Bab 23

41.7K 3.5K 284
                                    

                          “WHAT are you trying to do, My lady..." dia mencicip kopi panas sambil anak matanya tumpu melihat rakaman CCTV yang terpamer di skrin komputernya.

Mempertontonkan Nayra yang kini sedang berdiri di hadapan bilik larangannya. Wanita itu nampak seperti teragak-agak ingin menyentuh tombol pintu itu. Sekejap Nayra sentuh, selepas itu Nayra tarik tangan semula. Memikirkan sama ada tindakannya betul ataupun tidak. Nampaknya, Nayra juga sama seperti bekas pekerjanya yang lain. Ingin menyiasat apa yang berada di dalam bilik ini.

Brayan mengorek senyuman penuh sinis.  Cawan kopi itu diletakkan di atas meja. Dia memeluk tubuh, sambil sebelah kaki disilangkan ke atas pahanya. Tubuh disandarkan ke belakang. Masih tumpu melihat gerak-geri Nayra yang berdiri tercongok di hadapan biliknya.

"Apa yang kau nak cari Nayra?" Dia menyoal dengan perlahan. Sekilas Brayan menoleh ke arah pintu biliknya. Tombol pintu itu nampak seperti bergerak-gerak, tapi tak lama selepas itu ia berhenti. Jelas menunjukkan bahawa wanita itu sendiri takut ingin melanggar peraturannya tapi perasaan ingin tahu itu terlampau kuat membuatkan Nayra masih berdiri berani di situ.

"Cubalah kau masuk, kalau kau nak jumpa dengan aku." Sekali lagi Brayan tersenyum menyenget. Dia tahu Nayra tidak mempunyai keberanian untuk melanggar peraturan-peraturannya. Tatkala dia melihat di CCTV kali ini mempamerkan yang Nayra sedang menarik nafas dalam-dalam dan hembus. Nayra mengulang perbuatan itu berkali-kali, sehingga dia menggenggam tombol itu buat sekali lagi. Kali ini dengan muka penuh serius. Menunjukkan dia tidak akan teragak-agak lagi untuk masuk ke dalam.

Riak wajah Brayan terus berubah. Kaki yang disilangkan tadi terus dijatuhkan ke bawah. Tubuhnya menegak. Laju dia bergerak dekat dengan skrin komputer itu, ingin melihat dengan jelas kerja gila yang Nayra ingin lakukan.

"Kau betul-betul nak masuk?" Brayan ketap bibir dengan seribu perasaan di dada. Teramat marah! Paling pantang jika seseorang itu cuba melanggar peraturannya. Biarpun seseorang itu adalah seorang yang istimewa baginya.

"Please come in if you dare, Nayra." Sebelah tangannya sudah mencapai sebotol klorofom di atas meja bersama sapu tangan. Bersiap sedia jika Nayra ingin masuk ke dalam biliknya. Buka sahaja pintu bilik itu, dia akan terus menerkam ke arah Nayra dan menekup mulut dan hidung wanita itu sehingga pengsan. Tahulah nasib Nayra selepas sedar nanti.

Brayan bangun dari tempat duduknya, dengan riak tegang langkah disusun menghampiri pintu bilik itu.

"Just open it." Cabar Brayan sambil tangannya menuangkan cecair klorofom itu ke atas sapu tangan itu. Sekilas dia toleh memandang skrin komputer yang masih memaparkan wanita itu berdiri di hadapan biliknya dengan sebelah tangan menggenggam tombol pintu. Nayra nampak seperti sudah bersedia ingin buka.

Brayan juga sudah bersedia. Cuma sedang menunggu 'mangsa' untuk masuk ke dalam jeratnya.

Tombol pintu itu sudah dipulas separuh dengan perlahan dari luar. Brayan angguk kepala. Nayra benar-benar ingin menghadapnya sekarang.

"Keep doing it." Setapak Brayan mara ke hadapan.







                      “CIK Nayra!” suara Puan Nora Elena menerjah ke telinga Nayra.  Terkejut aku dibuatnya sehingga tombol pintu itu terus dilepaskan. Jantung tak berhenti berdegup dengan laju. Hampir sahaja pintu itu hendak dibuka tadi tapi suara Madam pula yang telah memutuskan niatku. Laju aku pusing ke belakang, memandang Puan Nora Elena yang sedang menghampiri ke arahku.

"Apa yang awak cuba buat tadi?" Soal Puan Nora Elena, suaranya agak sedikit dingin. Mungkin dia nampak aku ingin menceroboh masuk ke bilik larangan Tuan Brayan.

"Sa... Saya..."

"Awak cuba nak masuk bilik Tuan Brayan?" Belum sempat aku hendak memberi alasan, Puan Nora Elena lebih pantas meneka. Aku tunduk menikus memandang lantai. Sedar atas kesilapan sendiri. Tatkala Puan Nora Elena sudah mengeluh sambil meraut wajahnya. Dia nampak seperti hendak marah tapi sedaya upaya dia cuba untuk berkelakuan tenang dan sabar.

