KENAPA DIA !

175 8 0
                                    

Dari jauh aku boleh nampak dia berjalan kearah aku sambil memegang kot hitam di lengannya. Dia berkemeja hitam berbutang yang lengannya dilipat hingga ke siku dan bajunya yang kemas di masukkan ke dalam seluar hitamnya serta tali leher yang berwarna putih diikat kemas. Dia nampak kemas. Apa aku cakap ni ! Dulu aku dah bersumpah tak akan pandang dan tengok dia sebab dia benci aku. Aku terus membutakan mata dengan memandang kearah poster hargailah alam sekitar di belakang pintu bilik disiplin. Bau perfum dia makin kuat menghampiri dan menjolok tekak aku. Dia memang pakai perfum sebotol ke apa. Tiba - tiba nama aku dipanggil kerana giliranku sudah tiba untuk membuat persembahan. Ketika aku naik sahaja tangga pentas, kaki aku sumpah macam kena paku. Mujurlah aku kena duduk sambil main guitar. Sepanjang masa aku bermain, semua murid nampak gembira dan teruja. Siap menyanyi lagi. Saat habis , aku lupa yang aku kena berduet dengan mamat espresso tu. Sesetengah pelajar perempuan mula menjerit dan mengila bila Farish mula memegang mikrofon dan berjalan ke pentas. Bagi aku memang dia goodlooking tapi perangai dia dengan aku tu. Kalau boleh aku nak sahaja bergusti dengan dia dekat atas pentas ni. Seperti yang aku katakan, kami akan nyanyikan lagu Justin Bieber . Musik mula berputar memainkan lagu Confident by Justin Bieber. Kalau bab-bab musik Justin Bieber memang aku suka lah.Punya lah aku terkejut tu sampai meremang weyh! Suara dia sedap gila! Farish nak tanda tangan! Eh gila ke ! Walaupun suara dia garau, tapi still sedap weyh! Eh Dahlia fokus! Tom Holland di hati. Aku terus memetik guitar mengikut irama seperti yang aku belajar . Ton suara dia, sebutannya yang jelas dan kawalan pernafasan yang sempurna. Nasib dia nyanyi separuh sahaja , kalau dia nyanyi penuh mahu arwah kawan-kawan aku. Aku tahu kawan aku ada yang terminat dekat mamat espresso tu. Perfect katanya. Sebaik sahaja kami habis , aku rasa mahu turun pentas cepat -cepat sebab aku sakit perut . Aku terus cepat pergi ke cikgu Aida dan beritahu keadaan aku. "Cikgu tak pasti sebab kamu kena ambil hadiah sekejap lagi dengan Farish. Tadi ada seorang pelajar tawarkan diri nak gantikan kamu main guitar akustik dengan Farish. Ini majlis rasmi jadi cikgu gantikan kamu dengan perempuan tadi dan hadiahnya cikgu akan serahkan dekat kamu ya. Kamu pergi rehat dulu dekat bilik sakit ya." Kata cikgu Aida. Aku hanya angguk dan menghormati keputusan cikgu sebab ini majlis rasmi . Ambil hadiah sahaja kan? Bukan apa pun. Kan? Aku terus pergi ke bilik sakit dengan berkadaan terseret di dinding sekolah. Kalau boleh aku nak mencangkung tahu. Aku dah nak beranak ke apa. Sakit sangat tahu. Sampai sahaja aku, aku terus berlari menuju ke almari penyimpanan ubat dan mencari ubat sakit perut. Tak ada! Aku hanya mampu diam dan baring di katil bilik sakit. Aku menarik selimut putih yang rapi dilipat di bucu katil dan cuba menutup mataku. Dalam beberapa minit kemudian , dunia ku menjadi gelap.

Saat mata aku kembali terbuka terang , aku melihat jam tangan putih aku yang menunjukkan jam 2:05 petang. Hah! Dah balik! Kalau aku tertinggal bas macam mana! Aku terus bangun dari katil dan melipat selimut putih bilik sakit. Aku berlari keluar walaupun perut aku masih meronta-meronta untuk berhenti. Di saat aku membuka pintu, aku ternampak kelibat di sebelah pintu bilik sakit. Farish? Dia tidur berdiri ke? Dia berdiri tegak depan bilik sakit sambil menyilangkan tangannya. Beg belakang dia tu beg guitar aku ke? Eh betul! Beg siapa lagi yang ada keychain kucing tergantung comel di zip beg. Aku terus menarik lengan baju Farish dan menunggu mata coklatnya terbuka. Sejuk betul petang ni. Macam mana dia boleh tidur sejuk -sejuk ni. Ketika matanya terbuka, sekali gus angin kencang meniup rambut two block nya yang tersikat rapi yang membuatkan aku rasa sesuatu. Eh mangkuk punya mata! Aku rasa dia kacak sahaja pun. Eh ya allah! Aku terus menjarakkan langkah aku sebanyak 3 langkah jauh. Nanti orang fikir aku mengatal pula dekat -dekat dengan abang form 5 yang goodlooking. Kalau dengan senior hodoh siapa ambil kisah .Dia terus mendekat dengan aku dan merapatkan mukanya dengan muka aku dan berkata "menyusahkan." Sesudah itu, dia menyarungkan aku beg guitar eletrik aku dan memberi aku plastik hitam berisi sesuatu. Dia terus memusing kearah berlawanan dan pergi menjauh. Aku terus melihat apa yang diberi dia di tanganku. Ubat? Ada nota tertulis pada ubat itu. "I hate you ." Wah mamat ni baik jugak belikan ubat. Bila aku tengok balik ubat tu, tertulis cat medicine. Eh untuk kucing la! Kau memang nak kena tarik rambut ke apa? Belum sempat aku nak merungut lebih, ubat sakit perut untuk manusia terjatuh dari plastik hitam dipegangan aku. Ada nota lagi tertulis "Meow." Dia nak cakap aku binatang ke apa ? Aku doa esok kau tercekik bulu kucing ! Aku sumpah kau jadi katak , Farish! Kau tengok aja lah esok, kau botak kau jangan menangis Farish Iszkandar!

FARISH ISZKANDARWhere stories live. Discover now