STYLE

151 7 0
                                    

Pada pukul 2:10 minit , tangan aku mula sejuk seperti di jilat aircond. Aku mula mengeluarkan guitar eletrikku dan terus berlatih sebelum aku main depan pengawas biru dengan cikgu. Dalam beberapa minit cikgu Aida dengan pengawas biru mula duduk di hadapan pentas dewan terbuka untuk melihat bakatku. Sumpah aku rasa macam tercekik lipan bila tengok semua dah duduk kat tempat masing-masing. Seorang senior aku mula memberi isyarat tangan untuk mula memutarkan lagu pertama ku iaitu 'Style' by Taylor Swift.
Aku menyarungkan headphone ku yang berwarna putih di telingaku untuk membantu aku . Ketika aku bermain pada lirik "Cause we never go out of style, we never go out of style." Mata aku tertumpu kepada Farish kerana dia duduk di barisan hadapan . Lepas aku pandang dia , dia terus pandang tempat lain. Bila aku pusing sebelah dia pula ada Aedrien yang sedang smirk dekat aku aku. Wait what?! Aku masih meneruskan sehingga lagu habis. Selepas aku habis bermain , semua mula menepuk tangan dan pengawas -pengawas mula melakukan sesi komen dan recommend lagu yang sesuai. Sepanjang sesi itu ,komen yang aku dengar adalah bagus , merdu dan cemerlang. Tiba sahaja di giliran Farish ,huru hara hidup aku . "Tak merdu langsung." Katanya. "Kalau macam tu kamu saja la yang main dekat depan tu." Kata cikgu Aida. Farish terus menolak dan memandang kearah lain asalkan arah tu bukan aku. Tiba-tiba cikgu matematik aku terus menolak Farish ke depan dan meletakkan kerusi plastik disebelahku. Aku memberi guitar aku dan melihat apakah yang dia nak main. Rupa -rupanya sumbang gila! Aku ingat muka mamat hensem boleh main guitar rupanya alah-alah mintak kena tampar. Aku pun ajarlah mamat tu main tapi terus jugak degil. Cuba dengar siapa yang lagi pro! Dah lemah tu diam!

Keesokan harinya aku bangun 2 jam lagi awal untuk bersiap dengan tudung dan baju dress aku. Apa yang aku pakai hari ini sangat simple dan soft . Aku nampak macam alah-alah soft girl bergitu. Aku pakai dress berwarna putih yang pinggangnya diikat ribon dan begitu juga dengan tudung shawl satin aku yang berwarna putih . Kalau untuk perhiasan,aku letak ribon putih dibelakang sanggulku. Aku dapat rasa yang perempuan dekat sekolah aku akan rasa aku melebih-lebih tapi kisah pulak aku. Ada aku gunting baju bapak dia? Tak de kan. Selepas setengah jam aku bersiap dan aku sudah puas hati, aku turun sambil membawa beg berisi guitar aku dan mengambil 2 keping roti yang disalut dengan nutella coklat diatas meja makan aku. Jujur aku kata , bila aku sampai aja di pintu sekolah , tangan aku sejuk sangat. Tapi aku kena ingat sebab apa aku datang sekolah hari ni. Ouh cikgu ada kata semalam yang hari ini tiada waktu belajar sebab sekolah ada anjurkan beberapa persembahan dan sesi tangkap gambar untuk kenangan . Untunglah cikgu Melati , dapat sambutan . Kalau aku pindah pun siapa perasan. Aku mula melangkah masuk dah berdoa yang baik -baik sahaja akan berlaku. Setibanya aku di tangga sekolah , yang menampakkan dewan perhimpunan, aku ternampak semua pengawas biru lelaki yang segak bergaya memakai suit berwarna hitam serta bertali leher manakala pengawas biru perempuan canntik memakai dress berwarna hitam gold. Cantik dan kacak semua pegawas sekolah aku. Tak semua la. Aku terus memberanikan diri ku dan melangkah ke bilik disiplin untuk berjumpa cikgu Aida. Aku dapat rasa ada orang tengah pandang aku dari jauh sebab aku bawak guitar pergi sekolah. Aku nampak buruk ke? Ada something dekat baju aku ke? Sepanjang perjalanan pergi bilik disiplin aku cuma tunduk sahaja. Sampai la aku terlanggar tiang putih . Malu gila! Nasib tak de orang nampak. Aku geram jadi aku marah la tiang tu. "Kenapa la kau tengah -tengah jalan ni. Nasib aku ada hidung lagi. Kesian awak ye , tak bersalah tapi saya pulak yang langgar. Saya minta maaf ok?" Ini kalau orang nampak ni mahu kena panggil gila. Selepas marahku reda aku pusing ke depan dan terus berjalan . Dua pasang kaki panjang terpasang didepanku sedang berdiri memandangku. Mamat espresso tu! "Hello princess, you look lovely today." Kata Aedrien. Aku cuma memberi sekuntum senyuman manis dan berlari ke bilik disiplin. Malunya! Mesti dia kata aku gila kan? Haish ini bukan masanya aku fikir benda kecil ni. Fokus Dahlia , fokus! Dalam 30 minit la aku sembang dengan cikgu Aida. Aku kena berduet dengan lelaki ! Mamat mana pulak ni! Aku dah la tak suka ! Nasib satu lagi je. Belum tiga lagu lagi . Mahu ternganga je aku dekat pentas . Cikgu bagi tahu nama dia Danish. Tapi aku tak kisah sebab lagu dia dari Justin Bieber ! Aku harap suara dia sedap . Ketika berlangsungnya ucapan dari cikgu Melati , aku dengan guitar ku menunggu kedatangan pasanganku iaitu Danish. Dalam beberapa minit kemudian , yang datang bukan Danish , tapi Farish! Apa yang dia nak buat sampai cari aku. "Sorry Dahlia , Danish kena balik awal sebab mak dia accident , jadi Farish gantikan. Jangan risau ya suara dia jauh lagi sedap." Haha lawaknya mimpi aku , bila nak bangun ni!

FARISH ISZKANDARWhere stories live. Discover now