25

43.7K 3.6K 639
                                    

                     “ELLY!" Laju kakiku menuruni tangga. Sampai sahaja di tingkat bawah, aku terus berlari ke arah pintu utama. Jantung semakin berdegup kencang. Mencungap nafas aku apabila tiba di pintu. Penat. Tapi apakan daya, aku dah tak cukup masa untuk berehat lagi. Aku perlu keluar daripada sini secepat yang mungkin.

Lantas tombol pintu dipulas lalu di kuak. Muncul figura Mel di hadapanku saat ini. Terus berkerut keningku memandangnya. Macam mana pula Mel yang boleh sampai sedangkan aku whatsapp Elly?

"Mel?"

"I dapat Whatsapp daripada Elly, dia suruh I datang sini sebab you ada hantar mesej pelik dekat dia. Why? Mesti betulkan apa yang I cakap? Dalam rumah ni ada orang lain selain you?"  Dingin Mel berkata sambil pinggang dicekak dengan kedua belah tangannya.

"Ma... Macam kau boleh terlepas masuk sini? Bukan ke lelaki tak dibenarkan masuk?" Aku sedikit bingung. Sedangkan Mel mencorek senyuman sinis dibibir.

"I tipu guard you tu. Dia ingat I rider yang nak hantar makanan. Sesenang itu aje dia lepaskan I masuk. Ah, tak kesahlah! Yang penting sekarang jom kita cari jantan puaka yang tipu you tu!"

"Eh, nanti dulu Mel!" Cepat-cepat aku menghalang Mel daripada melangkah masuk ke dalam rumah. Apa-apa pun, aku masih ingat peraturan lelaki itu. Jangan sesekali benarkan lelaki masuk ke dalam rumah. Aku tak boleh langgar peraturan tu. Yang penting sekarang, aku harus larikan diri bersama Mel. Tentang Tuan Brayan itu, mungkin nanti-nanti sahaja aku boleh selesaikan.

"Lupakan tentang dia. Kita lari dulu, Mel. Please. Kita kena pergi daripada sini. Se... sebab aku dah mula rasa tak sedap hati." Kataku sedikit perlahan.

"Kenapa pula nak biarkan mamat tu terlepas? I tak peduli! I tahu lelaki yang konon misteri sangat tu masih ada dekat dalam rumah ni!" Protes Mel.

"Tak boleh, Mel! Tak boleh! Kau tu lelaki, kau takkan boleh masuk sini. Kalau tak..."

"Kalau tak apa? Dia nak denda you atas alasan peraturan tak masuk akal dia tu? You jangan takutlah. I ada dengan you sekarang. Kita kena ajar lelaki tu cukup-cukup sebab dia perbodohkan you selama ni! Dah, I tak kira. I pasti lelaki tu ada dekat dalam rumah ni lagi. Jangan halang I!" Mel terlebih dahulu memotong kata-kataku dengan amaran. Dia lantas menolak aku ke tepi lalu melangkah masuk ke dalam rumah itu sesuka hati. Aku sudah mula tak keruan saat melihat langkah Mel semakin laju menuju ke tingkat atas.

Aku sudah geleng kepala. Jangan kata dia nak pergi ceroboh bilik Tuan Brayan tu!

"Mel, tunggu Mel!" Tanpa menunggu lama, aku terus mengejar langkah Mel yang sudah berada di tingkat dua.

"Mana kau jantan puaka huh?! Keluarlah!" Jerit Mel seolah-olah sedang mencabar. Anak matanya melintas ke setiap ruang di dalam rumah ini. Tercari-cari di mana lelaki yang kononnya bersembunyi itu dengan amarah. Sekilas anak matanya menangkap satu bilik yang berada di tingkat tiga. Ada papan tanda yang tulis di situ 'Tuan Brayan'. Mungkin di situ lelaki itu menyembunyikan diri.

Laju sahaja kakinya melangkah ke tingkat tiga. Sedangkan Nayra pula masih terhegeh-hegeh mengejar dari tingkat bawah. Perutku sudah terasa senak berlari saat ini. Aku berhenti berlari seketika. Berehat mengambil nafas dalam beberapa detik sebelum kembali mengatur langkah.

"Mel, tunggu aku!!" Jeritku kuat dan jelas. Langkah demi langkah, akhirnya aku tiba juga ditingkat tiga. Nafasku mencungap, penat. Dengan kening berkerut, aku pusing memandang sekeliling tingkat tiga mencari kelibat Mel yang hilang secara tiba-tiba. Suaranya pun sudah tidak kedengaran. Ke mana pula si Mel ini pergi?

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now