13

1.7K 70 20
                                    

Pagi-pagi lagi Ben sudah bangkit dari tidur. Ditelefon pejabatnya untuk memaklumkan status kuarantinnya selama 3 hari selepas dijangkiti Covid. Kemudian surat dari hospital diemelkan juga ke Jabatan Sumber Manusia.

Selesai memaklumkan cuti bekerjanya, sementara menunggu pengesahan daripada ketua projeknya, Ben ke dapur. Awalnya dia mahu membuat pesanan sarapan McDelivery saja, tapi apabila dibuka peti sejuk dan pantri, ada barang-barang dapur baru yang tidak pernah dibelinya.

Mungkinkah Inara yang keluar membeli-belah semalam sebelum jatuh sakit?

Dikeluarkan beras bersama stok ayam untuk dibuat bubur. Tekaknya masih sedikit perit, jadi dia mahukan sesuatu yang mudah ditelan. Alang-alang, dimasak sekali untuk Inara yang mungkin masih tidur di loteng.

Selepas menyiapkan 2 mangkuk bubur bersama 2 gelas susu panas, diletakkan ubat sakit mereka ke dalam dulang dan dibawanya ke tingkat atas. Betullah telahannya. Inara masih lena tidur.

Dulang sarapan diletakkan di tepi. Matanya terpandang baju Inara yang terselak. Gadis itu berbaring mengiring ke arah dinding, membelakangkannya. Dan hujung baju gadis itu terangkat sedikit, mendedahkan tepi perutnya.

Ben dekati untuk membetulkan baju Inara semula tapi sebaik jari jemarinya menyentuh fabrik lembut itu, tangannya mengeras. Hatinya kuat mahu menyelak baju Inara itu lebih tinggi kerana dia ternampakkan satu corak berwarna coklat muda, seperti tanda lahir.

Curiga, Ben menaikkan baju Inara sedikit demi sedikit sehingga seluruh corak tanda lahir itu terdedah. Ya, Inara punya tanda lahir unik berbentuk hati yang berekor. Seperti seekor pari pula rupanya. Dan hujung ekor hati itu tadi yang mencuri perhatian Ben.

Apabila Inara seakan mahu menggeliat, Ben cepat-cepat duduk di kerusi meja tulis. Inara berpusing dan dalam mamai, dia ternampakkan Ben yang sedang duduk memerhatikannya tak jauh.

Inara bingkas bangun. "How long have you been sitting there?" Dan pergerakan pantas itu menghantar sakit kepala pula. Inara terus memejamkan mata rapat-rapat.

"A while. The food's getting cold," jawab Ben sambil menjungkit kening ke arah dulang makanan di tepinya.

Inara membuka mata dan melihat apa yang dibawakan Ben. "You could've woken me up."

"And what? Touch you without consent again?" gurau Ben sambil membawakan dulang itu naik ke atas katil. Inara bangun dan duduk bersila agar Ben dapat duduk di hujung katil. Dulang 'breakfast in bed' itu diletakkan di antara mereka.

"I'm sorry about last night," bisik Inara. Dia tahu dia sudah melampaui batas kerana emosi yang tak tentu hala. "Did you cook this?" Inara menukar topik apabila mata melihatkan bubur yang dihidang di depannya.

"Didn't you buy them groceries?" jawab Ben dengan soalan semula.

Inara cuma senyum kecil. "I did. I wonder if it was me that carried the virus from somewhere and infected you."

"Who knows," balas Ben ringkas sambil membuka sachet serbuk lada sulah dari McDonalds yang diambilnya di pantri tadi.

Melihatkan Ben ralit dengan sachet, Inara meluah, "I'm really sorry about last night. I know I was difficult, selfish and rude to you.. the person who literally saved me from dying. I should have thanked you, so.. thank you for saving my life."

Ben menuangkan serbuk lada sulah itu ke dalam mangkuk bubur Inara. "Eat."

"Are you not gonna say anything back?" tanya Inara.

