"Dia nak bawa saya jumpa keluarga saya ajelah." Sampukku. Memperbetulkan tanggapannya terhadap Brayan.

Namun Aryan menjuih bibir. Dia menunduk memandangku dengan pandangan tidak percaya.

"Kenapa dia tak bawa aje keluarga awak ke pelamin? Awak rasa..." Dia membongkokkan sedikit tubuh, menyamakan ketinggiannya denganku. Anak mata kami saling berpandangan. Sedikit pun aku tidak bergerak.

"Dia betul-betul nak awak sembuh ke?" Soal Aryan, jelas mengejek. Ada gelak tawa halus dihujung bibirnya sebelum dia kembali menegakkan badan.

"Apa awak merepek ni? Tadi awak tuduh Brayan marah dekat saya, sekarang awak nak cakap Brayan macam itu pula. Ke... awak saja cakap macam itu sebab awak cemburu dengan dia huh?"

"Saya cemburu?" Aryan menunding jari ke mukanya sendiri.

Aku tidak berkata apa. Sekadar memandang mukanya yang jelas sedang tersenyum senget.

"Memang pun." Balasnya, jujur.

"Saya memang cemburu bila Brayan dapat layanan lebih baik daripada saya. Kadang-kadang bila saya lihat awak bersama dengan Brayan, saya rasa macam nak ambil pisau dan toreh ke badan sendiri supaya dapat ambil alih waktu itu juga. Tapi saya sedar, saya cuma akan buat awak lebih benci saya dan anggap diri saya ni jahat. Cuma saya tak boleh terima kalau awak akan kata saya menuduh Brayan yang bukan-bukan disebabkan cemburu? Sorry, saya tak ada masa anak buat semua tu."

"Tapi saya tak buat apa-apa perkara yang boleh buatkan dia marah tadi." Degusku.

Aryan geleng kepala menafikannya. "Nope! Awak ada. Cuma awak aje yang tak perasan?"

"Apa dia?"

"Tu!" Dia memuncungkan bibir menunjuk ke arah Elly dan Mel yang masih lagi sedang beratur menunggu giliran mendapat makanan.

"And... dekat sana." Kini jarinya pula menunding ke arah Puan Fatimah dan anak-anaknya yang sedang menjamu selera di meja makan.

Keningku semakin berkerut tidak faham. Kenapa pula Brayan hendak marah kepada mereka sedangkan dia sendiri yang jemput untuk datang?

"Awak dah paksa dia untuk buat perkara yang dia tak suka. Iaitu jemput manusia yang dia benci." Ujar Aryan seolah-olah tahu persoalan yang bermain di mindaku sekarang. Langsung, aku dongak memandang Aryan di sebelah dengan muka tak percaya. Entah dimana lucunya, sehingga dia tergelak kecil dengan kepala tergeleng-geleng saat memandang wajahku.

"What? Awak fikir saya nak menipu? Let's see!" Dia menyenteng sebelah lengan bajunya hingga ke paras siku. Cukup untuk menampakkan pergelangan tangan sebelum dihalakan kearahku. Tatkala aku sudah terkulat-kulat dengan perbuatannya. Apa pula dia nak buat?

"Awak nak saya buat apa ni?" Soalku, sekejap mendongak memandang mukanya kemudian tunduk melihat lengan yang dihulur pula.

"Cubit. Cukup untuk kembalikan Brayan. Takkan awak nak tampar saya dekat sini? Nanti mereka fikir yang bukan-bukan. Kalau awak cubit tiada siapa yang akan nampak." Arahnya, siap memerhatikan sekeliling supaya tiada siapa pun melihat perbuatan mereka.

"Awak dah gila ke? Dekat sini ramai oranglah!"

"Kitakan dekat hujung. Diaorang semua sedang makan. Don't worry. Saya takkan marah awak kali ini. Cubitlah."

Aku mengecilkan sedikit mata. Kenapa aku rasa aneh sahaja perangai si Aryan ini? Sebelum ini bukankah dia mahu terus mengganti tubuh Brayan sampai berjam-jam? Kalau boleh sampai bila-bila pun dia nak. Akan tetapi hari ini dia sendiri yang mahu mengembalikan Brayan. Tidak pelikkah?

Perlahan-lahan aku angkat tangannya menyentuh pergelangan tangannya. Tak berdosakah kalau aku cubit suami sendiri?

"Cepatlah." arahnya apabila melihat aku yang masih teragak-agak untuk mencubit pergelangan tangannya yang terdedah itu. Lantas, aku mencubitnya sedikit. Tidak kuat. Entah mengapa aku rasa takut pula ingin buat semua ini.

Aryan mengeluh kecil. "Kuatlah sikit. Saya tak rasa apa-apa... Arghh!!" Jeritnya begitu kuat.

Alamak! Dia suruh aku cubit kuat-kuat, aku cubitlah. Tak sangka pula dia belum bersedia. Aku yang sudah terpinga-pinga melihat orang sekeliling menoleh ke arah kami, terus bangkit dari kerusi menekup mulut Brayan agar kembali senyap.

Berkelip-kelip mata Brayan memandangku dengan muka berkerut tidak faham dengan tindakanku sebentar tadi. Aku hanya mampu tersengih. Haish! Malunya!

"So... Sorry." Rayuku. Perlahan-lahan aku menarik tangan dari menekup mulutnya. Muka Brayan masih lagi berkerut. Sekejap dia tunduk melihat pergelangan tangannya yang masih merah akibat dicubit tadi.

"Kau cubit aku?"

"Ta...tak! Err... Aryan. Saya cubit Aryan."

"Aryan?"

Aku angguk kepala.

"Oh, tak apa. Aku tak kesah." Balasnya, selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia menarik semula lengan yang disenteng tadi agar kelihatan kemas semula.

"Pelik betul."gumamku perlahan. Sekejap benar dia melupakan kesakitan tadi.

"Apa dia?" Soal Brayan, kurang jelas mendengar apa yang aku katakan tadi. Dengan pantas aku geleng kepala tanda tiada apa-apa.














Bermula chapter selepas ini kita mulakan penyiasatan siapa yang jahat😈

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now