"Kau ikutjelah cakap aku! Aku beri kau dua pilihan. Antara ikut cakap aku atau...aku sebarkan gambar ni" Ugut Arqel bibirnya tersenyum sinis. Jelas di kaca telefon itu memaparkan aksi kotor antara seorang lelaki dengan Qaseh yang sedang bercumbu tanpa rasa berdosa.
Manusia rela melakukan apa sahaja tanpa berfikir apa azab yang akan dikenakan. Berfoya-foya di dunia yang tiada apa ini. Menjual diri demi wang ringgit yang tidak akan di bawa mati.

"Kononya kerja pengedar dadah itu haram, tapi diri sendiri tak cermin! Dasar pelacur!" Tengking Arqel.

Qaseh terdiam. Dia tidak mahu jika temannya itu dibunuh, dia juga tidak mahu jika gambar dia bercumbu bersama lelaki di kelab malam tersebar.

"FINE!" Qaseh bersetuju. Biarpun berat untuk melakukannya. Dia mahu menjaga aibnya supaya tidak tersebar luas. Meskipun maruah dalam dirinya sudah hilang tapi dia masih malu jika aibnya itu disebar luas.

"Pelacur yang bagus, ingat..kalau kau lari aku akan cari kau sampai lubang cacing dan aku akan jadikan kau pelacur dekat Thailand" Arqel merendahkannya. Qaseh sudah menahan geram. Rasa mahu sahaja dia bunuh lelaki dihadapannya sekarang juga! Tapi kakinya dan tangannya pula diikat. Dasar setan! Seburuk-buruk harga diri aku pun tak adalah aku sampai nak membunuh sesuka hati!

Setelah itu Arqel hanya berlalu dari gudang meninggalkan Qaseh yang terikat di kerusi.

"Kau memang jantan tak guna!" Jerit Qaseh.
Beberapa kali dia cuba untuk membuka ikatan di tanggannya, tapi ikatan itu terlalu kuat mustahil baginya untuk melepaskan diri.

                                   🌹

     "Kamu pasti apa yang kamu nak lakukan ni?" Daddy syam bertanya pada anaknya yang baru sahaja berada di dalam bilik.

"Sampai bila daddy nak curang dengan mama?" Arqel pasti jika ibunya, puan Imah mengetahui aksi suaminya yang sudah tua itu masih belum puas bermain dengan banyak wanita pasti hatinya akan terguris. Daddynya memang mahir dalam menyembunyikan sesuatu. Sudah bertahun bermain dengan wanita lain tapi puan Imah tak pernah mengetahui sifat kotor suaminya itu.

"Kamu tak payah nak acah suci lah Arqel..jangan ingat daddy tak tahu kamu asyik melanggan pelacur diluar sana" Sinis daddy Syam sambil tersenyum sinis. Di sebelah bahu kiri dan kanannya terdapat dua wanita pelacur yang sejak tadi mengusik dada lelaki tua itu. Tidak difikirkan lagi tentang halal dan haram. Bagi pelacur itu yang penting setelah itu dia mendapat duit yang banyak untuk memuaskan nafsu mereka.

Ya. Memang  dia sering melanggan. Selepas cintanya ditolak oleh Lia, dirinya semakin tak keruan. Siang asyik mabuk. Malam pula menikmati tubuh para pelacur. Semua dilakukan untuk memuaskan nafsu dan untuk melupakan wanita yang dia cintai.

"Ikut daddylah. Esok Arqel tetap akan uruskan rancangan ni" Sudah malas dia menasihati daddynya. Walau Arqel juga seorang pelanggan pelacur tetapi dia masih sayang ibunya dan tidak sanggup hati melihat daddynya curang.

Arqel melangkah keluar membiarkan orang tua bangka itu bersenang-senang sebelum kubur menjemput.

Saat ini yang dia takutkan hanyalah ibunya. Dia tidak mahu puan Imah tahu sisi gelap anak dan suaminya. Arqel tahu jika semua ini terbongkar ibunya pasti akan kecewa dan sedih.

                                 🌹

     Lia menyuapkan bubur nasi pada mulut anaknya. Sambil itu dia juga menyuapkan dirinya sendiri, nasi lauk ayam masak merah. Kalau sudah jadi ibu nak makan pun agak sulit.

"Sara sayang...Aaaa.." Qaisara membuka mulut apabila sudu di tangan ibunya melingkar-lingkar mendekatinya. Itulah teknik supaya anaknya mahu makan.

Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now