𝟏 𝟒

268 19 2
                                    

ADUH, tak sangka malam ni hujan lebat. Dah la tak pakai jaket, apa boleh buat? Terpaksa la tunggu hujan ni reda.

Sportbike dibawa ke tepi perhentian bas, baju t-shirt hitam yang basah ditepuk. Helmet yang masih tersarung di kepala dia membukanya.

"Assalamualaikum, Fahim. Kau orang mula dulu training, hujan lebat."

"Waalaikumussalam, kau nak aku jemput tak?" jawabnya di dalam talian,

"Tak payah nak ambil kesempatan." Bukannya dia tak tahu, sepupunya seorang itu mahu mengambil kesempatan atas kesempitan.
Kedengaran gelak tawa oleh lelaki yang berada di dalam talian itu.

Selesai sahaja berbual, panggilan terus dimatikan. Baru sahaja dia ingin duduk di kerusi yang disediakan, dia perasan satu figura yang baring di atas kerusi itu.

"Waa!" jeritnya terkejut bahana melihat wajah itu sudah seperti mayat hidup.

Apabila dilihat lama, dia seperti kenal gadis yang sedang baring itu. Dia melutut ke arah gadis itu sambil menelengkan kepalanya ke tepi.

"Budak pendek?" ujar Farhan perlahan,

PINTU bilik dibuka dengan perasaan yang penuh ceria oleh lelaki itu,

"Yow, yow. Fahim is back!" sapanya drastik.

Mata Farhan sudah mula jeling ke arah sepupunya,

Baru saja Fahim mahu menepuk bahu Farhan, dia dikejutkan dengan satu tubuh di hadapan mereka.

"AllahuAkhbar, mayat siapa ni Han?! Omo ottoke mak tolong Ayim! Ada mayat dalam rumah, Ayim tak nak!" latah Fahim sebelum dia melihat wajah si figura itu lama.

"F... Farhan, tu... Airis kan? Dia dah mati ke?" soalan tidak masuk akal ditanyakan oleh lelaki itu,

Farhan sudah mengurut dahi, kalau hari-hari macam ni, silap hari bulan dia pun boleh jadi seperti Fahim.

"Soalan kau tu logik sikit boleh tak? Kalau dia dah mati aku tak bawa dia ke sini, gila." bidas Farhan. Mata menjeling Fahim yang masih terkejut. Apa punya soalan la, takkan dia nak bawa mayat masuk rumah? Baik dia tanam aje kalau begitu.

"Aku dah call Kate, dia on the way."

MATA aku buka dengan perlahan-lahan, aku lihat siling yang putih elok. Aku terus bangun dari baring, dengan tak semena-mena kepalaku berdenyut sakit. Mataku dikatup rapat seketika.

"Airis! Awak dah sedar?" ujar Fahim dengan nada cemas, aku hanya membalas dengan senyuman.

"Awak okey tak?" soalnya pula, aku membalas dengan anggukan. "Saya okey."

"Tunggu kejap, saya panggil Farhan." kata Fahim lalu terus keluar dari bilik,

Mata aku kembali meneliti setiap sudut di dalam bilik yang aku duduki sekarang, bilik yang sama waktu aku dibawa ke sini.

"Airis," Kedengaran suara garau datang memasuki ke dalam gegendang telinga, terus aku menoleh ke arah punca suara.

Aku memandang wajah Farhan lama, lelaki itu melabuhkan punggung di hadapanku. Suasana sunyi.

"Kenapa saya dekat sini lagi?" soalku sayu,

Farhan memeluk tubuh, "Aku yang patut tanya kau, kenapa kau ada dekat sini lagi?"

Aku diam. Mungkin betul apa yang Farhan cakap, kenapa aku ada dekat sini lagi? Apa yang jadi?

"S... saya tak ingat." kataku perlahan.

Tak lama selepas itu, kelihatan kelibat Hana melangkah masuk ke dalam. Dia memandang ke arahku dan Farhan bersilih ganti.

