𝟎 𝟕

324 28 0
                                    

PETANG itu, aku balik sebentar. Ke rumah.

Aku membuka pintu bilik, lalu aku menuju ke almari. Aku mengambil beberapa helai baju untuk dibawa ke rumah papa long.

Kalau tidak, memang aku dah pulang ke rumah. Tapi, tahu-tahu lah Raisa ya.

"Ala, Ris. Tidur la sini lama lagi. Kalau boleh sampai papa aku balik la!" pujuk Raisa dari tadi,

"Kau ni, nanti apa kata mummy ngah dan Karla nanti? Tak malu tumpang rumah orang." balasku,

"Ala, lantak la dia orang tu, Ris. Please!"

Akhirnya aku mengalah, kalau bukan sebab sayang mahu aku sepak aje muka dia ni.

"Fine, tapi biar aku balik dulu. Nak ambil baju."

Raisa dengan wajah yang kembali ceria terus menganggukkan kepala.

Raisa aje lah sepupu yang paling aku rapat, tak kekok apabila bersama. Biar pun perangai aku yang membosankan, dia tetap bersama denganku tak kira susah atau senang, sedih atau bahagia. Dia selalu bersama. Aku bersyukur sebab Allah masih berikan orang yang sayang pada aku. Aku bersyukur sebab ada mereka.

Selesai aku meletakkan baju-baju ke dalam beg, aku menuruni tangga. Mujur lah tiada sesiapa di rumah. Tak ada lah dengar ada gorgon membebel. Mummy ngah dan Karla ada dinner dengan keluarga Rayyan.

AKU meletakkan makanan di atas meja untuk sarapan, Raisa pula meletakkan jag air yang berisikan teh panas.

"Hari ni ada nak pergi mana-mana ke, Rai?" soalku,

Selalunya waktu cuti begini, Raisa akan ajak aku keluar. Saja, ambil angin pagi-pagi.

"Entah la, aku dah bosan shopping. Nak cuba benda baru pula." kata Raisa,

"Apa kata kita pergi jogging, lama juga kita tak bersenam kan?" cadang Raisa,

Aku berfikir sejenak, boleh juga. Dah lama tak bersenam, dulu bukan main rajin jogging pagi-pagi. Sekarang? Tak sempat, sibuk dengan kerja dekat kafe.

"Boleh juga." balasku pendek,

Selesai sarapan, kami terus naik ke bilik untuk bersiap-siap untuk keluar. Raisa mengunci pintu rumah sebelum bergerak.

"Kita jogging tiga round, lepas tu baru rehat." ujar Raisa, aku hanya mengangguk setuju. Setakat tiga pusingan, kacang je.

Tak lama selepas itu, kami pun memulakan langkah berjogging. Syukur lah cuaca pagi ni indah dan segar.

Sudah lama berjogging, akhirnya tiba lah pusingan ke tiga. Pusingan terakhir.

"Rai, cepat la sikit." tuturku sambil melihat ke arah belakang,

"Kau tu yang laju sangat!" balas Raisa dari belakang,

Aku tergelak kecil lalu badan dipusing kembali ke depan. Baru sahaja aku mahu membuka tudung botol untuk meneguk, badanku terlanggar satu badan yang berada hadapanku. Ya Allah, Airis, berapa kali kau nak tumpahkan air dekat orang ni. Nasib air ni tak jatuh atas baju mamat ni.

Kami memandang antara satu sama lain, muka saling tidak mempercayai. Tidak percaya yang kami akan bertemu, sekali lagi.

"Ingat nak tumpahkan air atas baju aku lagi." sinisnya dingin,

Aku mencebik. Bukannya aku sengaja nak tumpahkan kopi atas baju dia tu. Benda dah lepas pun nak ungkit.

"Wahai Encik Tiang bendera yang berkibar, saya dah minta maaf kan?" balasku membela diri.

"Tiang bendera kau panggil aku?" Jelas kelihatan wajahnya yang tidak puas hati dengan panggilan yang aku gelarkan kepada dirinya.

"Ya, tiang bendera. Bendera Jepun." balasku selamba,

"Airis, kau okey tak?" soal Raisa sebaik sahaja dia tiba di situ, aku mengangguk menandakan aku baik-baik saja.

