Bab 10: One Night Long (Part 3)

Start from the beginning
                                    

“Lupakan pasal tu! Sekarang waktu yang sesuai, pergi tekan butang kecemasan! Pergi!” lantang Ivan bersuara.

Harisya pula bagaikan dilema. Dia menggetap gigi, akur dengan arahan Ivan. Gadis itu bingkas bangun, berlari menuju ke tangga naik.

Ivan yang bersandar pada dinding, mengenang nasibnya. Kolar besi pada leher hanya menunggu waktu hendak meledak. Namun, ketika itu juga segala memori dan imbasan hidupnya bagaikan sekilas melalui ruang benak.

‘Risa ... mungkin kau akan bahagia kalau kau terus lupakan aku,’ monolog hati kecil Ivan.

“Aku takkan biarkan kau, Harisya!” Eden menjerit lantang. Dia membuka langkah seribu, mengejar tubuh Harisya.

Ivan pula bingkas bangun. Dia mengejar Eden semahunya. “Don't you dare touch her!”

Ivan memeluk tubuh Eden dari belakang. Mereka berdua jatuh, terguling. Namun, ingin sahaja Eden mengikut wajah Ivan, kolar besi pada leher Ivan meledak. Darah memercik ke serata tubuhnya.

Ivan sudah tidak bernyawa.

Eden menelan air liur sendiri. Dia tidak mahu perkara yang sama terjadi kepada dirinya. Dia mengalihkan tubuh Ivan yang tidak bernyawa sebelum menyambung langkah, mengejar Harisya yang sudah di hujung koridor.

Harisya berlari tanpa menghiraukan perasaan. Air mata dan darah pada keningnya jatuh menitik ke atas lantai. Ingin dia menangis sekehendaknya.

Dia menjejakkan kaki ke lantai tingkat atas. Matanya sempat menangkap susuk tubuh seseorang sedang terpacak di kaki lima. Tapi, dibiarkannya. Gadis itu meneruskan larian ke bilik mesyuarat.

Eden yang masih mengejar Harisya juga menjejakkan kaki ke tingkat lima. Namun, tatkala tiba di koridor, kaki Eden disepak dengan kuat sebelum lelaki itu ditolak. Dia jatuh tergolek di atas tangga sehingga terdampar di atas lantai.

Eden mengerang kesakitan. Alis matanya dibuka luas. Jelas, Mikhail sudah berdiri di kaki lima tingkat atas. Lelaki itu menyilangkan tangan ke dada seraya memandang sinis ke arah Eden.

“Kau akan mati malam ni, Eden.” Itulah kata-kata yang keluar daripada mulut Mikhail sebelum Harisya menekan butang kecemasan pada meja bulat.

Kring!

Loceng kecemasan menggegarkan bangunan. Tidur para pemain mula dimusnahkan. Lena mereka dikejutkan. Seorang demi seorang tersedar daripada tidur, bingung dengan keadaan.

***

Semua pemain dikumpulkan di meja mesyuarat. Tiada kata daripada lidah mereka tatkala menyedari darah pada wajah Harisya, Xin dan juga Eden. Harisya sudah menceritakan segalanya. Bahkan, Mikhail dan Xin juga menyokong suara Harisya.

“Semua orang dah tahu siapa yang kita akan undi, jadi ... kita tunggu je masa berbincang habis,” kata Irene.

“Malam-malam buta macam ni pun nak mesyuarat. Ganggu tidur aku betul,” ucap Lutfi pula seraya menguap.

“Kau ada apa-apa yang nak cakap, Eden? Kau dah bunuh Yuri! Kau dah bunuh Ivan! Sekarang, tiba giliran kau pula rasai mati,” bentak Harisya.

“Kau orang tak faham! Aku buat semua ni untuk kawan baik aku! Kau orang takkan faham masalah hidup aku!” balas Eden dengan pekikan.

“Kau ingat kau sorang ada masalah? Semua orang yang ada kat sini, ada masalah! Aku ada masalah, Yuri ada masalah! Ivan ada masalah! Semua orang kat sini ada masalah! Tapi, kau ... pembunuh!” bidas Harisya pula.

Eden mengetap gigi. Dia terdiam. Tidak tahu hendak membalas apa. Hatinya sekadar menerima semua kata-kata itu.

“Kita ada kurang seminit lagi. Ada apa-apa nak cakap?” tanya Mikhail.

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now