Bila fikir balik, suami aku buat apa sampai kaya sangat? Dia tu penjawat awam yang dibayar kerajaan tahu. Gaji inspektor pun maksimum 8 ribu sahaja. Kalau nak kata Harith simpan duit selama ni, tak sampai billion lagi.

Suami aku dapat duit ni dari mana? Seludup barang yang dirampas kemudian jual dalam pasaran gelap? Entah-entah suami aku ni ada sisi lain? Jangan-jangan suami aku mafia? Sebab tu dia kaya. Logiklah dia banyak mata-mata.

“Well.. aku cakap siap-siap yang diamond tu bukan dari aku. Aku bukan mafia dan aku tak sekaya yang kau bayangkan, my angel. Kau je yang overthinking tanpa sambung baca surat ni”

Stalker lah suami aku ni. Semua yang bermain di fikirkan aku, mesti dia sudah boleh duga. Tersenyum sendiri aku jadinya.

Harith memang kenal sangat dengan aku.

“Diamond tu dari arwah ibu aku. Aku jumpa diamond ni masa aku tengok balik tapak rumah aku 10 tahun lepas. Permata tu tetap bersinar dan masih cantik walau selepas terbakar. Sesuai dengan kau, Fifilina Az-zahra. Aku tak cakap kau kena bakar ke apa ye. Kau ni bukan boleh percaya. Salah cakap sikit, melenting bukan main”

Aku tertawa kecil membaca surat Harith. Panjang lagi ni. Penuh kertas A4 ni. Tak sabar aku nak tahu isinya.

“Ada sebab kenapa aku baru bagi kau sekarang. Jadi, aku nak kau jaga diamond tu. Pakai rantai tu sentiasa dan jangan sesekali kau tanggalkan. Jangan pisahkan rantai tu dari leher kau. Jangan risau. Tiada kamera dalam rantai tu”

Sus. Bahaya suami aku ni. Bukan boleh percaya. Sudahlah sebelum ni aku ada jumpa camera tersembunyi di tali handbag aku. Bila aku bagitahu Harith, dia cakap dia yang letak. Stalker terlatih sangat. Suami siapa lah ni?

“Aku tahu masa kau baca surat ni, maknanya aku tidak chat kau sejak beberapa hari yang lalu sehingga hari ni. Aku minta maaf sangat-sangat sebab hari lahir kau kali, aku tiada di sisi. Kau tunggu sahajalah. Bukan hanya ini kejutan untuk kau. Walau aku tiada di sisi kau sekarang, aku akan pastikan hari ini hari yang tidak boleh kau lupa. Kau tak perlu kerja hari ni. Aku dah uruskan permohonan cuti kau. Have fun, my lady”

--------

“Assalammualaikum!” laung seseorang dari luar rumah.

Siapa pula datang pagi-pagi ni? Orang jual insurans ke?

Aku yang berada di hadapan meja makan tadi, terus berdiri lalu menuju ke arah pintu. Dari pantulan tingkap, orangnya pakai tudung.

Jangan-jangan ini madu aku nak bagi kejutan? Kejutan sangat.

“Astaghfirullah, Fifi” kataku sambil menepuk muka sendiri.

Aku menarik nafas panjang lalu dengan perlahan membuka pintu.

“Waalaikumsalam..”

Terkedu aku apabila melihat 3 susuk tubuh wanita di hadapan aku. Senyuman dilemparkan kepadaku. Mesti mereka geli hati melihat aku terdiam seribu bahasa. Terkejung pula tu.

Mereka bertiga menghamburkan gelak tawa.

“Sampai pucat muka Fifi bila nampak kita” kata salah seorang dari mereka.

Aku yang tadinya terdiam tiba-tiba tertawa dengan sendirinya.

“Jauh merantau” kataku kepada mereka.

“Well.. Untuk kau apalah sangat” kata mereka.

Eceh, kawan-kawan aku semua ni. Terkejut aku apabila melihat, Nabila, Nadhirah dan Airis tercongok di hadapan pintu rumah aku ni. Tiga orang sahabat dunia akhirat aku kini berada di hadapan aku. Rasa nak menangis sahaja.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now