「𝐇𝐢𝐬 𝐃ā𝐫𝐢𝐧 • 11」

133 9 0
                                    

5 tahun kemudian...

Hazel tersenyum. Dia menjabat tangan dengan klien syarikatnya.

"Thank you sudi luangkan masa untuk kami."

Dato' Zaidi membalas senyuman Hazel. "Perkara kecil" dia meramas tangan Hazel.

Hazel mengekalkan wajah tenangnya. Tangan dia rasa gatal je nak tumbuk muka orang tua didepannya ni. Nasib klien penting, kalau tak dah arwah!

"Kalau tiada apa lagi. Saya balik dulu." Pamit dato' Zaidi.

Hazel mengangguk. Dia menunduk sedikit sehingga dato' Zaidi berlalu pergi.

Hazel berdiri tegak. Dia berlari masuk ke tandas. Dia membasuh dengan kasar tangannya.

"What the fuck!! Orang tua gatal! Jijik aku!" Hazel menggaru tangannya dengan sabun.

Dia membilas sabun dengan air. Hazel melihat tapak tangannya. Merah nak mampus. Dia mengeringkan tangan sebelum keluar.

Hazel mengeluh. Dia mencari kunci kereta di begnya. Usai jumpa dia membuka punat kunci kereta dan terus masuk ke dalam kereta.

Hazel menyandarkan diri di seat. Dia termenung.

5 tahun....5 tahun dia menyimpan rindu. Walaupun tahun ni merupakan tahun terakhir dia menunggu tapi Hazel juga tidak berharap Zayn untuk menghadapinya. Kerana....

Dia tidak mengharap mereka untuk bersama. Dia Islam sementara Zayn....

Dia tahu mustahil untuk mereka bersama. Disebabkan itu dia tidak mengharapkan Zayn untuk muncul kembali. Cukuplah 5 tahun dia membiasakan diri dengan ketidakhadiran Zayn di hidupnya.

"Haih....." Hazel memejamkan matanya.








Hazel keluar dari keretanya. Dia mengunci keretanya sebelum masuk ke dalam.

3 tahun lepas dia memilih untuk tinggal di penthouse sendiri kerana semua keluarganya sudah tahu akan kebenaran tentang dirinya. Jadi tidak perlu lagi dia berlakon polos dan manja.

Hazel mengeluh melihat kertas yang ditampalkan di lif.

"Seriously? Ketiga-tiga lif rosak? Menyusahkan betulla!" Dengus Hazel.

Dia membuka kasar pintu tangga kecemasan. Dia menekan suis lampu.

"Arghh! Tak kan lampu pun rosak?! Agak-agaklah!!"

Hazel mengeluarkan telefonnya. Dia membuka lampu di telefonnya. Hazel menyuluh tangga.

"Aish! Tingkat 15 aku kena naik tangga! Turun berat badan aku! Miskin sangat ke sampai tak boleh nak baiki secepatnya?" Bebel Hazel.

"Hahhh! Tingkat berapa dah ni?" Keluh Hazel. Dia melihat papan tanda.

"Lagi 5 tingkat lagi. Aduh! Penatnya!" Hazel melabuhkan duduk di tangga.

Dia mencabut kasut tumit tingginya. Hazel melihat kakinya. Dia mengeluh.

"Berdarah pula!" Hazel mencabut heel-nya.

Dia mengeluarkan plaster dari dalam begnya. Dia menampalkannya di lukanya.

Tak..

Tak...

Tak...

Hazel berkerut dahi. Siapa pula nak keluar pukul 3 pagi ni? Jangan-jangan....

"Haish! Jangan fikir bukan-bukan lah!" Hazel menampar mulutnya.

Tapi semakin lama derapan kaki semakin jelas dan dekat. Hazel berdiri. Dia berpaling ke belakang.

Tak...

Tak...

Hazel mengundur ke belakang apabila melihat sosok seorang lelaki di tangga.

Hazel cuba untuk melihat wajahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hazel cuba untuk melihat wajahnya. Dia cuba menyuluhkan telefon kearah sosok itu. Tapi hanya badannya yang sempat disuluh sebelum lampu di telefonnya hilang.

"Eh? Kenapa pula ni?" Hazel melihat telefonnya.

Habis beteri lah pula...

Hazel berdecit kasar. Dia memandang lelaki dihadapannya. Tanpa menghiraukan sosok itu Hazel terus menyambung langkahnya. Lantaklah! Baik aku jalan je, cepat juga sampai nanti.

Hazel melintas sosok lelaki yang hanya diam di tempatnya. Dia menjeling sekilas. Usai melepasi sosok aneh itu Hazel terus melajukan langkahnya.

"Gila! Manusia ke benda lain...seram aku!" Hazel mencepatkan lagi langkahnya.

Sampai saja di depan penthouse-nya dia menekan kata laluan. Usai terbuka Hazel terus masuk kedalam, baru sahaja dia ingin menutup pintu ada yang menerjah masuk.

"Arhh!" Hazel terjerit kecil. Dia terundur kebelakang.

Belum sempat Hazel mencerna, seseorang itu terlebih dahulu menciumnya.

Terbuntang mata Hazel. Dia menolak kasar lelaki yang menciumnya secara tiba-tiba. Hazel mengesat kasar bibirnya.

"What the fuck?! Dah gila ke?!" Jerkah Hazel. Dia memandang tajam lelaki yang menunduk itu.

Lelaki itu tergelak sinis. Dia mengangkat wajahnya.

"Yes. I'm crazy. Fucking crazy!"

Hazel terkedu. Dia semakin berundur. Hazel terjatuh kerana tidak memerhatikan tangga kecil di belakangnya.

Hazel tidak menghiraukan sakitnya. Dia hanya memandang wajah lelaki dihadapannya dengan rasa gerun.

"Za-zayn...."

Zayn tersenyum. "Yes dãrin. Do you miss me? I miss you so much!"
.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
King Zayn Kenzo~HiatusWhere stories live. Discover now