LIBRARY

104 5 0
                                    

   Aku memang suka lah kalau ibu aku buatkan roti nutella untuk aku pagi -pagi. Hari ini aku rancang nak pergi perpustakaan untuk ulangkaji. Maklumlah aku ni boleh tahan lembap jadi aku bawak kawan aku , Puteri. Tiba -tiba bunyi notifikasi muncul di lockscreen telefonku.
Message from Cikgu Aida Ali .
"Cikgu nak ucap terima kasih pasal semalam , pelawat kita suka sangat persembahan kamu. Nanti kamu datang singgah bilik saya pagi ini ya. Maaf menganggu kamu."
Aku kalau orang dah puji ni rasa macam nak flip rambut pulak sebab bangga tu melampau-lampau. Aku pun terus menyarung beg sandangku ke belakang dan berlari ke pintu rumahku. Aku ni kadang-kasang aje naik bas sebab lambat jadi aku lagi suka jalan kaki sebab aku akan selalu terserempak dengan kucing Pak Samad belakang rumah aku. Comel! Dah la warna hitam. Setibanya aku di depan koridor sekolah, aku akan kena ada periksa kuku dulu sebelum masuk perhimpunan. Aku pun hulur lah tangan aku dengan bangganya sebab kuku aku lawa tu. Pusing saje atas ternampak Farish. Astagfiruallah penat la aku nak gaduh. Kau nasib aku tak ada mood nak tumbuk gorila. Aku terus menjulingkan mata keatas dan berjalan menghentak kaki perlahan. Sewaktu perjalanan aku dekat koridor sekolah, aku teringat pesan cikgu untuk singgah bilik dia jadi aku pun singgah. Haih teringat pula aku apa jadi waktu aku dengan Farish depan bilik sakit waktu itu. Dasar dugong! Ha aku dapat idea , apa kata aku panggil dia dugong. Ha sesuai sangat. Aku terus menepuk-nepuk kepalaku dan melangkah masuk ke bilik cikgu Aida. Ketika cikgu nampak sahaja aku, terus tersenyum lebar dia. Selain dari cikgu Aida , aku nampak dua mamat tinggi yang sedang menghadap muka cikgu Aida . Dugong! Bukan dia kat tangga tadi tu ke?! Senyuman aku terus pudar lepas tengok dia. "Eh sampai dah kamu Dahliaku sayang. Meh sini duduk kejap." Kata cikgu Aida. Aku tak pelik pun sebab cikgu belum kahwin lagi jadi aku tak kisah disayangkan oleh cikgu sendiri. Aku mengambil tempatku di kerusi sebelah cikgu Aida dan mengahadap dua mamat tiang itu. "Dahlia, sekolah dari Johor Bahru ada menganjurkan majlis perpisahan  pengetua sekolah dia , pengetua dia dengan pengetua kita kawan jadi guru besar nak kamu ikut dia pergi Johor Bahru untuk buat persembahan semperna kawan dia pindah. Majlis tu dia buat sehari selepas lawatan , jadi kamu kena tidur sana sehari dan esoknya kamu balik selepas majlis." Lidahku kelu. Tak tahu ingin menangis ke gembira. Kalau aku happy sangat nanti aku menari macam orang terencat tahu ."Saya sorang je ke cikgu?" Jawabku. "Ouh cikgu lupa , disebabkan kamu yang buat persembahan, guru besar izinkan kamu pilih 5 orang kawan kamu pergi ke Johor untuk buat lawatan. Selainnya pengawas biru." Dalam hati aku rasa nak melompat bila dengar apa yang cikgu cakap. Yay! Aku boleh bawak kawan aku . Boleh lompat katil sama -sama dan pakai telekung lepas tu terkejut kan orang haha. Aku terus bersetuju dan meminta diri. Kenapa kejap sangat? Sebab aku kalau teruja sangat aku memang wajib menari  atau tepuk bahu orang. Tak pasal-pasal bahu cikgu senget sebelah .

   Tepat pukul 10:30 aku dah mula bersedia untuk berlari pergi perpustakaan . Kenapa? Sebab rehat di sekolah aku 30 minit je . Bila aku nak bismillah buka buku tiba-tiba loceng bunyi. Memang aku waktu tu nak campak rak buku tu dekat loceng  sekolah tu. Aku berlari di tangga sekolah macam seekor chimpanzee kelaparan sebab aku jenguk jam aku lagi 15 minit aja . Setibanya aku di perpustakaan , aku ternampak kawan perpustakaan aku , Putri Alesya. Aku terus mengajak dia pergi ke tingkat atas library untuk study . Ketika sampainya aku di tingkat atas , tangan ku dan seluruh tubuh badan ku dijilat dua aircond yang terpasang di atas rak buku. Aku dan Alesya terus menarik dua kerusi biru plastik perpustakaan yang berhadapan dengan meja hadapan beberapa orang pelajar. Jujur aku kata aku memang lemah dan lembap bab-bab matematik ni sebab susah gila nak permudahkan and cari nilai tu. Dalam waktu 10 minit aku belajar dengan Alesya , dia mengarahkan aku berhenti seketika untuk rehatkan otak aku sebab kena dera buat matematik. Alesya ni pengawas pusat sumber jadi ada tugas yang dia perlu lakukan dan bukan hanya melayan kelembapan aku. Hey aku power subjek bahasa english ya haha. Bangga rasanya sampai terkeluar muka berlagak tu. Di saat aku sorang sahaja di atas, aku ada nampak benda kecil yang terbang ke arahku yang kusangka nyamuk . Rupa-rupanya lipas!!! Punya la aku terkejut tu sampai hilang nafas aku. Aku berlari kearah tangga sambil memandang-mandang kearah lipas yang sedang bergolek di bukuku. Wah-wah lipas ni aku tonyoh kau guna correction tape nanti. Tiba-tiba imbangan badanku jatuh kerana aku sibuk berpaling kearah berlawanan tangga. Aku mendarat dengan sakit? Bukan , aku mendarat atas badan orang!! Ya allah dah la jatuh lepas tu terkena orang pula tu. Bau perfum lelaki! Haram ! Aku terus mendonggak ke atas untuk meminta maaf dan orang yang aku langgar itu. Orang yang aku langgar itu ialah si mamat dugong!!

FARISH ISZKANDARWhere stories live. Discover now