"Kita.. Kita makan dulu lah? Lepas ni, kita call dia." Syukri memasuki sebuah restoran diikuti oleh Sakinah dan Suha.

"Eh..eh! Tu bukan suami Safa ke? Alif? Afif? Eh.... Haaa! Arif!" Sakinah dan Syukri memandang ke arah jari telunjuk Suha.

Benar! Itu Arif. Sedang dengan aksi suap menyuapnya dengan seorang wanita. Adakah ini wanita yang diberitahu Arif akan berkahwin dengan dirinya?

"Siapa minah tu?!"
Sakinah memerhati Arif dan kekasihnya. Andai Safa berada di sini, pasti dia terluka.

Sebelum sempat Syukri menahan Suha, Suha telah bangkit menuju ke meja Arif.

"Siapa ni, Arif?!" Soalnya.

Arif dan Raisha yang sedang ketawa terkejut dengan kehadiran Suha.

"Hi, I Raisha. I ni, tunang dia, bakal isteri dia." Raisha berdiri, menghulurkan tangannya.
"Bagusnya perangai! Adik aku macam mana Arif?! Mana adik aku, Safa Safiyyah?!" Syukri menarik Suha.
"Dahlah Suha, adik dengan Arif dah bercerai." Sakinah memujuk Suha.
"Ce...cerai?! Ni...."

"Er, kak Suha, saya dan Safa dah bercerai. Saya tak tahu dan tak nak ambil tahu mengenai Safa lagi. Jangan cari saya, kalau ini mengenai Safa. Next , yes! This beautiful woman is my future wife."

Arif berlagak tenang apabila menuturkan kata, sedangkan hatinya mengatakan sesuatu yang lain.

"Saya menyesal biarkan Safa berkahwin dengan awak! Saya sepatutnya halang apabila abah setuju membenarkan Safa kahwin dengan lelaki macam awak! Saya betul-betul kesal kerana saya mempertaruhkan hidup adik saya di tangan lelaki jahanam macam awak!" Suha pantas keluar dari restoran itu.

"Maafkan Suha, Arif. Tapi itulah hakikatnya, dia amat melindungi Safa. Dan abah sendiri, menyesal menikahkan kamu dengan Safa. Andai masa boleh diputar semula, abah akan dengar penjelasan Safa. Abah takkan biarkan dia kahwin dengan kamu." Syukri mengesat air matanya. Membayangkan apa yang dilalui oleh anaknya yang seorang itu.

"Bang, jom!" Sakinah mengajak suaminya terus keluar.

Arif hanya mampu terdiam.

"Keluarga ex-wife you memang psycho ke?" Soal Raisha lalu ketawa.

Mereka kembali makan dan bercerita mengenai, majlis perkahwinan mereka.

----------

Safa mengusap perutnya. Kandungannya belum mencecah dua bulan lagi. Baru satu bulan. Kata Izni, kandungannya tidak berapa kuat dan di awal kehamilan, risiko untuk keguguran adalah sangat tinggi.

"But my little angel here is a strong baby. Sayang, its only you and mama. We have each others' back tau. Mama sayang baby. Mama nak baby be strong, together with mama. I know we can go through this. Its only part of the tests, sayang. Goodnight. Sleep well, my little fella."

Safa membuka Instagram.

Dia menaip nama instagram Raisha.
Keluar gambar Raisha dan Arif makan malam di restoran berputar.

"Oh."

Hanya itu yang mampu dia katakan.

Safa akhirnya tidur dengan lena, bersama anaknya.

---------

Raisha duduk di pangkuan Imran.

Imran seperti mengelak dari di apa-apakan.

"Ohhh, mentang-mentanglah I mengandung, you tak nak kat I lah?" Raisha duduk di kerusi lain, malas berdekatan dengan Imran..

"No! Tapi I kesian dengan Arif... Dengan Safa!"

Raisha membuat muka jelek. "Apa yang you nak kesiankan?! Dah terjadi pun kan?!" Benci sungguh apabila mendengar nama Safa.

"Kita berdua meruntuhkan sebuah masjid! Kita buat fitnah! Kita rancang yang I ditangkap khalwat dengan Safa and Arif akan ceraikan dia. Tapi, you tahu tak, she's pregnant, Raisha! Cuba you fikir, macam mana anak dia nanti?!" Imran memandang wajah Raisha.

"Lantaklah dia dengan anak dia. Yang penting, anak I akan dibesarkan dalam keluarga yang kaya, bahagia dan yang paling penting lagi, dia ada ibu dan bapa! Anak dia, huh, you je lah jadi bapak dia!" Raisha kembali merapikan kukunya.

"You jangan ambil mudah boleh tak, Raisha? Kita beritahu Arif about yang sebenarnya?" Soal Imran.

"Nooo! Nooo! nooo! Nooooooooooo!!" Raisha mulai menjerit seperti orang histeria.
Imran terus memeluk, untuk mengawal Raisha. "Sh...shh.. Calm down."

"Sampai mati, aku takkan beritahu dia apa yang berlaku! Hey! Aku benci Safa! Dan sampai dunia ni kiamat aku takkan sukakan dia dan aku takkan biarkan dia bahagia!" Tengking Raisha lalu keluar dari apartment Imran.

Imran duduk di koridor melihat keindahan malam Kuala Lumpur.

Kau mesti hentikan perkahwinan Raisha dan Arif, Imran.
Kau mesti beritahu Arif kebenaran itu, Imran.
Kau mesti jadi seorang manusia berperikemanusiaan, Imran.
Kau mesti kesiankan nasib Safa dan anaknya, Imran.
Kau tak kesian ke, anak itu lahir tanpa seorang bapa, seperti nasib kau, yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang bapa, Imran.

"By hook or by crook.." Imran masuk ke dalam dan merancang strateginya.

-----------------

Arif duduk di taman rumahnya, melihat keindahan malam.

Sudah beberapa malam ini, dia asyik mimpikan Safa dengan seorang kanak-kanak lelaki.

Dalam mimpinya, dia mengejar Safa dan kanak-kanak itu, tetapi lariannya terhenti apabila Raisha turut muncul membawa kanak-kanak perempuan.
Arif meraup wajahnya.

"Kenapa aku perlu fikirkan Safa? Dia bukannya siapa-siapa aku... Hidup dan mati dia aku tak perlu ambil pusing lagi... Bodohlah kau ni Arif! Semakkan fikiran memikirkan tentang Safa bagai..."

Arif berkata dan terus masuk ke dalam.
SCHOOL LATER ON.. HEHE GOODBYE EVERYONE SEE YOU GUYS SOON XX ENJOY THE STORY! 😽

Suratan Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now