"T-tak... Saya taknak rosakkan majlis dia orang, cinta."

Kerut dahi Emara dengar alasannya. Rugi betul dia tidak membawa cincin elemennya bersama. Hanyalah sebentuk cincin berlian pemberian Nawwar dipakai. Budak ni dah lemau badan atas riba dia. Takkan berdiam diri aje.

"Kita... Pergi ikut sesi bergambar. Lepas itu baru cari Tuan Zachary," ujar Nawwar lemah menatap wajah bakal isterinya.

Low angle Emara cantik. Suka tenung lama-lama.

"Larat ke nak berjalan huh?"

Nawwar selamba bangun dengan lagak tenang. Aik? Tercengang Emara usha dia berdiri tegak sihat macam biasa.

"It's a prank, cinta," Hidung Emara dicuit manja. Tertawa besar apabila Emara tertipu sama lakonan Nawwar.  Mengadanya! Geram aku nak tibai lelaki ni.

"Nawwar Inas bin Asnawi! Sini awak!"

Dua pasangan saling berkejaran antara satu sama lain di sepanjang koridor. Orang punya risau tengok dia separuh mati tak cukup nafas. Rupanya gurauan dia another level. Not funny at all!

Selepas lelah berlari, mereka berdua menapak masuk ke dalam dewan seperti tiada apa yang berlaku. Santai. Tayang ekspresi biasa.

"Siap awak lepas jadi suami saya nanti!" Emara memberi amaran awal. Terkekeh diejek Nawwar sampai berpeluh anak mata dia. Kelakar reaksi dia bila orang rebah dalam pelukannya.

"Jom bergambar atas sana. Dia orang mesti dah menunggu." Nawwar terlebih dahulu mengorak langkahnya menuju Hadeena dan Aryan. Suami isteri tengah sibuk melayan tetamu muncul bersilih ganti.

"Eyyo what's up bro!" Aryan melambaikan tangannya tinggi lalu berjabat tangan mesra dengan Nawwar.

"Selamat pengantin baru, Aryan," ucap Nawwar mendatar. Dia mengulum senyuman ikhlas dari hati. Tak ada kawan gaduh, tak ada kawan ajak pillow talk. Hadeena ambil alih semuanya.

"Rasa nak nangis masa kau orang menyanyi. Bila piano dengan violin bersatu dimainkan kau orang... Aiseh," Alunan melodi Young and Beautiful terngiang-ngiang di halwa telinga Aryan. Tersentuh.

"Kak Deena dah kahwin! Hurm..." Pinggang Hadeena dipeluk Emara tak lepas. Dah tak boleh nak gosip sama-sama setiap malam. Belakang gadia itu diusap lembut oleh Hadeena.

"Nanti kita berjiran juga dekat rumah flat. Bangunan baru kan, biasalah," ujar Hadeena. Flat baru? Ada unit masih kosong ke?

"Lagi bagus kalau berjiran. Nak juga dengar Nawwar kena marah bini sendiri," pintas Aryan laju. Meledak tawa bersama Hadeena.

Nawwar memutarkan bola matanya. Lantaklah Emara marah atau merajuk sekalipun. Yang pasti, rasa geram nak gomol pipi dia setiap kali naik angin tak berapa jadi. Macam chipmunk.

"Oi. Amboi seronok sembang tak ajak aku. Mentang-mentang kerja aku tangkap gambar korang je," celah Zhan seraya adjust kedudukan kamera menghadap mereka.

"Cepat posing. Gambar buruk itu masalah lu orang," arahnya tegas. Nawwar laju duduk sebelah Aryan, begitu juga dengan Emara duduk sisi Hadeena.

One... Two... Three! Kecekak! Kecekak!

"Sekejap! Tunggu kami!" Tuan Zachary bersuara lantang menghalang Zhan seketika. Zander, Profesor Afzhan, Dayang Rania dan Encik Azman berjemaah mengekori Tuan Zachary.

Masing-masing ambil tempat sendiri. Dayang Rania, ibu kandung kepada Hadeena berdiri tengah antara dia dan Emara. Profesor Afzhan berdiri tegak belakang anak lelakinya. Encik Azman di sebelah kiri Profesor Afzhan manakala Tuan Zachary di belakang Nawwar. Zander pula menjatuhkan satu lututnya atas lantai sebelah kaki Nawwar.

Gambar hampir lengkap. Seorang saja belum menyelit masuk dalam foto ini.

"Psst! Capture this moment," Zhan menyeru kawannya yang sama untuk ganti dia semula. Mencicit laju Zhan pergi ke pelamin tersebut lalu baring atas lantai secara mengiring. Ala-ala vibe tepi pantai dengan tangan naik tongkat kepalanya.

"Aiyo Zhan... Kamu ni..." Profesor Afzhan tergeleng-geleng menengok Zhan bertukar jadi dugong jadian. Terhambur tawa semua orang kerana dia.

"Yī... Èr... Sān!" Lensa kamera berkelip terus menangkap setiap momen indah mereka semua. Candid. Belum ready. Konflik kecil turut ada.

Alhamdulillah. Semoga berbahagia hingga ke syurga sahabatku.

Koizumi-Aryan Daniel Bin Afzhan Danial telah menjalinkan hubungan sebagai seorang suami kepada Dyana Hadeena Binti Haniff Farhan.



ㅤㅤ



ㅤㅤ



ㅤㅤ




ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now