12

1.7K 77 22
                                    

Eh, bukan Raazi?

Mata Inara hanya mengekori setiap langkah dan pergerakan Ben. Lelaki itu mengambil beg tangan Inara yang diletakkan di hujung kaki katil dan menyelimpangkannya di bahu.

"Why are you here?" tanya Inara perlahan, seakan masih tak percaya bukan Raazi yang membawanya ke sini.

"How do you think you ended up on that hospital bed?" tanya Ben dengan kening terangkat sambil melangkah ke tepi katil Inara pula untuk mengambil pelitup muka di meja tepi.

"Where's Raazi?" Inara bertanya untuk kepastian. Memang betul tiada Raazi? Atau Raazi sebenarnya menanti di lobi? Di kereta?

Mendengarkan nama itu ditutur dari bibir Inara, wajah Ben terus berubah. Cemburunya bukan boleh dibuat main. Ben menarik nafas dalam-dalam. "Who do you think carried your ass from that couch, right onto this bed?"

"Not Raazi??" Inara masih mahu berharap tapi kenapa intonasi Ben begitu kasar?

"How do you think he did that from miles away when I couldn't even get him to speak on the phone?" balas Ben, masih berangin. Sudahlah perempuan ini menyebut nama bekas kekasihnya, lelaki itu pun nampaknya masih seperti dulu. Walau ditelefon banyak mana sekalipun, tetap bermasalah untuk mengangkat panggilan, lagi-lagi sewaktu menjelajah.

Wajah Inara bertukar muram. "You couldn't reach him either? He hasn't contacted me too."

"So why the fuck are you asking about him?" Ben terlepas amarahnya. Hatinya geram. Selepas mendapat kepastian bahawa gadis itu tidak menipu identitinya pada Raazi, dia merasakan kedudukannya seakan kembali tergugat. Bagaimana kalau Inara ikhlas menyukai Raazi?

Dalam pada Inara tunduk, cuba menghalang rasa sebak yang tiba-tiba menyerapi hati kerana intonasi suara Ben dan ketiadaan Raazi, lelaki di tepi katilnya itu cuba memakaikannya pelitup muka dan meraih dirinya ke pelukan. Inara panik.

"Don't touch me!" Inara spontan menepis dan menolak Ben jauh daripadanya. Ben menjarakkan diri. Bertambah kerutan di kening lelaki itu. Dah kenapa perempuan ini meracau lagi?

Sedar dengan kecanggungan antara mereka, Inara menambah, "I don't feel comfortable with you touching me without consent."

Ben menghela nafas. "I asked you, how do you think you ended up from the couch to this bed?" Apabila Inara tetap diam, dia menambah. "Me. I did. I carried your ass all the way from home to this bed. So stop being difficult."

Mendengar kenyataan Ben, hati Inara jadi ralat. "You carried me?"

"Is there a problem if I did? We slept together last night," bentak Ben kembali, tak faham dengan Inara.

"We didn't sleep together. We just shared the bed. And it was consented, remember?" marah Inara pula.

"Huh! Am I supposed to ask for consent from your unconscious body then??" marah Ben semula.

Mereka bertentangan mata selama beberapa saat, masing-masing marah kerana alasan tersendiri. Inara marah kerana bukan Raazi yang menyelamatkannya ke sini. Harapannya punah berderai. Ben pula marah kerana perempuan di depannya ini sukar untuk difahami. Sudahlah sama-sama positif dan perlu dikuarantin.

Apabila kepala Inara kembali berdenyut, dia melarikan matanya. Pandangan yang begitu tajam menusuk, seakan dapat dirasakan amarah Ben padanya. "Can you get me a wheelchair please?" pinta Inara dengan suara perlahan.

Inara mendengar helaan nafas Ben di sebalik pelitup mukanya. Lelaki itu kemudian menjawab, "Stop being difficult. Just let me carry you back into the car and get this over with. You're not the only sick person here."

Belum pun sempat Inara mahu membantah, Ben sudah merapat dan mengangkatnya ke dada. Inara menjerit nama lelaki itu tapi tidak dipedulikan Ben. Lelaki itu tetap mengendong Inara, sebelah tangan melingkar di bawah ketiaknya dan sebelah lagi menampung di pangkal kaki.

"Ben!" Inara menjerit kecil apabila lelaki itu berpusing dan mula berjalan. Risau terjatuh, Inara memeluk di bahu tegap Ben dengan kedua-dua tangan.

"Shut up or I'll drop you," ugut Ben sambil memandang wajah pucat lesi Inara yang cuma sejengkal darinya. Saat itu barulah Inara perasan muka Ben yang juga pucat. Barulah dia tersedar. Jantungnya kini kencang. Inara menahan nafas.

Ben yang membawanya ke hospital. Ben juga yang sama-sama jatuh sakit dengannya. Ben yang mengendongnya dari rumah ke sini. Ben juga yang sedang mendukungnya pulang. Berkongsi katil malam tadi. Dan saat ini begini intim bersama Ben.

Kenapa Ben? Kenapa bukan Raazi? Jahatkah dia kerana mengharapkan Raazi, bukan Ben?

Walaupun jantungnya laju berdegup lantaran dadanya yang rapat melekap di tubuh Ben, fikirannya tetap penuh memikirkan Raazi. Di mana lelaki itu? Kenapa dia masih belum menghubungi Inara?

Apabila Ben mendudukkan Inara di kerusi sebelah pemandu, beg tangannya diletakkan di riba. Ben sempat menjeling sebelum menutup pintu. Cepat-cepat Inara mengambil telefon bimbitnya untuk melihat jika ada simbol notifikasi mesej atau panggilan daripada Raazi.

Tetap tiada.

Meskipun begitu, hatinya masih mahu mengharap. Mungkin tiba di rumah nanti, selepas telefonnya kembali terhubung dengan Wi-fi, mana tahu ada notifikasi baru? Itulah satu-satunya harapan yang tinggal untuknya. Sudah remuk rasa hatinya dikecewakan.

Ben di sebelahnya memandu dengan kasar. Tadi pun pintunya ditutup dengan kuat. "Why are you still mad? If anything, I should be the angry one because you still held my body without my consent. I said it made me uncomfortable."

Ben hanya tertawa kecil, seakan mengejek. "You think I enjoyed it? Don't worry. The discomfort is mutual."

Hati Inara jadi tersinggung pula. Kalau betullah lelaki misteri yang datang petang semalam tidak menipunya, mungkin sebab itulah Ben tidak suka dengan kehadirannya. Siapa yang gembira melihat bekas kekasih sudah mempunyai orang baru?

Inara terus membuang pandang ke luar tingkap. Langit masih gelap tapi ada warna-warna cerah sudah mula terbit di garisan horizon. Mungkin sikit lagi matahari akan naik.

Kereta masuk ke perkarangan rumah Raazi. Kali ini Ben tidak menunggunya. Dia terus saja keluar dan menuju ke rumah tanpa memandang ke belakang. Perlahan-lahan Inara turun dari kereta. Lututnya masih terasa goyah. Langkahnya perlahan.

Sebaik masuk dan mengunci pintu, dilihat Ben sudah berbaring di sofa. Lengannya melintang di dahi. "You're not coming upstairs?" tanya Inara.

"Is that an invitation?" balas Ben tanpa mengalih tangan.

"It's a question," jawab Inara.

Ben mengalih tangan dan memandang Inara dari sofa. Walaupun gelap dan jauh begini, dapat Inara rasakan jelas betapa tajam menusuknya pandangan Ben itu. Lelaki itu masih marah. Jawapan yang menyusul kemudian mengesahkan telahan Inara. "Just go sleep and leave me alone."

Tak menunggu lama, Inara terus berlalu naik ke tingkat atas. Sebaik melabuhkan punggung di atas katil, telefon bimbitnya dikeluarkan lagi. Beberapa notifikasi masuk tapi tiada satu pun untuknya. Hati Inara remuk redam.

Raazi sudah melupakannya.

* * *
A/N: kalau korang kat tempat Ben, apa perasaan korang tengok ex dah ada awek baru?🥹

D.I.D: Dinara Inez DimitriWhere stories live. Discover now