𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 26

Start bij het begin
                                    

"No. Eima sit." Arahnya lembut. Kepala turut digeleng tegas.

Bibir Eima jatuh melengkung sedikit. Kepalanya diangkat memandang sosok tinggi lampai itu.

"Bagilah saya tolong." Eima cuba rungkaikan pegangan tangan Altaf, tetapi kudrat wanitanya tidak setanding Altaf. Walaupun lembut, pegangan Altaf tetap kemas.

"Aku buat." Bantah Altaf lagi.

"Tapi saya dah banya— argh!"

Hanya separuh jalan ayat yang mahu dituturnya dek kerana perlakuan selamba Altaf yang mencekup lembut sisi pinggangnya dan diangkat sehingga terlabuh elok duduknya di atas countertop dapur yang agak tinggi itu.

"Altaf. Terkejut saya!" Eima pukul sekilas bahu Altaf. Matanya membulat besar. Termengah-mengah nafasnya.

Altaf senyum serba salah. Tapak tangannya yang masih di sisi pinggang Eima, mengusap lembut.

"Sorry, Eima." Rambut Eima yang menutupi dahi, Altaf sebak kebelakang lalu ditinggalkan kucupan penuh kasih disitu.

"Saya nak tolong. Bagilah saya tolong awak." Rayunya pula. Sudah banyak Eima susahkan Altaf hari ini. Dapat bantu lelaki itu masak pun boleh lah.

Altaf geleng muktamad. Meskipun dia hampir sahaja mengalah bila melihat wajah Eima sekarang, Altaf tetap dengan pendiriannya.

"Awak kata tunggu 20 minit kan? Lama sangat. Perut saya dah berbunyi lapar." Tapak tangan menepuk kawasan perutnya berkali-kali.

"I'll make it fast. Sabar ya grumpy tummy." Altaf alihkan tapak tangan Eima dan gantikan dengan tangan kasarnya. Diusap berkali-kali anak matanya meneduh menikam kawasan itu.

Mendengar keluhan Eima, Altaf angkat wajah. Dua pasang anak mata cantik itu saling bersabung pandang tanpa sebarang perkataan atau bunyi yang terletus dari bibir. Altaf mengecilkan anak mata melihat Eima yang sungguh sesuatu ini.

"Saya nak turun!" Eima tolak lembut dada bidang Altaf yang beralas tshirt hitam lalu tubuhnya ingin melompat turun, tetapi pergerakannya dapat dibaca oleh Altaf.

Altaf masuk ke celah peha Eima seraya kedua belah lengannya mengunci pergerakan wanita itu. Wajah dibawa merapat sehingga bahagian hadapan tubuh mereka berlaga sipi.

"I said sit, sayang." Bisik Altaf tepat di bibir Eima. Anak mata hitamnya dipakukan ke ulas bibir Eima yang kemerahan itu.

Eima bungkam. Jantungnya berdetak hebat, darah panas menyerbu ke segenap inci wajahnya. Berkerlip lambat kelopak mata melihat seraut tampan itu sedekat ini. Tambahan pula dengan panggilan asing yang terpacul melalui celah bibir Altaf tadi.

Betul ke apa yang Eima dengar tadi itu? Altaf panggil Eima sayang ke? Oh my Allah!

Melihat si isteri yang kaku itu, bibirnya sengih menyungging. Pipi tembam Eima dicubit perlahan sebelum langkah panjangnya diatur ke arah peti sejuk.

Eima tekup pipi. Iris bundarnya bergerak seiring dengan langkah Altaf. Tubuh tegap lelaki itu dipandang semahunya. Sehingga Eima tidak sedar yang kepalanya menyenget halus.

Kenapa Altaf suka buat Eima tidak keruan seperti ini? Lemah lah Eima. Lembik lutut. Nak lompat turun pun tak lepas ni.

"Senang rupanya nak diamkan si comel ni..." Gumam Altaf dibawah nafas. Tawa machonya turut pecah. Eima benar-benar mengusik hatinya.

Eima pandang pelbagai jenis coklat yang diletakkan di tepi pahanya. Anak mata kembali mencari Altaf yang sedang memegang green tea cup di tangannya.

ALTAF'S SAVIOURWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu