertukar menjadi majlis kematian.

“Kalau aku cadangkan kau sebagai isteri kedua aku, macam mana?”

Zap! Naina menoleh. Sepasang matanya bertukar menjadi setajam pisau.

“Kau ni cakap tak fikir perasaan isteri kau ke?”

“Siapa suruh dia bermasalah? Nak layan aku pun susah.”

“Naim!” Ikutkan hati, dia mahu mencarut. Tapi disabarkan hati.

“Kalau kau nak bercerita pasal rumah tangga. Pasal hal bawah kain kau, kau pergi. Kalau tak…”

“Tapi aku pakai seluar, sayang. Tak pakai kain,” potong Naim bersahaja.
Terketap gigi Naina. Rasanya, kerja dia tak akan selesai jika melayan lelaki tak guna macam Naim. Lantas, dia meletakkan pisau dan menikam wajah Naim dengan sepasang matanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 19, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jangan Lafazkan Sumpah CintaWhere stories live. Discover now