Murah rezeki gadis itu. Huh.



PERUT bergendang menandakan waktu makan telah tiba. Aryan, Hadeena dan Emara membungkus nasi goreng sebagai santapan tengahari. Wad biasa dimana tempat Nawwar berada menjadi lokasi untuk menjamu selera.

Lama sudah tidak makan bersama.

"Lepas ni kau orang punya turn. Jangan tangguh. Best tau bermanja sesama sendiri." Sesudu nasi goreng disuap masuk ke dalam mulut Aryan.

"Nanti Emara jaga diri seorang dekat bilik. Sebulan menunggu tak lama pun. Pejam celik dah jadi isteri orang." Hadeena pula mencelah seraya menghirup air kopi.

Semua menikmati juadah lazat dan berselera. Berbanding Nawwar, dia hanya dibenarkan makan lauk ayam rebus dan ikan rebus buat sementara waktu. Dia harus jaga pantang makan agar jantungnya kembali sembuh seperti sedia kala. Racun telah beransur hilang sedikit demi sedikit. Berkat telan empat jenis ubat pil setiap hari. Ergh! Pahit, cepat cair.

Aroma masakan menusuk hidungnya. Bertahan sikit aje. Dah sembuh, lantaklah melahap berapa pinggan. Kempunan lama sangat tak makan benda sedap.

"Eh Nawwar, dimensi Azazel macam mana? Bila nak pergi?" Mendadak Aryan bertanyakan soalan itu. Nawwar menjongket bahunya. Tidak ambil peduli. Apa motif masuk dimensi dia?

"Seingat aku, pernah Tuan Zachary kata lepas masuk dimensi dia nanti... Err... Kau-"

"Nyawa kau dalam bahaya." Ayat Aryan laju dipintas Hadeena.

Kut iya pun Azazel seksa anak orang, bagilah dia sihat dulu. Nawwar baru saja sedar enam hari lepas, takkan teruk sangat kena bantai Azazel kelak. Taknak! Urusan dokumen perkahwinan masih belum selesai.

"Taknak lah pergi. Aku nak kahwin dulu. Aku nak seorang isteri jaga aku sepanjang masa." Lirikan mata Nawwar beralih ke Emara yang tengah syok mengunyah. Semua mata-mata memandangnya.

Mengada! Belum kahwin dah buat orang letih layan dia seorang. Lebih rela Tuan Zachary jaga dia.

"Cuma... Apa Azazel nak dari aku?" Pandangan Nawwar melembut. Dari dulu sampai sekarang jantan pacak sentiasa cari masalah dengannya.

Aryan bersilih tatapan antara Hadeena dan Emara. Soalan sama dilontarkan Aryan kepada Tuan Zachary sewaktu Nawwar ditahan akibat jantungnya lemah.

"Guys?" Nawwar hairan dengan pandangan tidak senang dilempar mereka bertiga.

"Azazel... Um... He used you to get his revenge on your father." Kerongkong Aryan terasa sukar menelan nasi goreng dimakannya.

Dada Nawwar menyengat sakitnya. Dia memeluk tubuh. Surat kiriman arwah Tuan Asnawi belum dibaca habis. Masih tinggal tiga pucuk surat yang belum diusik isinya.

"I'll go there after you guys were married."

Terbuntang luas mata Aryan dan Hadeena mendengar keputusan Nawwar. Emara menekup mulutnya. Nawwar berani ambil risiko pergi dimensi Azazel walau kondisi jantung masih belum pulih.

"Awak... Kita pergi lepas halal la-"

"This is my decision, Emara," tekan Nawwar tegas. Dia kembali pada mod lamanya. Dinding pipi digigit. Ingat aku takut berdepan dengan Azazel?

Kita tengok rancangan Azazel yang seterusnya.



BILIKKU, syurgaku. Tiada lagi cardiac monitor berbunyi sebelah katil. Nawwar sudah pulang dengan girangnya.

Tubuhnya dicampak ke katil empuknya. Rindu. Tidur sampai tengahari esok belum tentu cukup topup waktu tidur dia yang tergendala selama tujuh hari. Sekejap awal, sekejap lewat. Masalah insomnia susah dibendung.

Nawwar berpusing melentangkan badannya, termenung pada kipas siling. Sepi. Aryan, Hadeena dan Emara keluar beli barang keperluan untuk esok. Empat ratus lebih doorgift kena bungkus? Mati lah nak.

Banyak kali dia merayu dekat Emara supaya diberi kebenaran turut serta dalam misi membungkus doorgift. Macam biasa, jawapan dia tetap sama. Tak boleh. Pulang dari wad pun tiada siapa teman. Hanya dirinya yang sehelai sepinggang berjalan seorang pergi ke sini.

Nasib baik tak bertemung dengan Fariz. Cubaan pertama guna pisau dah gagal, mana tahu cubaan kedua dia guna senjata api. Mampus!

Hurm... Surat ayah. Ya! Dia belum baca tiga pucuk surat yang lain. Nawwar bangkit dari katil secara kasar. Mengaduh sakit. Lupa pula bekas jahitan masih belum baik. Perlahan-lahan dia melangkah lemah pergi ke mejanya lalu laci meja ditarik. Sepucuk surat diambil rawak. Isi dalamnya dibaca.



Assalamualaikum Nawwar. Surat kali ini berkaitan bandar Afwah. Ada apa dengan bandar Afwah? Ayah tahu kamu trauma teruk sebab kejadian arwah ibu dan adik meninggal dalam pangkuan kamu. Tuan Zachary perhati dari jauh bersama Zander. Ayah tahu betapa seksanya dan terkilan hati kamu masa baca dua kalimah syahadah untuk dia orang. Dengar dari mulut Tuan Zachary pun sudah cukup buat hati ayah terpukul, apatah lagi kamu yang hadap situasi genting sebegitu. Jangan sedih ya anakku...

Sekarang, ini bukan pasal trauma kamu. Masa kamu pengsan lepas arwah adik meninggal, Tuan Zachary ada cerita yang Azazel gunakan kuasa dia untuk 'brainwash' semua roh penduduk Afwah. Mesti Nawwar tak faham kan? Begini, roh penduduk afwah tak tenang sebab serangan Azazel tanpa alasan munasabah. Mestilah roh dia orang akan menunding jari kepada si pendosa iaitu Azazel sendiri. Lepas satu bandar Azazel cuci otak dia orang, maka kamulah pendosa yang tidak bersalah. Dia orang anggap kamulah menyebabkan huru-hara satu Afwah. Jadi kamu harus bertanggungjawab ke atas bandar Afwah itu nanti.



Diam membisu. Azazel buat hal, Nawwar terkena tempiasnya. Allahuakbar... Dosa apa lagi ni? Demi Allah, Nawwar takkan aniaya orang tak bersalah. Mereka suci. Bandar Afwah adalah bandar paling suci.

Pasti kebangkitan sumpahan enam kali berturut dalam rohaninya berpunca dari tindakan Azazel.

Surat itu berakhir di situ. Apa yang dia harus lakukan pada pulau terbengkalai? Membuat pembangunan semula? Dia bukan menteri mahupun kerajaan untuk biayai kos kerosakan satu bandar. Roh penduduk Afwah juga tidak tenang. Mungkin itu salah satu punca mengapa dia sering terdengar bisikan halus menghantui mindanya.

Matanya terpandang satu gambar polaroid yang diselit dalam sampul. Gambar pusat mercu tanda bandar Afwah. Terdapat satu notis kecil di sudut gambar tersebut.



Come here, master Nawwar. They're waiting for you...



"Master?" Mengapa munculnya gelaran depan namanya? Dia belum lagi dilantik sebagai Young Master. Masih dilema membuat keputusannya. Jikalau dilantik sekalipun, apa sumbangan boleh dia bagi untuk akademi Quricity?

Sanggupkah dia serah diri menjadi Tuan Muda kelak?



ㅤㅤ



ㅤㅤ



ㅤㅤ



ㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now