"Nayra awak sedar tak apa yang awak cuba buat sekarang ni?"

"Saya minta maaf, Madam. Saya cuma..."

"Jika awak dah ceroboh masuk ke dalam bilik Tuan Brayan tadi, kemungkinan besar awak akan kena hukuman atau denda! Awak fikir hukuman Tuan Brayan tu biasa-biasa aje ke? Awak belum kenal dia seratus-peratus tahu tak? Kalau dia nak buat awak muflis, sekarang pun dia boleh buat. Dia boleh lakukan apa sahaja yang awak sendiri tak boleh jangka, Cik Nayra! Tuan Brayan paling pantang jika seseorang tak ikut arahan dan peraturan dia. Jika awak langgar, jangan harap dia akan bagi muka dan jangan harap awak akan terlepas daripada dia! Sebab dia memang tak akan lepaskan awak selagi awak tak kena hukuman daripada dia! Awak nak kena macam itu huh?!" Panjang-lebar Puan Nora Elena memarahi Nayra.

Aku hanya mampu tunduk memandang lantai dan menadah telinga mendengar segala tegurannya. Situasi aku dan Madam kali ini amat jauh beza. Tak lagi sangsi dan tenang seperti sebelum-sebelum ini. Buat pertama kali juga aku kena marah dengan Puan Nora Elena. Jelas kesalahan yang aku cuba lakukan ini amat berat dimatanya.

Salah aku juga kerana hadirkan perasaan curiga sebelum ini hanya kerana jumpa sudu di bawah sofa. Perasaan membuak-buak ingin tahu yang membuatkan aku berada di hadapan bilik Tuan Brayan tadi. Aku cuma ingin tahu apa yang berada di dalam. Cuma barang-barang biasa atau ada 'seseorang' yang aku sendiri tak tahu kewujudannya di dalam rumah ini?

"Maafkan saya, Madam. Saya sedar silap saya." Aku akui kesilapan sendiri.

Puan Nora Elena tarik nafas dalam-dalam lalu dihembus perlahan sebelum kembali bersuara.

"Apa yang awak cuba buat sebenarnya? Awak nak cari apa, Cik Nayra?"

"Saya tak cari apa pun. Cuma saya nak tanya sesuatu kepada Madam." Kali ini aku beranikan diri untuk memandang mata wanita itu. Kening Puan Nora Elena berkerut.

"Awak nak tanya apa?"

"Betul ke Tuan Brayan tak ada dalam rumah ni?"

Puan Nora Elena terdiam. Kaku. Tak berkelip matanya memandang Nayra saat ini. Mengapa Nayra tiba-tiba sahaja tanya soalan seperti itu kepadanya? Atau... Nayra sudah menyedari sesuatu. Ah, walaubagaimanapun dia tetap harus merahsiakan semua ini. Puan Nora Elena cuba berlagak seperti tiada apa-apa.

"Kenapa tiba-tiba aje tanya? Kan saya dah kata, kalau Tuan Brayan balik ke rumah. Saya akan bagitahu awak."

"Saya cuma nak tahu. Sebab saya rasa seolah-olah dalam rumah ni bukan saya seorang aje yang ada."

"Ya. Memang ada orang lain pun iaitu saya. Saya kena pantau awak, Cik Nayra." Kata Puan Nora Elena. Namun, aku geleng kepala. Tidak! Bukan Puan Nora Elena yang aku rasa sedang perhatikan aku selama berada di sini.

"Bukan Madam maksud saya. Tapi..."

"Iya, saya. Tak ada orang lain lagi, Cik Nayra." Bidas Puan Nora Elena. Aku terdiam.

"Kalau awak nak kata ada orang jahat sedang berada di dalam rumah ini, lagilah mustahil! Kawalan keselamatan dekat sini kuat Nayra. Orang biasa pun susah nak masuk apatahlah lagi orang jahat? Iya terlalu mustahil!"

"Saya tahu, Madam. Saya cuma was-was aje sebab sejak dua menjak ni saya rasa pelik duduk dekat sini." Ujarku.

"Apa yang peliknya? Tak ada apa yang pelik pun Cik Nayra. Awak cuma perlu bekerja macam biasa. Saya dah kerja lama di sini dan tiada apa-apa pun yang pernah menimpa ke atas saya selagi saya tak langgar peraturan Tuan Brayan. Tolong jaga tingkah laku awak, Cik Nayra." Tegurnya, kali ini suaranya kembali lembut. Mengharap agar aku tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Aku sekadar mengangguk kepala. Tiada apa lagi yang aku boleh katakan, hanya mampu minta maaf dan menyambung bekerja seperti biasa. Serta melupakan segala benda mengarut yang aku pernah fikir sebelum ini.

"Baik, Madam. Sekali lagi saya minta maaf. Saya janji saya... takkan langgar peraturan Tuan Brayan lagi. Saya minta diri dulu." Aku menunduk hormat kepadanya lantas mengatur pergi daripada situ.





THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now