56 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

Carl memandang kad itu sekilas saja.

"Lagi? Itu je?"

Sekali lagi Irene melakar senyuman kelat di bibirnya.

"I nak you jujur dengan I.. Walaupun I tahu jawapan you akan menyakitkan hati I.. But I nak sangat tahu.. And I harap I dapat jawapan yang boleh buat I happy.." Ujar Irene dengan penuh harapan Carl memberinya jawapan yang positif.

Carl menatap wajah isterinya.

"Apa?" Soal Carl. Dia seakan dapat tahu apa soalan yang bakal ditanya oleh si isteri.

"You sayangkan I tak?"

Carl tersenyum kecil. Dia sudah tahu soalan itu yang bakal keluar.

"Carl? You dengar tak apa yang I cakap ni?" Soal Irene apabila dia melihat suaminya diam.

"Kau bagi aku sebab kenapa aku kena sayangkan kau.."

Berkerut dahi Irene mendengar. Nak sayang orang pun kena ada sebab ke?

"Sebab I isteri you?" Irene menaikkan kening kanannya.

"Kau rasa sebab tu kukuh ke untuk aku sayangkan kau?"

Bengang Irene dibuatnya. Apa kena dengan suaminya ini?

"Habis tu? Sebab apa lagi? You ni mabuk ke apa? Tak akanlah nak sayang orang pun kena ada sebab?" Irene menjeling. Gila betullah suaminya ini.

"Memang. Aku tak ada sebab untuk sayang kau." Carl mengalihkan pandangannya ke arah lain. Malas mahu memandang wajah Irene.

"Okay. Sekarang you pula bagi I sebab kenapa you tak sayangkan I." Irene menjeling Carl dari hujung matanya.

Carl turut membalas jelingan isterinya.

"Cepatlah cakap! Tadi you soal I, sekarang biar I pula soal you!" Irene menggoyangkan tubuh suaminya.

Mahu pening Carl dibuatnya. Sudahlah dia tengah serabut dengan kerjanya, ini isterinya menggoncang tubuhnya pula.

"Berhenti, Melissa! Pening kepala akulah!" Carl menolak tubuh Irene. Serabut!

"Jawablah! Apa lagi yang you tunggu?!" Irene memandang tajam wajah Carl.

"Satu...Kau tipu aku.. Dua.. Kau tak pernah anggap aku ni suami kau.. Tiga—"

Irene menutup mulut Carl dengan tapak tangannya.

"Habis you tu? You pernah ke anggap I ni isteri you?" Irene mendekatkan wajahnya dengan Carl.

"Kalau kau anggap aku ni suami kau.."

Mata Carl jatuh pada perut Irene yang sudah membulat itu.

"Tu. Perut kau tu tak akan besar sebab mengandung anak lelaki lain." Carl menjeling.

Irene memuncungkan mulutnya. "You ni tak habis-habis cakap pasal kandungan I. Kalau you nak anak, cakap jelah. I boleh mengandungkan anak you lepas I bersalin."

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now