WOH 02

850 93 5
                                    

3 bulan kemudian...

"KECEMASAN!" Jeritan daripada salah seorang anggota polis yang menyerbu masuk ke dalam bilik sakit itu memenuhi gegendang telinga Darlia. Langsung Darlia pusingkan tubuhnya menghadap pintu yang sudah terbuka luas dari luar itu.

Laju saja Darlia menapak mendekati lelaki yang sedang terbaring di atas katil itu.

"Apa jadi?" soal Darlia seraya menolak katil itu ke dalam bilik sakit.

"Kena serang pakai cangkul dengan banduan lain masa tengah buat aktiviti pembersihan dekat luar." Ujar Encik Adam pada Darlia.

Darlia hanya diam. Mesti ada drama bergaduh tadi. Kalau tak, tak adanya orang tercedera sampai berdarah-darah bagai ni. Tidak betah lagi, Darlia menilik seluruh tubuh lelaki yang berada di atas katil itu. Tidak semena Darlia menelan air liur. Perasaan gugup menyelubungi dirinya secara tiba-tiba. Nombor yang tertera pada baju lelaki itu dipandang sekilas sebelum Darlia buka mulut.

"5291, awak okay ke?" soal Darlia pada lelaki itu.

Mata Darlia pula ligat memerhati luka di bahagian belakang kepala dan bahu lelaki itu. Seram pula Darlia melihatnya. Nak pula bila banduan itu hanya memejamkan matanya.

Dah mati ke macam mana?

"Macam teruk sangat je pendarahan dia ni." Gumam Darlia seorang diri.

"Macam mana ni? Nak bawa dia pergi hospital ke?" kini Encik Adam pula bersuara.

Tipulah dia tak risau kalau ada banduan tercedera. Kalau mati macam mana? Elok-elok orang tu kena hukuman gantung sampai mati, ini tak kena gantung lagi dah mati. Aduhai, stressnya!

"I'm good."

Semua mata tertumpu ke arah Saint yang sedang terbaring itu. Matanya masih lagi terpejam rapat.

Darlia tercengang sekejap. Woah, berlumuran darah pun masih boleh okay ya? Hebat, hebat.

"Get out." Ujar Saint dua patah.

Darlia dan Encik Adam saling berpandangan.

Hampir melopong mulut Encik Adam dibuatnya. Boleh pula banduan halau polis keluar ya? Saint Arxo ini memang luar biasa ya orangnya. Nak tak nak semua yang ada di situ akur sajalah.

Tidak sampai beberapa minit, Saint membuka matanya apabila tiada lagi suara orang berkata-kata. Kemudian Saint bangun dari pembaringannya. Tangan pula lincah mencabut butang baju yang sudah kotor dengan darahnya itu lalu dicampakkan ke tepi.

Prang!

Laju saja kepala Saint menoleh ke arah bunyi itu. Wajah yang tidak berperasaan dilemparkan pada Darlia.

"Aku suruh keluar kan?" Dingin sekali nada suara Saint ketika ini.

Darlia pula hanya berdehem perlahan. Bekas yang mengandungi kapas yang direndam dengan antiseptik itu dikutip semula. Niatnya tadi nak ubati luka Saint, namun tumpuannya terganggu apabila matanya terpandang badan Saint yang tidak berbaju itu.

"Kalau dah sakit tu buat je cara sakit ya, Encik 5291?" Segaris senyuman palsu Darlia lemparkan pada Saint.

Kapas yang sudah jatuh atas lantai tadi dikutip lalu dibuang ke dalam tong sampah. Kemudian Darlia sediakan semula kapas dan antiseptik yang baru.

Keadaan di bilik sakit itu sunyi untuk seketika.

Darlia fokus dengan tugasnya untuk menyediakan peralatan untuk merawat Saint manakala Saint hanya memerhati Darlia.

Mata Saint ralit merenung sisi profil Darlia. Hatinya terdetik macam mana wanita seperti Darlia ini memilih untuk menjadi doktor di penjara berbanding di klinik ataupun hospital biasa. Kenapa Darlia sanggup ambil risiko untuk bekerja di sini sedangkan semua orang tahu penjara adalah tempat yang menyeramkan untuk dikunjungi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

War of Hearts [ On Hold ]Where stories live. Discover now