Bab 26

6.4K 385 36
                                    

KEESOKAN pagi, Marsha mula mengalami morning sickness. Tubuhnya terasa lemah kerana asyik muntah saja dari tadi.

"Sayang okay tak ni? Sayang demam ke? Jom kita pergi klinik." Arshad mengusap belakang Marsha. Marsha menggeleng.

"Sha nak baring kejap. Tak larat lah abang."

"Sayang rehat dulu. Nanti kita pergi klinik okay. Sha nak makan bubur? Abang boleh masakkan."

Marsha hanya mengangguk. Dia menuju katil lalu berbaring di situ. Arshad memegang dahi Marsha tapi Arshad pelik kerana dahi isterinya tak panas.

Setelah bubur siap dimasak, Arshad membawa mangkuk bubur ke bilik. "Sayang... Bangun makan. Dari tadi perut tu kosong kan."

Marsha tak ada selera tapi dia tetap bangun untuk makan. Demi bayi dalam kandungan dia.

"Nak abang suap?" tanya Arshad. Marsha mengangguk setuju. Dia suapkan bubur ke mulut Marsha.

"Sedap tak?" soal Arshad lagi.

Marsha mengangguk.

Arshad menyuapkan Marsha bubur nasi sehingga habis. Kemudian dia mengajak Marsha ke klinik. Marsha hanya turutkan saja. Dia pun nak tahu tentang kandungannya. Dia masih belum beritahu Arshad tentang kehamilan dia.

"Tahniah encik, isteri encik mengandung. Kandungan sudah berusia dua minggu." kata doktor yang memeriksa Marsha.

"Sayang!" Arshad memandang Marsha dengan wajah tidak percaya. Marsha tersenyum. Senyuman Arshad mula melebar. Dia memeluk isterinya.

"Alhamdulillah...Kita akan jadi ibu ayah tak lama lagi." Arshad mengucap syukur.

Arshad bersujud syukur di situ. Marsha rasa sebak. Begitu Arshad bahagia dengan kemunculan anak mereka. Tapi kebahagiaan itu takkan lama untuk mereka.

ARSHAD mengajak keluarganya untuk makan malam di rumah Dato' Mukriz. Dia ingin memberitahu tentang berita gembira tersebut.

"Cepatlah beritahu kami apa dia berita gembira tu?" soal Dato' Mukriz tidak sabar. Dia yang tinggal serumah dengan mereka pun masih belum tahu tentang perkara tersebut.

Arshad memeluk bahu Marsha. "Kami nak bagitahu yang tak lama lagi kami akan jadi umi dan abi."

Semua tercengang. Krik...krik...

Tiga saat kemudian Kak Hana menepuk tangan dan mengucapkan tahniah. Kak Hana datang memeluk Marsha. Kemudian barulah yang lain mengucapkan tahniah kecuali Puan Rozita.

Wajah Puan Rozita bertukar ketat. 'Ini ke good news yang dikatakan tu. Ini bad news bagi aku. Susahlah aku nak pisahkan dia orang kalau dah ada anak. Tapi tak apa. Perempuan tu dah janji untuk berambus setelah Sembilan bulan. Sekarang baru aku faham. Kenapa dia minta penangguhan selama sembilan bulan.' Puan Rozita tersenyum sinis.

"Tahniah Kak Cha. Tak sabarnya nak dapat anak buah. Lepas Kak Hana bersalin, Kak Cha pula. Ainul akan dapat dua orang anak buah. Woww... Excitednya!!" Ainul tersenyum lebar. Sekarang ini musim cuti sekolah. Setiap kali cuti sekolah saja dia dapat berkumpul bersama keluarga.

Sepanjang musim cuti sekolah, Arshad dapatlah menjaga isterinya di rumah. Arshad kalau boleh nak pantau isterinya 24 jam. Sikit pun dia tak bagi Marsha buat kerja di rumah. Marsha nak turun tangga pun dia akan pimpin.

"Abang... pergilah buat kerja. Tak payahlah perhatikan Sha macam tu." Marsha jadi rimas apabila Arshad asyik merenung dia meminum susu.

"Biarlah. Abang kena pastikan sayang minum susu tu sampai habis."

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now