4

2.1K 78 6
                                    

Ben duduk di meja dan makan bersendirian. Dikira Inara akan turun semula ke dapur untuk makan bersamanya tapi apabila difikirkan semula, dia tidak mengajak gadis itu agar menyertainya makan malam. Jadi besar kemungkinan gadis yang masih merajuk itu masih berkurung saja di dalam bilik loteng.

Sepanjang makan malam, Ben berkira-kira jika dia patut meminta maaf sekali lagi? Tapi egonya terasa dipijak pula jika dia menghulur kata maaf lagi, sedangkan di logik akalnya, dia tidak bersalah. Gadis itu yang entah muncul dari mana dan membuatkan malamnya jadi kucar-kacir.

Tapi gadis itu menangis kerananya. Bukan niat Ben untuk mengasari Inara sampai melukakan hati. Mungkin itu refleks kerana hati Ben yang terluka. Masakan Raazi sudah berjumpa pengganti tapi langsung tidak memberitahunya?

Dia faham dan menghormati alasan Raazi ingin berpisah dengannya tahun lepas. Bahawa Raazi mahu cuba kembali kepada fitrah dan mencintai wanita. Tapi langsung sekali pun Raazi tidak pernah bercerita tentang Inara. Kenapa merahsiakan?

Selesai makan, dia menghidangkan sepotong lagi chicken chop yang disediakan untuk Inara itu, di dalam pinggan bersama salad ringkas dan jagung mentega. Kemudian dia melangkah perlahan-lahan ke atas, cuba mencari suara yang sesuai lagi.

Harap-harap gadis itu bukan berkurung untuk sambung menangis.

Inara yang dari tadi masih menunggu teks daripada Raazi di aplikasi Viber, semakin membungkam hatinya. Mesej-mesej privasi yang diterima daripada teman kenalannya di laman sesawang dibiar tidak berbalas.

"Asha, honey, awak kat mana?"

"I miss you so bad, Vika. Bila boleh VC lagi?"

"I know I fucked up, but give me another chance, Ella."

Asha, Vika dan Ella hanyalah antara watak rekaannya di alam maya. Dinara Inez itu membataskannya. Jadi dia memutuskan untuk menjadi siapa saja yang dia mahu di dunia virtual itu. Bebas tak terikat dengan bebanan masa lalu.

Hobi yang bermula secara suka-suka mula menjadi habit. Setelah bosan dengan mana-mana identiti, akan dia ciptakan nama dan persona baru, kembali ke mana-mana aplikasi mencari teman atas talian untuk menagih secebis kasih sayang.

Tidak, dia tidak berniat mahu menipu sesiapa. Dia hanya mahu mengisi kekosongan di dunia realitinya dengan manusia sementara. Inara tidak mempunyai kawan sebelum berkenalan dengan Raazi. Semuanya berubah kerana Raazi.

Raazi Rashad merupakan antara staf atas talian yang popular dalam kumpulan penguji beta antarabangsa di tempat kerja Inara. Apabila dibelek profil jejaka itu, Inara tidak hairan kerana Raazi memang punya daya penarik tersendiri.

Seorang pemuzik Melayu di negara mat saleh, tapi masih tak lupa asal usul diri. Berhijrah ke negara kanggaru untuk belajar, tapi tekad terus menetap di sana apabila ibunya meninggal dunia sewaktu dia di tahun ketiga pengajian. Beberapa minggu mengenali lelaki itu, hati Inara yang dahagakan cabaran mula berputik perasaan.

Apabila Raazi menunjukkan respon positif padanya, mereka mula bertukar nombor telefon untuk kekal berhubung di dunia realiti. Tapi di mana lelaki itu saat ini?

"I've got some leftover," kata Ben yang sudah muncul di bilik itu entah bila.

Inara tak perasan langsung lelaki itu masuk kerana terlalu ralit dengan telefon di tangan. Dia yang hanya duduk di lantai, bersandar di dinding bersama bagasinya itu terkulat-kulat sebentar sebelum hidungnya menangkap aroma ayam goreng dan harum mentega. Lelaki itu memberikannya makanan?

Sepinggan makanan yang tak nampak seperti sisa baki pun. Ini 'leftover'?

Sebaik meletakkan sepinggan makan malam itu bersama segelas air masak di meja menulis, Ben terus beransur ke atas katil dan berbaring. Sebelah tangannya disilang di atas dahi, mungkin menghalang silau cahaya.

Inara menjeling pinggan makanan sebelum memandang Ben semula. "Umm," dia mula berdehem. "Shouldn't we talk about this first?"

Inara dengar Ben menghela nafas panjang. "About what?"

"Sleeping arrangement. Is it possible for me to have the bed for tonight?" Inara malas berdalih. Dia tahu lelaki itu keletihan.

Ben mengalih tangannya dan menoleh ke arah Inara. "And where do you reckon I should sleep?"

Inara terus mengutarakan ideanya yang sudah difikirkannya awal tadi. "Well, there's two bedrooms here. Why don't you sleep in Raazi's bed for tonight? I'll figure something out tomorrow onwards, but just for tonight—"

"No," potong Ben dan menegakkan kepalanya semula. Mata kembali dipejam.

Inara mula terdesak. Semudah itu lelaki itu menjawab tidak? Inara mula mengerut kening. "Why not? He's your best friend. I'm sure he doesn't mind it."

Ben membuka mata semula dan berlawan pandang dengan Inara. Jelas tampak rasa menyampah di mata Ben. "Well, aren't you his girlfriend? I'm sure he'll be more than happy to let you sleep in it."

Ben memulang paku buah keras. Sebutan 'girlfriend' itu terasa berdesing, seolah-olah memperlinya. Inara harus tetap mencipta alasan. "But it's not appropriate. We've never met in real life yet..."

Seakan menang dengan jawapan Inara, Ben hanya tertawa mengejek sebelum membetulkan semula posisinya. "Not my problem. I paid for this room, so I'm sleeping in this bed."

Inara menarik nafas dalam-dalam. Mungkin kalau dia berlaku jujur, Ben akan lembut hati? "I don't feel comfortable sleeping in a big bed. I just... I don't feel safe."

"So sleep on the couch downstairs. It's smaller," balas Ben, masih memejam mata.

Inara semakin tersepit. "Well, I don't feel comfortable sleeping in open space either. I'm... I'm scared of..." Inara menarik nafas dan menghela perlahan, cuba mengawal emosi. "...monsters."

Ben tertawa mengejek lagi. "What are you? Ten? Sorry, but you are none of my business and there's no room for negotiation here. The best I can offer is the little space next to me, but I don't think you'd be comfortable here either. So figure it out yourself and let me sleep now. I need to wake up early for work."

Mendengarkan jawapan Ben yang masih tidak mahu beralah dengannya, Inara mati kutu. Andai Raazi di sini, pasti lelaki itu akan melakukan segalanya agar dia selesa. Telefon bimbit dibelek lagi dan mesej daripada Raazi masih belum nampak bayang.

Pasrah, Inara bangkit dan menutup lampu bilik. Kemudian hidangan makan malamnya dibawa turun semula ke bawah, meninggalkan Ben yang sudah mula lena di empuk katil super single.

D.I.D: Dinara Inez DimitriWhere stories live. Discover now