bab 16

25 3 0
                                    

      Seminggu berlalu, tiada khabar berita dari Arqel, setelah kejadian minggu lepas sedikit satu pun tiada mesej dari Arqel. Lia bahkan tidak kisah dengan Arqel, cuma sekarang dia hanya sibuk memikirkan pria yang menyelamatkannya semasa Arqel cuba membuat aniaya terhadap dirinya. Sejak hari lalu dia mengirim pesan pada pria tersebut namun tiada balas pesan yang diberikan. Ingin sekali ia membalas budi pada pria itu.

     Tanpa membuang masa memikirkan hal itu, alang baiknya kalau aku cepat turun menolong Kak Sarah mengemas rumah. Hari minggu sememangnya waktu untuk membersihkan ruang rumah.

     Lekas pintu bilik ditekup rapat dan menuju ke lantai bawah. Melihat Kak Sarah masih bersantai duduk menonton telivisi. Aku duduk di sebelah Kak Sarah berharap ia menyedari kehadiranku.

     " Eh, Lia dari mana je tadi tak nampak pun batang hidung sejak pagi tadi " Kak Sarah terheran memandangku yang masih berpakaian baju tidur.

     " Lia ada je dalam bilik, tak keluar, mandi pun belum" Kak Sarah tersengih mendengar jawapan Lia.

     Malu pula Lia turun dengan berpakaian baju tidur. Mana ada anak dara mandi lewat sudah tengahari macam ini.

     Aku melihat kembali Kak Sarah sedang tersenyum melihat telefon pintarnya, firasatku dia sedang berchattingan dengan tunangnya.

     " Tersenyum-senyum dari tadi, chat kekasih hati ke tuu.." Usik Lia sambil menjeling ke arah telefon pintar Kak Sarah. Kak Sarah melihatku sambil tersenggeh.

     " Kali ini bukan dengan kekasih hati, tetapi dengan jodoh orang tu" Kak Sarah pula kali ini yang menjeling ke arahku.

Kami hanya berbalas senyuman, kurang faham apa yang dikatakan Kak Sarah. Setelah itu, kami hanya mengakhirkannya dengan mengemas ruang tamu bersama.

                                 🌹

   Perlu ke aku chat lelaki yang tolong aku untuk kali kedua? Tapi dia dah tolong aku, takkanlah aku nak biarkan aje. Bebel hati Lia sendiri. Lalu telefon di atas tilam digapai, jari jemari cepat mengetik pesan mesej yang akan dihantar pada pria yang menolongnya dahulu.

Hye, my name Lia, saya yang awak selamatkan haritu dekat tempat parking mall, ingat lagi tak? Saya perempuan melayu haritu..#Lia

     Hampir setengah jam jua aku menunggu belas mesej darinya, namun satu pun tiada. Tanpa menunggunya lagi, Lia terus menyelimuti tubuhnya dengan selimut tebal miliknya, lekas ia mengapai suis lampu tidur lalu menutupnya.

                                 🌹

     Paginya aku terjaga setelah bunyi azan subuh berkumandang di ringtone telefon pintar. Segera Lia bangun dari tilam empuknya dan berlalu ke tandas untuk mengambil wuduk.

     "Ya Allah, terima kasih atas segala rezeki yang engkau berikan padaku, atas semua kerjaya yang aku usahakan, engkau panjangkanlah umur kedua orang tuaku, dan ampunilah dosa mereka. Ya Allah kau berikanlah aku jodoh yang sebaik-baiknya, jodoh yang mampu menyanyanggiku sebagaimana orang tuaku menyayanggiku, ya Allah kau hampuskanlah rasa benci, marah, sedih dalan diri ini, agar aku tidak terjatuh dalam dosa dikernakan perasaan itu. Hanya padamu Allah aku berserah engkaulah  sebaik-baiknya perancang..Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamiin "

  Air mata setelah berdoa adalah airmata yang paling aku sukai. Lalu tubuhku tersungkur jua, aku bersujud kembali sambil menitiskan air mata pada sejadah suci ini. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa lelahnya aku saat ini.

                                 🌹

   Serious lah dia tak balas langsung mesej aku? Geram juga aku dengan mamat Melayu Itali ni! Entah apa yang buat aku marah macam ini, niat ikhlas nak belanja makan sebab dia tolong selamatkan aku daripada kena sentuh dengan Arqel tu, ni baca mesej aku pun tidak.

Lia melempar telefon pintarnya di atas tilam, berharap dia dapat membalas budi encik hero tu, tapi last-last satu pesan mesej pun dia tak balas...kesal!

' Ting '

Pesan mesej dari Encik Hero terpapar pada kaca screen.

Menyesal pula aku lempar telefon tadi, last-last dia balas juga.

      'Hye ladies, I still remember you, little girl. So nak apa?' #Encik Hero

     'Sorry sir..I'm not the little girl, i'm already a big woman.'#Lia

     'Whatever, I don't have many time, so what you want..'#Encik Hero

(Cis, acah sibuk pulak mamat ni) Bisik hati Lia.

     'Saya nak ajak awak keluar makan, sebab awak dah tolong saya haritu..boleh ke?'#Lia

      'Sure can. When?'#Encik Hero

     ' Tomorrow? At 10.PM? Dekat  Restoran Aladino'

                                🌹

     Lima minit juga aku menunggu menanti kelibat Encik Hero, tak kunjung datang.

     "Agaknya dia nak datang ke?Jangan-jangan dia tak datang" Sambil memandang ke setiap sudut restoran ini. Dan apabila sudah hampir setengah jam akhirnya aku memutuskan untuk pergi dari restoran. Agak kecewa.

     Kasut highheels dibuka dan disusun kemas di atas rak, apabila Lia memasuki rumah Kak Sarah berdiri di hadapanku.

"Lia pergi mana tadi?"

"Lia nak pergi restoran tadi nak tunggu orang yang selamatkan Lia masa dengan Arqel, tapi orangnya pula tak datang" Beritahuku sambil mencemik bibir.

"Lia..nanti malam Lia bersiap cantik-cantik ya. Kak Sarah nak buat surprise untuk Lia"

     Terbeliak mata aku, hari lahir aku bukannya sekarang, lama lagi. Tapi kenapa nak suprise-suprise dah?

"Erm..okey Kak.." Aku hanya menganguk.
 

                                🌹

     Nasiblah ada satu gaun hitam di dalam lemari. Gaun yang pernah dipakai sekali semasa Lia di Malaysia. Entah gaun untuk apa, tidak mahulah Lia mengenang kembali kisah di balik gaun hitam itu.

Aku merenung butir-butir manik di baju itu. Cantik. meskipun sudah lama di biarkan namun warna dan kain masih bagus untuk dipakai lagi.

Lia mengapai gaun yang disangkut di dalam lemari, lalu menghimpunkan gaun itu ke tubuhnya sambil melihat ke arah cermin. Perasaannya tiba-tiba berdebar, apabila ia mengigati kembali masa lalu dia bersama Arqel Daniel. Baginya masa lalunya bersama Arqel lebih baik daripada masa kini. Arqel yang dulu ia kenali sebagai sahabat yang sentiasa ada dalam suka dan dukanya. Namun Arqel yang kini ia kenali sebagai tunangnya bukanlah Arqel yang ia kenali dahulu. Jujur aku tak pernah selesa nak panggil dia tunang, apatah lagi kalau kami berkhawin mahu panggil 'abang' pula. Tak sanggup.

Sejak bertunang ni pun Arqel tiada menanyakan khabar mahupun menelefonku. Entah dia masih hidup atau tidak aku sudah tidak peduli, biarkanlah ia terluka dengan gadis pilihannya, Lia.

 Entah dia masih hidup atau tidak aku sudah tidak peduli, biarkanlah ia terluka dengan gadis pilihannya, Lia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







  

Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now