bab 1

46 11 0
                                    

Dia mengeluarkan lolipop yang berperisa strawberi itu dari mulutnya. Lama dia memandang manusia yang mukanya sudah bengkak akibat ditumbuk.

Jari telunjuknya dicucuk ke dahinya untuk melihat jika kalau manusia itu sudah mati mahupun hidup. Dia tak bergerak atau berikan tindak balas pun. Dah mati kut.

"Aduhai. Aku cakap jangan bunuh..." dia mengeluh pelahan dengan tangannya meraup rambut hadapannya ke belakang.

"To... tolong"

Matanya tajam apabila dia berjaya mendengar suara manusia itu. Bagus dia hidup! Lebar senyumannya apabila dia sedar manusia yang separuh mati ini masih hidup!

Dia menarik tubuh badan lelaki itu dengan kuat lalu dibawa hingga ke kereta hitam berjenama honda civic. Pintu kereta dibukak. Tubuh lelaki itu terus dimasukkan ke dalam perut kereta.

Tangannya menggesek skrin telefon itu. Matanya bergerak ke atas dan kebawah kerana mencari sesuatu pada telefon bimbit itu.

"Jumpa" katanya. Dia terus mendail nombor itu kemudian dia meletakkan telefon itu ke tepi telingannya. Sabar dia menunggu panggilannya dijawab.

"Hei Sir!" Riang dia berkata dengan senyuman. "Kau dah jumpa lelaki tu?" Lelaki yang berada di sebalik panggilan itu pun bertanya.

"Mestilah. Tapi aku ingat dia mati! Lain kali jangan buat aku sakit jantung dengan benda macam ini" tegurnya dengan nada lembut. "Apa - apa jerlah. Job aku dah selesai. Selebihnya kau yang uruskan"

"Okay, Sir!!" Dengan Ceria dia menjawab. Kepalanya menoleh ke belakang dan melihat manusia sedang yang baring di kerusi belakang. Senyumannya kian lebar.

"Nanti dah sampai... kita main ya?" Dia mengusap kepala manusia itu dengan lembut.






"Aku... aku dekat mana?" Matanya kabur dan dia bingung apabila terasa tubuhnya tidak dapat begerak. Dia memandang tangannya yang sudah diikat. Dahinya mengerut lama.

"Dah bangun? Lama betul tidur ya!" Dia memandang sambil tersenyum.

"Nama aku Zephyr Dion ... selamat berkenalan" dia menunduk sedikit. Kepalanya dekat dengan muka lelaki dihadapannya itu. "Kau siapa, huh!? Apa kau nak!?" Dia menjerit dengan kuat.

Zephyr mengerut dahinya. Suara yang memekik itu buat dia terasa terganggu. Tapi tidak mengapa.

"Apa kata kau diam?" Zephyr memberikan jelingan maut pada lelaki tersebut. Dia menyelak dokumen kertas yang bersaiz kertas A4 itu dengan senyap.

"Nama kau Hellios Nicholas?" Zephyr menyoal. Lelaki itu berpaling dengan muka yang dingin. Kedua bahunya diangkat dan menganggap itu adalah namanya walaupun dia tidak mahu menjawab.

Dia meletakkan dokumen itu ke tepi. Tubuhnya dekat ke hadapan Hellios. Matanya tajam. Setajam pisau.

"Aku bagi kau tiga soalan. Dan ketiga - ketiga soalan itu... kau kena jawab dengan jujur... boleh?" Zephyr bertanya. Hellios tersenyum sinis dan memandang Zephyr dengan pandangan mengejek.

"Try me"

Zephyr memandang lama pada Hellios. Dia melepaskan keluhannya. Dia mula bangun dan beredar dari tempat itu.

ZASSS!!!

Matanya terbeliak apabila matanya tidak dapat langsung menangkap objek yang beru sahaja terbang ke arah tepinya.

Pipinya mengalirkan darah sejurus objek itu berlalu dengan laju. Zephyr memandang tajam dari jauh. Tangannya dikeluarkan dari poket seluarnya.

Muncul tiga pisau yang terselit diantara jarinya itu. Hellios memandang dengan gugup pada Zephyr. Sepatutnya dia tak cabar lelaki itu! Zephyr mengangkat tangannya. Dia sudah bersedia untuk baling pisau itu untuk pusingan ke dua.

"Jangan buat aku rasa kecewa"

"Okay! Okay aku jawab!" Zephyr memberhentikan tangannya serta merta. Hellios mengetap giginya dengan lama. Kalau dia jawab pun dia tetap takkan mati! Pilihan kedua - dua tetap sama sahaja.

Dia akan mati!

"Apa soalannya?"

"Mana, Hera?" Hellios terdiam buat seketika apabila soalan itu ditanya. "Hera? Hera Persephone? Nama panjang itu disebut. Zephyr mengangguk kepalanya menandakan nama itu betul.

"Apa maksud kau, mana?" Hellios bertanya dengan gugup. Zephyr meraup rambutnya kebelakang. "Kau tak tahu?" Hellios mengeleng kepalanya laju.

"Next question..."

"Kau tak jawab soalan aku!" Hellios meninggikan suaranya. Zephyr memandang tajam pada Hellios. "Kau tak perlu tahu untuk perkara itu. Jawab sahaja apa yang kau tahu" tenang dia berkata.

"Aku tahu tentang Hera... tapi apa maksud kau 'mana Hera'?" Hellios bertanya dengan risau. Zephyr memandang lama pada muka Hellios.

"Apa hubungan engkau dengan Hera?" Hellios tersentak dengan Zephyr yang mengelak menjawab soalannya.

"Aku takkan jawab selagi kau tak jawab soalan aku!" Zephyr memandang tajam dan tangannya menyambar leher Hellios. Dia menekan lehernya dengan kuat hingga lelaki itu sudah tidak mampu bernafas.

"Ikut sahaja apa yang aku mahu kalau kau sayang nyawa kau!" Dia melepaskan cengkamannya itu. Tanpa henti Hellios terbatuk - batuk kerana cengkaman itu.

"Apa hubungan kau dengan Hera?" Soalan yang sama dia ulang. Hellios memandanh muka Zephyr dengan lama. Perlu ke dia jawab semua soalan ini?

"Kawan... tapi mungkin... crush?" Jawabnya dengan jujur. Zephyr memandang dengan muka pelik ke arah Hellios. "Okay" sepatah sahaja dia menjawab.








"Kenapa susah sangat nak jumpa dia!?" Tangannya memeluk tubuhnya sendiri. Ini orang yang ke 10 yang dia dapatkan. Tapi langsung tak bagi apa - apa manfaat!

Hera... mana awak?

Dia melepaskan keluhannya. Bagaimana  lagi dia nak cari gadis itu? Matanya memandang lama pada bingkai yang terpapar gambar seorang gadis sedang memeluk sejambak bunga.

"Tuan tak nak rehat dulu ke?" Zephyr muncul sambil menghulurkan air putih padanya. Lelaki itu hanya geleng dengan pasrah.

"10 orang tu... langsung tak bagi apa - apa ke?" Dia menyoal lagi. Hatinya masih tidak puas hati. Zephyr mengeleng kepalanya dengan pelahan. "Saya dah selidik latar belakang mereka... memang mereka kenal Hera... tapi diaorang tu macam orang asing" jelasnya.

"Dekat mana lagi aku nak cari?" Dia menyoal pada Zephyr. Lelaki itu hanya memandang muka tuannya dengan air muka yang rasa bersalah. Dia pun tak tahu nak buat apa.

"Kau tahu kan... aku sayangkan dia?" Zephyr mengangguk kepalanya. Mestilah dia tahu. Selama dia bersama dengan majikannya itu... mereka setia bersama.

"Kalau aku tahu dia selamat pun sudah cukup..." Dia melepaskan keluhannya dengan kuat. Dia meraup mukanya dengan lama. Matanya memandang ke arah siling pejabatnya itu.

"Love! You know right? I sayangkan you sangat - sangat! Tunggu saya ya?"

Itu kata - kata terakhirnya sebelum dia lesap dari pandangan matanya. Nafasnya ditarik lalu dihembus. Ah, bila ingatkan semula hal itu, buat rasa sebak pula.

"Bagi aku ruang... aku nak bersendirian" pelahan dia berkata pada Zephyr. Lelaki itu menurut sahaja. Dia berjalan keluar dari pejabat itu. Sebelum dia pergi dia sempat memesankan sesuatu pada majikannya.

"Pastikan kau rehat... Achilles..."

Achilles memandang sahaja pintu yang sudah tertutup itu. Pelahan - pelahan dia menutup matanya dan menikmati suasana sunyi itu. Dia mahu tenangkan jiwanya yang sudah kacau bilau.

PEMBURUWhere stories live. Discover now