11

58 12 6
                                    

" Hyeri ni kenapa sia ? " adu Mark dia mencebik.

Dan ketahuilah jantung milik Lee Chunhee sedang berdegup kencang sekali. Kencang yang tidak dapat digambarkan.

" T─ tulah pasal , dah tu nanti di sekolah macam mana ? Apa kita nak cakap dekat diorang ? " tanya Chunghee.

Diam.

" Kita ignore je orang orang yang tanya, tak payah jawab soalan diorang. Kalau ada orang tanya kau blah jelah " Chunghee memandang Mark. Idea itu sangat lah tidak bernas tetapi memandangkan Chunghee tiada idea , dia ikutkan sahaja.

" Chunghee , nanti lepas graduate kita pindah nak ? " ajak Mark.

" Boleh je ,tapi nak pindah mana ? " soalan dibalas soalan.

" Rumah aku lah " Chunghee menekup mulutnya. Lelaki ini ada rumah sendiri ?!

" Asal kau kaya sangat Mark ? "

Mark tersenyum tipis.
" Itu bukan harta aku , tapi harta mendiang appa aku. aku ni hanya pewaris sahaja "

───※ ·❆· ※───

Malam , bulan sudah pun menunjukkan dirinya. Kini ada Chunghee yang berada di koridor menikmati angin malam.

Seketika, dia tersenyum melihat koridor yang berhadapan dengan koridor rumahnya.

" Weh , kalau kita kawin kau nak buat apa ? " tanya Mark. Chunghee terkekeh. Lawak , mereka tak akan berkahwin punya. Mereka hanyalah kawan

" Nak buat apa ? Bukannya kita akan kahwin pun " jawab Chunghee.

" Kalau awak " Mark menggulingkan matanya ke atas.

" Mungkin , aku akan ada perasaan pada kau ? " ucap Chunghee membuatkan Mark terdiam.

Mungkinkah wanita itu akan mempunyai perasaan yang sama seperti dirinya meski pun terlambat ?

" Lepastu kalau aku mati ? "  ujar Mark .

Jeda

" Mungkin aku akan duduk dekat makam kau dan tak akan balik. Aku sayang kau Mark. Aku cuma nak kau tahu itu " gumam Chunghee perlahan namun masih didengari oleh Mark.

Sayup sayup dia terdengar Mark memanggilnya. Panggilan lelaki itu dibiarkan tidak berjawab.

Biarlah dia menikmati angin di luar ini sebentar dan memorinya.

" Dekat sini pun kau puas aku cari " ucap Mark kesal.

Chunghee tersenyum lalu memandang ke arah awan kembali.

" The moon is beautiful isn't it ? " kata Mark tiba tiba membuatkan Chunghee memandangnya tidak percaya.

" M─ maksud kau ? "

" Kali ini aku mahu jujur sahajalah. Aku dah lama sukakan kau tak maksud aku , aku cintakan kau Chunghee. Dah lama aku pendam perasaan ni pada kau , dan aku rasa ini adalah masa yang terbaik untuk aku beritahu kau. Aku cuba untuk hilangkan perasaan ini pada kau. Tapi aku tak boleh Chunghee. Susah sangat. Jujur bila aku tahu yang kita akan kahwin , aku gembira sangat. Aku cuba nak tegur kau sebelum ni , tapi aku nampak kau tak suka aku lepas dari appa kita kemalangan. Aku minta maaf kalau apa yang aku cakap buat kau tak selesa. Tapi aku betul betul sayang dan cintakan kau Lee Chunghee " ujar Mark. Kali ini egonya kalah. Mark memberitahu segala yang terbuku di dalam hatinya.

Diam.

Chunghee benar benar tidak tahu untuk membalas.

" A─aku sukakan kau juga. Perasaan aku pada kau aku pun tidak pasti sebenarnya. Tetapi aku akui kalau kau tiada Mark aku r─rindu " gumam Chunghee. Air matanya perlahan lahan turun tanpa diizinkannya.

Mark dengan perlahan lahan menyatukan bibir mereka berdua dan apa yang berlaku seterusnya biarlah hanya mereka yang tahu.

🤍

aku biarkan ego aku kalah sebab aku taknak kau terbeban ❞

- Kang Chunghee

🤍

Aku taknak update senanya sebab malas tapi sebab harini birthday aku ( 21/3 ) aku update jelah 😭👍🏻

neighbour . markWhere stories live. Discover now