Bab 37

6.6K 397 66
                                    

MARSHA akan dibawa pulang ke rumah banglo Dato' Mukriz. Sempatlah juga Datin Mariam bergaduh dengan Dato' Mukriz untuk membawa Marsha pulang ke rumah mereka masing-masing. Memandangkan Arshad suami Marsha, Marsha perlu tinggal di rumah Dato' Mukriz.

"Papa... Kenapa mama tak tinggal dengan kita?" soal Marsha. Memori yang dia ada, sewaktu papa mamanya masih belum bercerai. Marsha melabuhkan duduk di birai katil.

"Mama tak suka tinggal sini. Mama ada rumah baru," jawab Dato' Mukriz dingin.

"Papa... Kenapa muka papa nampak tua? Mama pun sama. Marsha pun dah tinggi. Badan Marsha pun dah lain. Kenapa ya papa?" soal Marsha dengan wajah polos.

"Marsha sekarang bukan budak-budak lagi. Marsha dah dewasa. Marsha sekarang dah ada suami dan anak. Khaulah ni anak Marsha. Dan lelaki yang Marsha panggil pak cik tu suami Marsha. Papa nak selepas ni Marsha panggil pak cik tu abang ya."

"Abang? Dia tu dah tua lah papa. Takkan kena panggil abang? Macam tak sesuai aje." Marsha memeluk tubuh sambil bersila di atas katil.

Khaulah yang sedang duduk di atas riba Dato' Mukriz datang memeluk Marsha. Dia terlalu rindukan umi nya. Dia mencium pipi Marsha.

"Khaulah ni betul ke anak Marsha? Macam mana Marsha boleh lahirkan dia yang gemuk macam ni?" Marsha menggaru kepala. Dia langsung tak ingat apa-apa. Seingat dia, dia tak pernah mengandung.

"Dah lah Marsha. Papa pening lah. Banyak sangat soalan kamu. Kamu tanyalah pula suami kamu." Dato' Mukriz dah berputus asa nak menjawab satu persatu soalan Marsha. Dia keluar dari bilik anaknya itu. Dia tinggalkan Khaulah bersama Marsha.

Marsha pandang wajah Khaulah yang sedang duduk di tepi.

"Hai," sapa Marsha.

"Hai." Khaulah menjawab sambil tersenyum.

"Awak ni anak siapa sebenarnya? Mak awak mana?"

"Ni..." Khaulah menunjuk ke arah Marsha.

"Saya mak awak? Masa bila awak pernah duduk dalam perut saya? Saya tak ingatlah."

"Umi... I lab you." Khaulah membuat flying kiss.

"Wahh... Bijaknya awak. Pandai speaking english lah." Marsha menepuk tangan. Budak tembam di depannya itu sangat mencuit hatinya.

"Awak panggil saya kakak. Saya panggil awak adik. Janganlah panggil saya umi. Saya muda lagi tau. Baru lapan tahun," ujar Marsha. Terkebil-kebil mata Khaula. Kemudian, dia kerutkan kening.

"Tatak?"

"Ya. Betul. Panggil kakak Marsha."

"Tatak Cha?"

"Iya.... Good girl!" Marsha mengusap kepala Khaulah.

Tiba-tiba pintu bilik dikuak seseorang. Kelihatan Arshad sedang melangkah masuk ke dalam.

"Pak cik nak bawa Khaulah balik dah ke? Baru je Marsha nak berkenalan dengan dia."

"Tak lah. Pak cik tinggal kat sini."

"Oh... Iya ke? Bestnya.... Kalau macam tu Marsha boleh main dengan Khaulah hari-hari. Pak cik tidur bilik sebelah ya?"

"Eh, tak. Pak cik tidur dalam bilik ni. Pak cik tidur sebelah Marsha." Arshad merapati tubuh Marsha. Wajahnya didekatkan dengan wajah Marsha.

Marsha pantas bangun dari katil. Dia dapat rasakan aura lelaki gatal dalam tubuh 'pak cik' itu.

"Eeiii... Pak cik ni gatalnya. Mana boleh tidur sekatil dengan Marsha. Papa aje boleh tidur dengan Marsha."

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now