Atau Nawwar sengaja menipu tentang hubungan percintaan dia selama ini.

"Awak ada simpan perempuan lain selain saya ke?" Emara meletakkan mangkuk berlaukkan ayam rendang di tepi.

"Tak. Sumpah, tak. Awak perempuan pertama cintakan saya,"

"Saya? Saya perempuan pertama cintakan awak? Awak tak cintakan saya lah ni?" Sontak air muka Emara berubah kecewa. Bergetar bola matanya menyekat tangisan yang hampir bocor.

"Emara... Cinta kita dua sudah berbalas. Awak cintakan saya, saya cintakan awak. Tak ada istilah perempuan lain dalam hidup saya. I've told you, once I fell in love with you, there's no turning back. I have a deep feelings for you until now. Your eyes were mesmerizing. They're as pretty as your visual. Shines out when you smile at me. You're the first one to win my heart..."

Ingin sahaja Nawwar memeluk gadis itu seerat mungkin. Dia mahu buktikan bahawa Emara saja layak menambat hatinya setelah sekian hatinya lama tidak berpenghuni.

"Betul ke?" soal Emara untuk kepastian. Pandangannya mula melembut.

"Ya, sayang... Awak seorang aje. Tolonglah percaya cakap saya..." Nawwar merengek manja sambil menggerakan tubuhnya macam penguin terkedek-kedek dekat Antartika sana.

"Sayang, huh?"

"Cinta. Awak seorang aje cinta saya. Sumpah saya tak kenal si Selena tu. Bila saya dah ada awak baru ada perempuan random terhegeh nak ngorat saya. Huh, muka tak semenggah."

Emara tertawa kecil dengan ayat akhirnya. Tak semenggah? Direct sangat dia bagi.

"Iyalah. Saya minta maaf Nawwar. Tak patut saya tuduh awak sembarangan. Kesian awak sakit pun terpaksa berbalah dengan dia," pujuk Emara sembari mengambil semula mangkuk plastik tadi.

Nawwar senyum nipis. Bergaduh sampai lupa dia baru muntah darah dekat tandas. Cuma... Dia tidak beritahu secara spesifik kepada Emara.

Sekali kantoi, habislah!

Bacaan bismillah ditutur Nawwar lalu menyuap lauk itu masuk mulut. Alamak! Tekak dia rasa tidak selesa.

"Nawwar? Awak okey?" Ekspresi wajah jejaka itu membuatkan Emara terhenti seketika menjamah lauk itu. Botol mineral yang telah dipulas penutupnya dihulur kepada Nawwar.

Air diteguk sedikit demi sedikit. Nawwar jeda memandang Emara. Dia terbatuk-batuk seraya menekup mulutnya dengan tangan. Sontak tapak tangannya rasa hangat.

"D-darah..." gumam Nawwar perlahan. 

"Ha?? Darah??" Emara sambar tangan Nawwar agar melihat gumpalan merah likat melekat pada tangannya.

"Sikit je ni. Tak serius." Lantas Nawwar bangkit menuju ke tandas. Berlari tak cukup tanah. Dia harus sampai secepat mungkin.

"Awak! Tunggu saya!" Dada Emara menerima debaran kencang. Dahla kain gaun meleret ke lantai, menyukarkan lagi pergerakan dia jadi atlet lari pecut.

"Nawwar! Awak okey tak?" jerit Emara dari luar pintu tandas.

Senyap.

Krek...

Wajah lelaki itu terpampang depan pintu tandas. Matanya kuyu memandang Emara sedari bingung. Dalam sesaat, dia rebah dalam pelukan Emara.

"Nawwar! Allahuakbar kenapa ni?" Dahinya ditekap Emara. Bahang meresap masuk dalam kulitnya.

"I'm not feeling well... Today..." Nafas terengah berat. Nawwar tewas akhirnya.

"Awak nak saya buat apa ni? Panggil Tuan Zachary?"

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now