BAB 26

2.5K 167 23
                                    

AKRAM berdiri di muka pintu kamar tidurnya. Berpeluk tubuh sambil menyandar sisi pada bingkai pintu. Ada senyum di wajah manisnya. Senyum terhibur melihat Mawar yang tika ini sedang membersihkan lantai kamar menggunakan penyedut hampagas.

Sekarang jam sepuluh pagi, duk bersihkan bilik yang sedia bersih. Tadi awal pagi lepas subuh, kalut memasak di dapur. Tengah sarapan, sibuk dia nak cuci kuali dan perkakas memasak. Siap kerja di dapur, pergi kemas ruang tamu sampai ke balkoni.

Kenapa? Cuba tengok muka Mawar Safiya. Kulit muka merona merah. Mata nanar cuba elak bertemu sepasang mata milik suami sendiri. Malu. Yang namanya Mawar Safiya dibalut rasa malu gara-gara adegan ciuman hangat semalam. Kena pulak harini hari cuti. Mati...

"Haih... Tak sempatlah bakteria aku bela nak membiak. Habis semua kena sedut," giat Akram saat Mawar selesai buat kerja rumah.

Akram yang santai berseluar pendek dan baju T tanpa corak itu bersahaja mendekati Mawar.

Melihat itu, Mawar jadi berdebar. Telan liur dengan mata berjaga-jaga. Setapak demi setapak dia berundur sehingga tubuh menyentuh dinding sebelah katil.

Akram menahan rasa lucu. Dia berhenti betul-betul di depan Mawar. Nafasnya menampar kulit muka Mawar, sebegitu dekat jarak mereka.

"Kau mengelak daripada aku ke?" tanya Akram walau dia tahu jawapannya. Seronok melihat muka merah padam Mawar.

"Mana ada!" Mawar melarikan anak mata tanpa arah. Sumpah ada yang aneh dengan jantungnya. Berdegup lebih kencang berbanding biasa. "Kau boleh tepi tak? Aku nak simpan vacuum ni dulu."

"Kau segan dengan aku ke?" usik Akram lagi membuatkan Mawar angkat muka membalas pandangannya. Dia tahu Mawar jenis mudah melenting kalau disentuh egonya.

"Segan kenapa?"

"Segan sebab kita kiss semalam?"

"K-kenapa aku nak segan pulak? Kau ingat aku budak sekolah rendah? Hmh?"

"Well, kau kan tak ada pengalaman. I'm literally your first so bagi aku normal je kalau kau nak rasa segan or nervous."

"Memandai kau kan? Siapa cakap aku tak ada pengalaman?"

Adududuh... Mawar tunduk sambil ketap bibir sendiri dek terlanjur kata. Kerana ego, mulutnya lancang. Kerana lancang, sekarang dia dah menyesal.

'Pengalaman apa, Mawar oi... Pengalaman bercium? Eh kau gila ke apa?'

Beberapa detik menyedari tiada respon daripada Akram, lambat-lambat dia angkat semula mukanya. Dilihat riak Akram tidak lagi seperti tadi. Lenyap senyum nakal, yang ada panahan mata tajam. Menikam ke dalam matanya kala ini. Sumpah, dia merinding untuk sesaat. Kerutan di dahi Akram menandakan situasi sekarang tidak baik-baik saja.

"Weh, aku..." Tak sempat Mawar menghabiskan bicara, Akram berpaling tubuh bersama gelengan kecil. Kecil saja gelengannya namun Mawar dapat membaca maksud. Kecewa. Gelengan seolah kecewa dengan jawapannya barusan.

Jika Mawar akan melenting apabila berada dalam situasi begini, Akram pula sebaliknya. Mendiamkan diri, lelaki itu mengatur langkah untuk meninggalkan ruang kamar. Jelas tampak kecewa.

Mawar garu kepala yang mulai gatal. Cuba menebak maksud belakang tubuh Akram selain kecewa.

Marah? Terasa? Ah, entah...

"Tunggu." Dia berlari ke muka pintu.

Menghalang jalan Akram untuk keluar. Berat untuk dia akui tapi ya, dia... rasa bersalah dengan apa yang keluar daripada mulutnya sendiri.

Luka Seribu Rindu (Wattpad Version)On viuen les histories. Descobreix ara