"Ya, aku okey. Dah la, jom balik. Boleh depress duduk sini lama-lama." Aku lalu menarik lengan Raisa jauh dari situ,

SAMPAI di rumah, aku hanya berdiam diri dari siang tadi. Tak ada mood kau tahu?

"Sudah la tu, Ris. Tak habis lagi ke marah kau tu?" soal Raisa yang meletakkan teh o panas di atas meja. Aku diam.

"By the way, apa nama lelaki tu eh?" soal Raisa lagi,

Aku terdiam, mata dikelip berkali-kali. Ya tak ya, siapa nama dia eh? Dekat kafe masa tu, lelaki yang merupakan sepupunya itu atau Fahim ada panggil nama dia. Farhan ke apa entah, Hantu agaknya?

"Entah, dengar macam Hantu." jawabku ingat-ingat lupa.

Raisa memandang ke arahku,

"Otak kau! Itu la kau, gaduh rancak tapi tak tahu nama." Raisa membebel, apa nak jadi dengan sepupunya seorang ini. Keluh Raisa.

Aku membuat mimik muka,

"Buat apa nak ingat? Bukannya penting pun." balasku selamba, betul kan? Buat apa nak ingat kalau tak penting, buat berat kepala aje. Raisa hanya menggelengkan kepala.

"Tak apalah, aku naik bilik dulu. Dah mengantuk." ujar Raisa.

Aku mengangguk. Hilang kelibat Raisa, aku terus mencapai bantal sofa. Aku menggigit sarung bantal itu.

"Kalau ikutkan hati ni nak aje aku tumpahkan air atas baju dia tu, biar lencun terus." Aku berdesis sambil menahan geram.

"Dah la tiang bendera, tiang lampu, tiang elektrik, tiang goal." sambungku lagi,

GELAS di isi dengan air sejuk, lalu dia meneguk perlahan.

Tiba-tiba dia teringat akan peristiwa pagi tadi, dia mengetap rahang. Teringat tentang perkataan gadis itu, yang memanggilnya tiang lampu.

"Siapa suruh dia pendek sangat? Dahla ketot."

Memang pendek pun, nak dibandingkan ketinggiannya dengan gadis itu. 178 cm. Farhan menggelengkan kepala, tanpa sedar dia tergelak kecil.

Fahim yang baru berada dapur terus memandang Farhan dengan pelik, tak pernah-pernah sepupunya ini gelak senyum seperti ini. Kena sampuk setan ke?

"Farhan, asal kau senyum?" soal Fahim spontan,

Farhan yang tersedar hal itu terus mengubah riak wajahnya lalu memandang ke arah Fahim dengan pandangan dingin.

"Aku tak senyum." nafinya, dingin.

"Ya ke, kau jangan nak temberang aku." bidas Fahim sambil membuat wajah mengusik.

Kalau lelaki ini senyum, itu bukan lagi Ayyash Farhan tapi ada setan yang memasuki tubuh sepupunya. Farhan pula hanya diam, tidak menjawab.

"Aku masuk bilik dulu." ujar Farhan lalu dia terus melangkah pergi.

"Dah ada kekasih tak bagitahu aku eh kau!" jerit Fahim pula ke sepupunya yang sedang menaiki tangga.

Apa yang dikatakan oleh Fahim, Farhan mengendahkan sahaja. Malas mahu layan sepupunya itu, tak habis-habis buah hati, buah hati. Tahu la single pun.

Sampai di bilik, Farhan mengunci pintunya sebelum menuju ke katil. Dia merebahkan dirinya. Suasana menjadi sunyi, membosankan. Seperti Farhan.

Tiba-tiba dia teringat akan awal pertemuan antara dia dan buntal itu. Masih dia ingat nama penuh gadis itu. Dia perlahan menarik bibirnya ke atas.

"Nur Airis Inara."

Sekali lagi nama gadis itu. Entah kenapa, dia rasa tertarik untuk mengenali gadis itu lebih lagi. Aura gadis itu, lain. Sukar untuk dijangka.

Farhan lalu bangun dari baring, dia mahu mengenal gadis itu lebih lagi? Tidak, mungkin ini hanya imaginasinya sahaja. Ya, hanya imaginasi.

Ayyash InaraWhere stories live. Discover now