"Baik pula Encik Tiang ni dengan aku. Ada muslihat apa-apa ke?" Aku mula membuat andaian sendiri, yalah bila pula lelaki itu mengambil berat tentang diriku? Sebelum ni bukan main beku.

Apa kau ni? Dia dah buat baik kau boleh pula kutuk dia. Tak lama aku dalam bilik itu, aku terus turun untuk menyertai mereka dalam makan malam pada malam itu.

PAGI yang sejuk, selepas subuh, aku menyegarkan diri terlebih dahulu. Dan hari ni, adalah hari terakhir aku akan berada di sini.

"Cik Airis dah siap?" soal Hana, aku mengangguk.

Tiba di luar, sudah jelas kelihatan Farhan yang berada di dalam kereta Audi R8. Gaya seperti menunggu.

Aku memeluk Hana dan Mak Dah sebelum mengucapkan salam perpisahan,

"Saya pergi dulu ya, Hana, Mak Dah." ujarku,

"Hati-hati, Cik Airis." jawab mereka berdua.

Aku hanya mengangguk sambil mengukirkan senyuman ke arah mereka. Tanpa berlengah aku terus berjalan menuju ke arah Farhan.

Sebaik sahaja kami masuk ke dalamperut kereta, seat belt dipakai. Enjin ditekan lalu bergerak keluar dari kawasan rumah itu.

Keadaan sunyi antara kami, tak tahu nak cakap apa. Hanya diam.

Dalam 30 minit perjalanan, akhirnya sampai juga ke destinasi. Aku tanpa berlengah terus menolak pintu kereta, sempat aku memandang wajah Farhan.

"Terima kasih, sebab jaga... dan hantar saya. Assalamualaikum." Tanpa menunggu balasan dari lelaki itu, aku terus keluar dari perut kereta.

Sebaik sahaja pintu kereta ditutup, Farhan tersenyum sendiri. Dia memandang ke arah gadis yang sedang menuju masuk ke halaman rumahnya.

"Sama-sama, waalaikumussalam." jawab Farhan sendiri.

"BALIK pun, ingat tak reti nak balik dah. Yalah, dah ada pelayan kan?" Satu sapaan yang membuatkan telinga ini panas mendengarnya.

"Mulut tu nanti basuh sikit, bau longkang." balasku bersahaja.

Karla terus tergelak sinis serta pandangan tajam menuju tepat ke arah anak mataku. Namun itu bukan lah sesuatu yang boleh buat aku getar.

Mungkin selama ni aku hanya diam dengan setiap kelakuannya, tapi tidak untuk kali ini. Selagi aku boleh lawan, aku lawan.

Secara tiba-tiba pipiku ditampar kuat oleh wanita tua itu yang entah datang dari mana. Kepalaku terteleng ke tepi. Terasa satu cecair yang keluar mengalir dari mulut terus aku kesatnya kasar.

"Makin menjadi-jadi kau kan, memang layak kau dapat penampar dari aku kau tahu tak?!" tengking mummy ngah, Ya Allah, apa lagi ujian yang aku akan hadap ni?

"Kau ni memang perempuan tak ada maruah tahu tak, kenapa Rayyan juga kau nak rampas?" soal mummy ngah pula,

"Mummy, jangan la marah-marah macam ni. Nanti dia mengadu dekat daddy pula. Nak buat macam mana... dah ikut perangai mama dia." sindir Karla halus,

Lantas aku merenung wajahnya lama, api yang membara-bara di dalam hati tak dapat lagi aku tahan. Terus aku menolak kasar tubuh milik Karla sehingga tubuh gadis itu jatuh tersungkur.

Dan saat itu pintu utama dibuka, kelihatan daddy ngah, Uncle Fakhrul, Rayyan dan Aunty Raisha sudah terkejut melihat adegan kami bertiga. Terus Rayyan dan Aunty Raisha menuju ke arah Karla.

"Apa jadi ni?!" jerit Aunty Raisha,

"Tak ada apa, mama. Airis tak sengaja tolak Karla sebab dia marah." balas Karla dengan wajah kasihan,

"Apa kau buat dekat Karla hah?!" tengking Aunty Raisha pula,

Aku tecegang. Aku terus tergelak sinis.

"Jangan tuduh melulu, Raisha. Kita tak tahu apa yang jadi sebenarnya." seloroh Uncle Fakhrul,

"Airis, apa jadi ni?" soal daddy ngah bertemankan Uncle Fakhrul, aku hanya berdiam diri. Mataku tajam memandang ke arah lelaki itu.

"Ask him," balasku pendek.

Kini semua memandang ke arah Rayyan serentak, jelas kelihatan lelaki itu sudah mula cuak, halkumnya bergetar.

"Apa pasal libatkan I pula? I tak tahu apa-apa." balas Rayyan yang masih mengawal nada cemasnya,

"Baby, don't be afraid. Just tell them the truth!" cantas Karla, tapi Rayyan hanya mendiamkan dirinya.

"Okey, kalau you tak nak bagitahu, biar I yang bagitahu,"

"Si Airis ni... yang orang nampak dia baik, hati suci, tak pernah buat benda terkutuk, but beside, she's always trying to seduce Rayyan." Karla lalu memeluk tubuhnya, "Am I right, Ms. Airis?"

Aku memandang Rayyan yang menayangkan senyuman sinis. Aku menghela nafas. Hebat permainan lelaki ni, bukan main dia fitnah aku dekat keluarga ni.

"Listen, I don't care. Ikut la kau nak fitnah aku apa pun. You should remember that kifarah exists,"

"Dan kau, Rayyan. Stop pretending that you're innocent. I warn you, don't play with fire."

Ayyash InaraHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin