Prolog

823 91 0
                                    

"YOU killed him. You killed my husband." Mata Darlia  ligat merenung tajam ke arah Saint. Dada yang berombak kencang itu cuba ditahan sedaya upaya. Sungguh, Darlia  buntu. Darlia  sedar yang dia sepatutnya membenci lelaki di hadapannya ini, tetapi hatinya enggan melakukan perkara itu.

Saint beriak biasa. Kata-kata Darlia  itu langsung tidak mengguris perasaannya.

"I have told you before, I'm not a good guy. What did you expect from me, barbie doll?" soal Saint tanpa perasaan.

Tipulah kalau Saint tidak pernah beritahu hal itu pada Darlia. Bahkan Darlia  sendiri boleh nampak dengan mata kepalanya sendiri.

"Saya tahu. Pembunuh macam awak tak patut hidup dekat dunia ni. Sebab awak dah bunuh ramai sangat orang, Saint. Termasuk suami saya..." Ujar Darlia dengan perlahan.

Air mata mula bertakung di tubir mata. Dada pula terasa sesak. Sukar sungguh dia mahu bernafas ketika ini. Walaupun Darlia tahu Saint yang membunuh suaminya, namun Darlia rasa sesuatu yang lebih menyakitkan ketika ini.

Sakit kerana dia telah jatuh cinta dengan lelaki yang membunuh suaminya. Darlia tahu dia tidak sepatutnya jatuh cinta dengan lelaki yang telah membunuh suaminya. Darlia tahu dia tak patut buat benda bodoh itu tetapi Darlia tak mampu untuk menghalang perasaannya. Sungguh, Darlia bencikan diri sendiri ketika ini.

Siapa saja yang jatuh cinta dengan pembunuh? Lebih-lebih lagi pembunuh yang membunuh orang yang kita sayang?

Jeda.

Saint memilih untuk mendiamkan diri. Hanya matanya saja bergerak memandang Darlia. Tipulah kalau Saint tidak punya perasaan terhadap wanita di hadapannya ini. Namun Saint sedar diri. Dia hanyalah seorang pembunuh di depan mata Darlia.

"I hate you, Saint. I shouldn't fall for you. Ini semua salah. Kalau saya tahu awak yang saya akan jatuh cinta dengan awak, memang saya bunuh awak lama dah. Sepatutnya saya ambil scalpel dan bunuh saja awak masa hari tu..."

Betul. Tujuan Darlia masuk ke dalam penjara adalah untuk balas dendam pada Saint. Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya... Sungguh, Darlia  bencikan diri sendiri ketika ini. Dia terlalu cintakan Saint lebih daripada bekas suaminya. Dia sayangkan Saint berbanding bekas suaminya.

"Then do it." Ujar Saint dengan perlahan. Kaki bergerak merapati Darlia  setapak demi setapak. Pisau yang berada di atas meja itu sempat dicapai.

Darlia  merenung Saint dalam-dalam. Segala perbuatan Saint itu ditatap dengan perasaan yang bercampur baur. Wajah Saint dan pisau yang berada di tangan lelaki itu dipandang bersilih ganti. Apa yang lelaki itu cuba lakukan ya?

Ketika Darlia sedang leka termenung, tiba-tiba Saint mencapai tangan Darlia. Pisau yang diambil tadi kini bertukar tangan.

"Kill me, Darlia." Suara garau Saint menyapa gegendang telinga Darlia  dengan sangat lembut. Pandangan matanya juga tampak lebih lembut berbanding sebelum ini.

Darlia  memandang pisau yang berada di tangannya itu.

"Bunuh aku. Aku tahu kau dah lama nak bunuh aku. Aku tahu kau nak balas dendam. So do it, doll."

"Saya bukan pembunuh macam awak." Lancar saja kata-kata itu keluar dari mulut Darlia. Kemudian pandangannya dialihkan semula pada Saint. Matanya tercari-cari sepasang mata hitam likat Saint.

"Oh come on. Kau cakap kau nak bunuh aku. So do it. Aku ni kan memang layak untuk dibunuh. Bukan ke macam tu, hm? Nak pula aku dah bunuh suami kau. Jadi apa yang buatkan kau ragu lagi untuk bunuh aku?" Bibir Saint mengoyak senyuman sinis pada Darlia.

Iya, memang Saint nampak sungguh sinis ketika ini. Namun ia tak dapat menyembunyikan perasaan sebenar Saint pada Darlia. Saint tak mampu untuk menipu diri sendiri yang dia mahukan wanita itu. Tetapi Saint sedar dia takkan mampu untuk jadikan wanita itu miliknya. Bukan kerana dia mengalah, tapi dia tidak mahu memaksa Darlia.

Saint tahu Darlia bencikan dia kerana bunuh suami Darlia. Saint tahu tapi dia tak tunjuk pada Darlia.

Darlia  diam. Dibiarkan saja matanya berbicara. Hatinya berteka-teki bermacam perkara ketika ini. Kenapa? Kenapa Saint suruh dia buat macam ini tiba-tiba? Adakah kerana dia rasa bersalah selepas bunuh suami Darlia? Ataupun Darlia  ialah mangsa Saint yang seterusnya?

"How I wish I could kill you, Saint..." gumam Darlia  dengan perlahan.

"Just do it, Darlia." Balas Saint dengan nada biasa. Tangan didepakan seluas-luasnya seakan memberi ruang untuk wanita itu menikamnya.

Darlia  memejam matanya rapat. Kepala digeleng beberapa kali. Saint tak faham. Saint takkan faham betapa susahnya Darlia  untuk lakukan perkara itu. Kalau membenci lelaki itu pun Darlia  rasa susah, inikan pula dia mahu bunuh Saint. Namun Darlia  gagahkan juga dirinya. Mata dibuka kembali untuk menatap wajah si dia.

Genggaman tangan pada pisau yang diberikan oleh Saint tadi dieratkan. Darlia  mengetap rahangnya dengan kuat. Perlahan-lahan tangan yang memegang pisau itu dinaikkan seakan dia ingin menyerang Saint.

Please, Darlia. Dia bunuh suami kau. Kau tak sepatutnya jatuh cinta dengan orang yang bunuh suami kau, Darlia. Jangan jadi bodoh. Apa lagi yang kau tunggu kan? This is the nice timing to payback, Darlia. Kill him.

"Come on, Darlia. You know what to do! I'm a serial killer! I killed your husband so kill me!" Arah Saint dengan suara yang lantang. Dia akan relakan saja apa yang Darlia  akan buat padanya. Dia memang layak dibunuh oleh Darlia.

Lelaki seperti dia tak sepatutnya bersama dengan wanita seperti Darlia.

Darlia memandang wajah Saint dengan perasaan yang geram. Pegangan pada pisau dieratkan lagi. Tanpa sebarang amaran, Darlia  menapak mendekati Saint dengan pantas.

"Goddamn it. I love you, you asshole!"

The ache for him is stronger than her anger. She want to speak of something but not dead or divine. She just want him to live, so that she will never finish falling. Falling for him.

War of HeartsWhere stories live. Discover now