"Alhamdulillah, Cik Airis! Cik Airis dah sedar? Cik Airis rasa apa sekarang, pening kepala, tak sedap badan atau apa-apa?" Bertubi-tubi soalan yang Hana lontarkan kepadaku.

Aku tersenyum nipis, "Tak apa, Hana. Saya dah okey, cuma penat." balasku.

Apabila kelihatan Hana sudah menghela nafas lega, dia datang mendekati ke arah kami berdua.

"Lega saya dengar, dah lima hari tau Cik Airis tak sedarkan diri." Aku pandang Hana lama, lima hari dia kata? Biar betik?

"Awak cakap apa? Lima hari?" ulangku, Hana mengangguk.

Selepas berbual, Hana meminta diri bersama Farhan dan Fahim. Pintu ditutup.

"Kita orang ada misi. Hana, tengokkan Airis. Jangan skip waktu makan dia." ujar Farhan, Hana mengangguk akur.

"Caring juga kau dekat dia," Fahim membuat muka mengusik,

"Tak ada kena mengena."

Fahim membuat mimik muka, yalah tu tak ada kena mengena.

"Ada udang disebalik batu la tu." tutur Fahim sambil memeluk tubuh.

"HANA, lama lagi ke saya kena duduk sini?" soalku. Bukan apa, aku cuma taknak rasa bersalah. Sebelum ini pun makan minum aku, pakai-pakaian aku, semua mereka yang uruskan.

Siapa aje yang tak segan, cuba bagitahu?

"Itu saya tak tahu la Cik Airis. Ala lagi pun apa salahnya kalau Cik Airis duduk sini lama-lama pun? Cik Airis boleh je nak duduk sini terus." jawab Hana panjang lebar, namun jawapannya itu tidak dapat memuaskan hati aku.

Takkan la nak aku tinggal sini sampai bila-bila? Tinggal sebumbung dengan bukan mahram pula tu, nanti apa pula kata jiran di sini kan?

"Saya dengan tuan awak tu bukan mahram la, Hana. Takkan la saya nak tinggal sebumbung dengan dia pula?" Aku cuba memberi alasan,

"Kalau susah sangat, apa kata Cik Airis kahwin aje dengan Tuan Farhan tu? Kan senang."

Aku terkedu sebentar. Sekacang abc aje dia sebut macam tu? Ingat apa, kahwin ni macam bercinta lepas tu putus ke apa?

"Not funny, Hana." bidasku, Hana menapakkan kedua belah telapak tangannya tanda maaf.

"Tak apalah, Hana. Saya nak naik atas. Nak rehat." ujarku meminta diri, Hana hanya mengangguk.

KEPALANYA digeleng berkali-kali, gelak tawanya bergema dalam satu ruangan itu.

Jari-jemarinya di naik turunkan sambil memandang satu rakaman yang terpampar di kaca komputernya,

"Well, well, well... dalam diam ubi berisi kau ya, Ghost? Ingatkan pandai sangat simpan identiti sendiri. Senang je aku nak cari kelemahan kau ni." Suaranya makin kuat dengan tawanya yang masih tersisa,

"Cantik perempuan kau, Ghost... apa kata kau bagi aku aje? Nampak menarik," Bibir lelaki itu dinaik menjadi senyuman menggoda.

"Jack," panggilnya.

Tidak lama selepas itu, lelaki yang digelar Jack tadi memunculkan diri.

Russo kini bangun dari kerusinya, kakinya melangkah ke arah Jack. Dia lalu menghulurkan sekeping gambar.

"Aku nak kau cari tahu pasal perempuan ni. Aku nak tahu apa hubungan dia dengan Ghost." Senyumannya mengherot ke tepi, Jack mengangguk akur ke arah bosnya. Dia tanpa berlengah terus mengundurkan diri dari situ.

Kini kembalilah Russo keseorangan. Senyuman sinis tidang lekang dari bibirnya sambil memandang gadis yang berada di skrin komputernya.

"Well, the game has started, Ghost. Welcome to the game."

Ayyash InaraWhere stories live. Discover now