Bab 9: The Lost Leader (Part 3)

Start from the beginning
                                    

Ni kali pertama.”

Serius?”

“Ya.”

“Wah, aku rasa bertuah pula jadi orang pertama yang sambut hari jadi kau!”

Hari jadi. Hari di mana usiaku mendekat dengan ajal. Dialah orang yang pertama meraikan hari jadi aku. Dia juga menjadi orang yang terakhir.

Bunga yang cantik dan harum semerbak, bakal layu. Kelopaknya gugur tanpa bicara dan khabar berita. Yang putih bakal berubah lusuh. Yang harum bakal hilang baunya. Yang cantik bakal hilang indahnya.

Risa terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika pulang ke rumah selepas menyambut hari jadi aku. Dia mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala.

Tatkala aku menjejakkan kaki ke hospital cuba melawatnya, keluarganya sudah ada di sana. Aku bagaikan tak sangka, keluarga yang dia cakap selalu mencemuh kewujudannya selepas fitnah, masih pedulikannya.

Tapi, ketika aku memunculkan diri...

“Risa ... kau dah sedar? Aku risaukan kau. Nasib baiklah tak ada apa-apa yang teruk jadi.”

Dia pandang aku dengan penuh bingung. Pandangan yang tidak pernah aku lihat daripadanya.

Kau ... siapa?”

Hanya dua patah kata yang keluar daripada mulutnya sudah cukup membuatkan jantungku berdegup kencang. Hatiku bagaikan hancur dengan balasannya. Tapi, aku masih tidak percaya.

Kau jangan nak bergurau dengan aku la. Takkan kau tak ingat aku? Ivan?”

Maaf ... aku tak kenal kau. Kau ... siapa?

Aku menerkam tangannya. “Takkan kau tak ingat aku? Kau bergurau kan? Cakaplah! Aku risaukan kau tahu tak! Cuba kau ingat balik! Aku, Ivan!”

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now