ABANG?

320 15 4
                                    

Setibanya aku di depan kelas, aku menghembus nafas lega sebab masing - masing belum balik rehat lagi. "Ish kau ni punya la aku lari macam kena rasuk tadi tapi belum habis rehat lagi." Kata Amira. "Sorry la aku pun tak perasan sebab selalunya kita rehat sekejap aje. Hari ini tiba-tiba lama pula." Jawab Tasya. Aku mengambil peluang untuk duduk dan membaca buku novel aku dengan aman di tempat duduk ku yang berada berdekatan dengan pintu belakang kelas. Separuh dari kawan aku keluar kelas sebab nak ronda sekolah katanya. Aku pula jenis malas berjalan jadi aku diam sahaja di kelas dengan 3 orang kawan terdekat aku. Rafiqah dengan Putri. Asalnya aku memang rapat dengan sofeya. Tapi dia tak de dengan aku waktu tu sebab mengitai anak orang. Walaupun dia macam tu tapi aku tetap sayang dia sebab dia ada je untuk aku. Kemudian , aku terdengar bunyi yang tak diingini oleh para wanita. Bunyi lelaki yang tergelak -gelak dengan kawan dia pasal girlfriend masing-masing. Kalau ikut hati aku lah kan aku mahu saja sumbat buku ni dalan mulut sorang - sorang . Nasib buku ni mahal . Lamunan ku diganggu ketika aku mendengar jeritan pelajar perempuan yang berada berdekatan di pintu belakang kelasku. Aku , Rafiqah dan putri terus menjenguk keadaan luar kelas . Apa yang aku nampak buat aku hilang sabar sampai mahu cabut bulu kaki lelaki itu. "Kau buat apa ni , Khairul? Kenapa sampai nak tarik-tarik tudung ni." Tanya Rafiqah dengan penuh sopan dan tak menunjuk-nunjuk kemarahannya . Kalau aku lah kan memang arwah anak orang . "Kitaorang main - main je . Ala bukan masaalah kau pun. " Kata Khairul sambil memegang bahu perempuan yang tak berdosa itu. Eh main sentuh-sentuh pula dia ni . "Lepaskan dia , Khairul . Kalau kau masih berdegil memang aku yang buat kau melutut minta maaf." Kata Putri. Putri dengan aku introvert jadi kami memang tak suka masuk campur tapi aku tahu Putri memang tak boleh tengok perempuan kena kacau dengan lelaki.

"Adik , awak kenal ke abang yang berdiri dekat sebelah awak tu." Tanyaku . Dia hanya menganggukan kepala tanda betul atau setuju. Tapi aku boleh baca mulut dia yang meminta bantuan .

"Tolong saya akak.." mulutnya terbuka sikit berkata bergitu.

Tanpa rasa sengan silu aku mengajukan soalan bahasa english kepada Khairul . " Ha Khairul , kalau anjing bawak balik kasut dalam bahasa english apa?" Lama fikirnya , akhirnya dapat juga jawapan . Maklumlah dalam kelas pun dia tidur dan biadap sahaja . Lama aku pendam sejak dia curi Latte aku. "Dog bring-" belum habis ayat dia aku dah baling kasut hitamku di mukanya . "Uish sedapnya " sampuk kawanku , Rafiqah mencelah kesunyian. Putri hanya tersenyum melihat gelagat ku. Tiba-tiba tanganku ditarik kuat oleh salah seorang classmate aku . Tangan aku rasa basah .Darah. Sepatutnya aku tahu perempuan tu kaki toreh . Dah tak ingat tuhan perempuan tu. Lagi satu , yang aku baling kasut tu dekat boyfriend dia .

" Jangan kacau dia la ! Dia aku punya ! Bukan kau punya ! Pergi main jauh -jauh perempuan gila !" terensak -ensak dia menangis sambil cakap.

"Sekali lagi kau sentuh kawan aku memang betul-betul aku sumbat kepala kau dalam neraka " kata Putri.

Perempuan itu masih berani lagi tampar kawan aku ? memang minta kaki. Rafiqah terus datang kearah Putri yang berkeadaan beku di hadapan perempuan itu. " Kita balik kelas jom . Jangan la gaduh-gaduh. Kesian mak kita besarkan kita untuk jadi orang tapi mak kau lahirkan lain pula ." kata Rafiqah . Perempuan tu period ke ape tiba -tiba menangis .Hampir aku lupa menjenguk keadaan Khairul. Terduduk dia di hadapan longkang lepas tengok apa yang jadi.Tahu pun nak diam . Belum sempat perempuan tu bertukar jadi singa , loceng kelas mula berdering kuat. Aku dan Rafiqah meminta izin keluar menghantar perempuan malang yang bernama Aina ke bilik disiplin dan pejabat . Putri memang ada trauma jadi aku minta Rafiqah bawa dia pergi bilik kaunseling untuk dapatkan nasihat dan sesi luah perasaan .Putri ada kisah silam yang gelap diantara keluarga .Tanpa membuang masa aku berjalan ke blok 1 bersama Aina sambil memegang tangan . Aku berhenti di koridor blok 2 dan menundukkan badan ku dan bercakap denagn Aina . " Awak ok tak Aina ? Nak air tak?" Muka lesu dan pucat Aina terpapar menjadi jawapan. Pasti dia trauma . Aku terus memeluk Aina dan berkata " Dulu akak pernah nampak kucing menangis .Kesian dia , jadi akak bawak dia pergi karoake ." Tanpa ku sangka dia gelak dengan lawak hambar aku . Dengan perasaan lega aku terus membawa massalah Aina ke bilik disiplin. Semasa di tangga tingkat kedua , aku terserempak dengan mamat yang curi kopi aku! Aku terus memandang tepi untuk menunjukkan ekspresi menyampah selepas memandang mukanya . Aku terkejut mendengar Aina berkata " Abang ! " Ha ? Abang? Mane datang muka dia samanya . Mamat tu hidung mancung , tinggi , muka mix chinese dan goodlooking . Tapi perangai macam mesin basuh mak aku . Aina pula pendek , comel , hidung sedikit mancung dan muka melayu asli. Tangan ku mula terasa sejuk dan terasa sesuatu mengalir. Darah. Aku hanya biarkannya dan memandang kearah Abang Aina .

FARISH ISZKANDARWhere stories live. Discover now