"Kenapa buat muka macam tu? Tak happy lagi ke bila kawan-kawan kau datang hmm?" Soal Brayan.

Aku menjongket bahu. Entahlah. Nak gembira macam mana kalau mereka semua pergi ke lain? Baru aku hendak bersuara, tiba-tiba keningku berkerut apabila menyedari belakang tangannya yang terluka berdarah. Terus tangan yang sedang menyentuh pipiku ini ditarik. Aku pusingkan sedikit ingin lihat dengan lebih jelas. Macam kesan tumbuk sesuatu?

"Kenapa dengan tangan awak?" Soalku, risau. Aku dongak kepala memandang mukanya. Kami saling bertatapan saat ini.

Sekonyong-konyong si dia tersenyum sinis. Kepala menunduk melihat belakang tangannya yang penuh luka. Kesan darah yang sudah kering itu seolah-olah satu kepuasan baginya.

"Cuma kesan luka sewaktu aku tumbuk cermin kaca ditandas tadi." Selamba sahaja dia menjawab.

Hampir terjojol keluar biji mataku mendengar jawapan yang keluar. Apa dia? Terus aku meleraikan tangannya yang dari tadi merangkul pinggangku laku bergerak ingin betul-betul menghadap ke arahnya.

Selalu yang buat kerja gila begini cuma seorang...

"Aryan?" Aku meneka.

Dan perasaan semakin yakin dengan tekaanku saat dia meletuskan tawa melihat reaksi bingung dariku sambil kepala diangguk-angguk mengiyakannya.
Tangannya juga turut bertepuk- tepuk seolah-olah kagum dengan cara aku mengesan personalitinya.

"Pandai! Awak semakin pandai untuk bezakan saya dengan dia. I like that! Tapi..." dia berhenti menepuk tangan. Kini cerluangan tajam pula dilepaskan kearahku.

"Terlalu kasar sangat cara awak tolak tangan saya tadi. Tak boleh berlembut sikit ke?"

"Berlembut? Cara awak keluar pun, awak dah sakiti Brayan. Itu ke cara saya nak berlembut dengan awak?" Soalku dingin tetapi perlahan. Risau jika ada manusia lain yang mendengar. Sekilas aku toleh memandang sekeliling, memastikan para tetamu tidak melihat kearah kami berdua. Dan setelah memastikan selamat, barulah aku menatapnya semula.

"Relax, my treasure. Inikan majlis perkahwinan kita. Tak elok marah-marah dekat sini. Saya cuma nak menyelamatkan keadaan aje." Katanya begitu tenang. Siap menyeluk kedua-dua belah tangan ke dalam poket seluar.

Dahiku semakin berlapis, tidak faham.

"Apa maksud awak?"

"Awak buat Brayan marah. Sebab itu saya yang ambil alih. Awak sendiri tahukan? Brayan kalau dah mengamuk teruk jadinya. So, sebelum ada perkara buruk berlaku lebih baik saya keluar." Ujar Aryan, menceritakan hal yang sebenar mengapa dia mengambil alih secara tiba-tiba. Dia pun tidak mahu merosakkan majlis yang sedang meriah ini. Lagipun, ia cuma berlaku sekali seumur hidup. Sudah tentu majlis perkahwinan ini harus menjadi detik terindah dan bukannya kenangan paling pahit.

Tatkala aku tergamam sejenak. Tidak pasti sama ada ingin percaya atau tidak kata-kata Aryan. Akan tetapi riak wajah lelaki itu langsung tidak menunjukkan sebarang penipuan. Terus fikiranku cuba memproses kembali dimana silapnya sehingga lelaki itu boleh terdetik rasa amarah.

Aku tidak jumpa.

"Kami balik dulu ya, Tuan." Ucap si tetamu yang baru bangun dari meja sebelah. Mereka meminta diri untuk pergi setelah habis menjamu makanan. Aryan sekadar tersenyum sebagai tanda terima kasih kerana menghadiri majlis mereka.

Melihatku yang berdiri terlalu lama sambil bertongkat. Langsung Aryan menarik satu kerusi yang sudah kosong itu. Dibersihkan dahulu kesan nasi yang tertumpah di atas kerusi sebelum dia menarik lenganku perlahan-lahan duduk di situ.

"Awak tak boleh berdiri lama. Dah lupa ke? Brayan tak sepatutnya suruh awak bangun dari pelamin. Dia bukannya tak tahu awak belum sihat sepenuhnya." Bebel Aryan. Cara dia bercakap seolah-olah geram dengan cara layanan Brayan terhadapku. Kemudian, dia memeluk tubuh sambil mengerling ke arah para tetamu yang sedang ramah berbual di meja masing-masing.

THE RULES: BRAYAN [Complete]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें