Arshad masih lagi tersenyum. Mereka saling bertatapan mata. Marsha masih belum sedar bahawa itu bukanlah bayangannya.

"Rindu abang?" soal Arshad.

Marsha mengangguk. Air matanya mengalir ke tepi dan mengenai bantal yang melapik kepala.

"Abang pun rindu Sha." Arshad mengucup kekura tangan Marsha. Kemudian dia menilik jari manis isterinya yang tersarung cincin nikah mereka.

"Kenapa rasa macam real? Kan bagus kalau abang tak tidur rumah Humairah. Siapa nak teman Sha tidur kat sini malam ni?" Marsha menghamburkan tangis. Dia sudah tak dapat membendung lagi kolam air matanya. Rasanya dia perlu tidur semula agar air matanya tidak lagi dibazirkan.

"Memang real pun. Depan Sha sekarang ni memang abang. Abang tak jadi kahwin dengan Humairah."

Sedetik.

Dua detik.

Tiga detik.

Empat detik. Terkebil-kebil mata Marsha.

Detik kelima terus dia bangun dari baringan. Wajah Arshad ditampar dan dicubit sekuat hati. Dengan niat untuk pastikan dia tidak berangan sendiri dan dalam masa yang sama boleh lepaskan geram kepada Arshad.

"Aaaauuuuuu... Sakitlah sayanggg!" jerit Arshad. Pipinya memerah.

"Betul ke ni abang?" Marsha seakan tidak percaya.

"Betul lah. Abang lah ni. Takkan hantu pula." Arshad mengusap pipinya yang dicubit Marsha tadi.

"Boleh jadi juga. Mungkin hantu raya. Cuba abang tampar Marsha kejap."

"Abang tak pernah pukul perempuan tau. Tapi dah alang-alang Sha request ni, abang tak segan silu nak tampar. Lagi rasa semangat nak balas dendam ni." Arshad sudah menaikkan tangannya tinggi. Seakan boleh tampar Marsha sehingga terpusing kepala Marsha.

Melihatkan tangan Arshad sudah naik setinggi langit, Marsha tak jadi menyerahkan pipinya.

"Okey... Okey... Ampun bang. Sha dah percaya." Marsha menyatukan kedua telapak tangannya. Arshad tersengih. Mujur dia tak jadi lelaki dayus tadi.

"Abang cakap apa tadi? Tak jadi kahwin?" soal Marsha dengan riak terkejut.

"Ya sayang... Majlis tu dibatalkan oleh Humairah sendiri. Abang tergagap waktu nak lafazkan akad sampai tersilap sebut nama Sha. Sebab tu dia mengamuk tadi. Terus dia tak nak teruskan. Hahaha." Arshad ketawa jahat.

Bersyukur dia kerana tak kahwin dengan Humairah yang macam gorilla tu. Kalau tak, huru-hara lah hidupnya apabila gorila bergaduh dengan raksasa.

.

PUAN Rozita sudah boleh menerima Marsha sebagai menantunya. Dia sedar yang selama ini dia terlalu inginkan semuanya sempurna. Dia merasakan dirinya serba-serbi baik. Tanpa dia sedar, kesempurnaan yang selama ini dia sanjungi telah menghancurkan hatinya sendiri.

Encik Mokhtar telah terkantoi busuk dengan Puan Rozita ketika Puan Rozita membeli barangan dapur bersama Marsha. Sampai pengsan dia akibat terlalu terkejut dengan perangai Encik Moktar selama ini.

Rupanya Encik Mokhtar telah berkahwin satu lagi tanpa pengetahuannya. Sudah 10 tahun Encik Mokhtar madukan Puan Rozita. Baru kini dia tertangkap curang.

Disebabkan kejadian nikah tak jadi, Humairah menyimpan dendam pada Arshad dan Puan Rozita. Humairah menculik Puan Rozita. Niatnya untuk memancing dan mengugut Arshad supaya Arshad bersetuju untuk berkahwin dengan dia.

Humairah jadi kurang siuman sejak kejadian nikah tak jadi tersebut. Dia terlalu tergilakan Arshad. Sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

"Oii... Maira. Kau dah gila ke? Kau culik aku macam ni, kau ingat kau boleh kahwin dengan anak aku? Pergi mimpi aje lah," bentak Puan Rozita yang sedang terbaring di tempat duduk belakang. Tangan dan kakinya diikat kemas dengan tali. Matanya pula ditutup dengan kain. Silap Humairah tak sumbat mulut dia dengan kain.

"Sakitlah telinga aku ni. Kau diam boleh tak? Aku ingat nak culik cucu kau si Khaulah tu. Tapi cucu kau tu bijak sangat. Aku bagi lolipop, dia tak nak." Humairah fokus memandu kereta untuk membawa Puan Rozita ke suatu tempat.

"Memanglah dia tak nak. Dia suka minum susu aje. Bukan dia yang bijak, tapi kau yang bodoh!" ejek Puan Rozita.

Humairah berang. Dia melompat dari tempat pemandu ke tempat duduk belakang. Tudung Puan Rozita ditarik. Rambutnya juga turut ditarik Humairah.

"Kau cakap apa tadi haa nenek kebayan? Aku bodoh??" Ikatan kain pada mata Puan Rozita sudah terlorot ke bawah.

"Kauuu yang bodoh!! B-O-D-O-H" Siap mengeja lagi Puan Rozita. Dia tak sedar yang dia juga bodoh kerana bergaduh dengan Humairah tanpa perasan bahawa kerusi dibahagian pemandu sudah tiada yang mengendali.

"Kau la bodoh! Aku tak bodoh!" Mulut Puan Rozita ditampar-tampar Humaira.

Tanpa Humairah sedar, keretanya sedang bergerak dan akan merempuh sebuah bulldozer. Bukan bulldozer yang datang melanggar mereka. Tapi mereka yang melanggar bulldozer tersebut.

"Aaaaarrrrrggghhhh..." Terjerit Puan Rozita dan Humairah secara bersamaan.

"Asy hadu alla illaha illah... Waashhadu anna muhammadu rasulullah." Puan Rozita dan Humairah mengucap serentak. Kedua-duanya telah meninggal di tempat kejadian.

Tamat.

Author makbulkan segala keinginan readers. Nenek rozita mulut puaka dan humaira gorilla dah terima balasan.

Nanti akan ada special chapter. So, siapa yang dah berpuas hati dengan cite ni sampai sini, dinasihatkan tak baca special chapter.

Thanks for support my story. Hope you guys enjoy lah. Cite ni just for fun.


Ok gaess, author ingat nanti nak buat cerita ni jadi ebook/novel. Special chapter tu author akan masukkan dalam ebook/Novel tu nanti. okay tak?- 20 JAN 2024

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now