"Like what? Are you expecting an apology from me for carrying you?" balas Ben sambil menggodakkan bubur Inara agar sebati dengan serbuk yang ditaburnya tadi.

"No! I'm.. that's not what I meant. Just, anything? Nothing?" tanya Inara lagi sambil hanya memerhatikan perlakuan Ben.

"There is," kata Ben sambil mencedok sedikit bubur dari mangkuk Inara dengan hujung sudunya.

"I'm listening..?" sahut Inara tapi Ben malah merasa bubur di sudu itu pula.

Lelaki itu mengangguk-angguk kecil, seperti sudah elok perasanya. "Finish your food."

"That's it?" Inara menjungkit kening.

"And you're heavy," tambah Ben. Semikro saat Inara mahu tersinggung hati sebelum perasankan lirikan mata Ben. Dia hanya mengusik? Bergurau?

"Yeap. My small ass has a lot of fat. You should have listened to me and get me that wheelchair I asked," balas Inara, membuahkan tawa kecil Ben.

"Your ass isn't small," komen Ben penuh selamba. Lelaki itu sedang tunduk, ralit mengacau buburnya pula, sedangkan pipi Inara sudah merona kemerahan. Apabila Inara diam, Ben mendongak dan menyedari gurauannya mungkin sudah melampaui batas.

"Eat," kata Ben sepatah sambil mencedok bubur dari mangkuknya, mahu topik itu habis saja di situ.

Inara mengukir senyuman dan menolak rasa segan ke tepi. Mula senang hati, Inara terus mencapai sudu dan mencedok sesuap bubur ayam ke dalam mulutnya. Hangat bubur itu menghangatkan juga tubuhnya. Cuaca di luar agak sejuk.

"Hmmm," Inara menutup mata dan menelan sesuap lagi. "It's delicious. It reminds me of my mom's porridge." Inara membuka mata yang berkaca. Rindu pada bondanya menjentik hati.

"My mom used to make me porridge too," kata Ben.

"I suppose it's a mom's staple comfort food for their sick children," tambah Inara dalam senyuman.

Ben cuma tersenyum sendiri. "I hated porridge when I was small. I guess some preferences change over time."

Mula rasa curiga, terlepas soalan dari mulut Inara. "Have you always been gay? Or that changed over time too?"

Belum sempat Inara menyesali soalannya, Ben sudah mengerutkan kening. Sedar bahawa Ben tidak pernah memberitahu tentang orientasi seksualnya, apatah lagi tentang hubungannya bersama Raazi, cepat-cepat Inara memikirkan alasan. "I mean, you slept right next to me and didn't try anything, ever. And, and.."

Ben menjungkit kening, seakan menanti sambungan ayat Inara.

"And you said you didn't enjoy carrying me last night!" Inara berpura-pura dramatik seperti alasannya itu kukuh belaka. "A straight man would have felt something, being that close to a woman's body. I was literally pressed against you."

Ben mengecilkan sedikit matanya. "How would you know if I felt something or not? Did you read my mind? Can you feel my heart? Did you check my penis?"

Mujur saja tiada bubur di dalam mulut Inara. Kalau tidak, pasti sudah tersembur isi di dalam mulutnya ke muka Ben yang hanya tersenyum sinis melihatkan reaksi Inara. Wajah gadis itu kembali merah padam.

"Just a silly assumption," jawab Inara, terus menundukkan wajah. Pipinya rasa berbahang. Janganlah terkantoi bahawa dia sudah mengetahui tentang Ben dan Raazi. Dia mahu mendengar kebenaran dari mulut Raazi sendiri, bukan daripada Ben atau sesiapa.

"I never had any serious relationship, until I met Ray. So I can't really tell if it's always been there, or it changed over time."

Bilik itu jadi hening serta-merta. Kalau jarum jatuh pun pasti boleh didengari.

* * *
A/N: korang yakin ke korang ship pasangan yang betul ni😏

D.I.D: Dinara Inez DimitriWhere stories live. Discover now