53 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

Dia dapat rasakan rahsianya semua sudah berada di genggaman Carl. Bibirnya digigit.

"Aku penatlah, Irene.. Hari-hari kau menipu aku.. Setiap masa kau menipu aku.. Kau tak penat ke bodohkan aku selama ni?" Carl menggeleng. Akhirnya, dia kalah. Dia sudah penat melihat permainan isterinya.

"You cakap apa ni, Carl? Bila masa I tipu you?" Irene sedaya upaya mahu mempertahankan rahsianya daripada terbongkar begitu saja.

Carl menolak jauh tubuh isterinya. Dia turut melangkah ke belakang.

"Aku dah penat tengok permainan kau, Irene Melissa.. Bila aku tanya kau, kau jawab apa? Kau tak tipu aku.. Kau tak ada benda nak bagitahu aku.. Setiap masa aku tunggu kau jujur dengan aku.."

Irene terdiam. Mahu saja dia memeluk suaminya sekarang. Namun wajah Carl yang sinis itu menghalangnya.

"Sekali lagi aku tanya kau, Melissa.. Untuk kali terakhir.. Kau ada apa-apa nak bagitahu aku?" Ucap Carl sebelum dia tersenyum sinis. Kali ini, dia berharap isterinya mampu jujur.

Pandangan Irene jatuh ke lantai. Dia bingung. Dia tidak tahu mahu jujur ataupun teruskan menipu. Dia tidak mahu hubungannya dan Carl hancur hanya kerana kejujurannya.

Lama Carl memerhati Irene. Carl mengangguk kepalanya seakan faham. Irene tidak akan jujur dengannya.

"Patutlah sampai sekarang rumah tangga kita macam ni.. Bahagia sekejap, happy sekejap.. Selebihnya? Bergaduh.."

"Aku tak tahu nak cakap apa dengan kau ni.. Hari-hari aku perhatikan kau, Irene.. Kau bijak.. Kau pandai atur rancangan kau sampaikan aku sendiri tak sedar harta aku separuh dalam tangan kau sekarang.." Carl tersenyum kecil. Baru dia sedar, kad bank yang dia simpan di dalam biliknya itu hilang. Baru sehari dia letak di dalam laci bilik, esoknya dia mahu ambil kembali dah hilang. Siapa lagi yang ambil kalau bukan isterinya?

"Kau nak duit, aku boleh bagi, Irene.. Kau nak apa? Cakap je.. Semua aku boleh tunaikan.. Aku mampu, Melissa.. Aku mampu bagi kau kekayaan.. Cuma aku tak mampu bagi kau kebahagiaan.. Aku sedar.. Itu kekurangan aku.."

Irene hanya mendengar saja setiap ayat yang keluar dari mulut Carl. Nampaknya, dia sudah jatuh hari ini.

"Apa you nak cakap sebenarnya?"

Carl tersenyum. Dia mengeluarkan beberapa keping gambar yang sempat dikutip malam tadi dari beg kerjanya.

Gambar itu diangkat ke udara.

"Aku tak sangka kau sekejam ini, Irene Melissa."

Gambar itu dicampak tepat pada wajah Irene. Tertutup mata Irene kerana terkejut. Secara langsung gambar itu jatuh ke lantai.

Irene menunduk. Dia mengutip satu persatu gambar itu sebelum dilihat. Terkunci mulutnya apabila melihat gambar itu. Jelas menunjukkan dia dan Ayeshah semasa kemalangan.

Kepala diangkat memandang suaminya.

"Carl... I boleh jelaskan.."

Carl menggeleng laju.

"Aku tak nak dengar apa-apa penjelasan kau. Aku nak dengar satu je.. Betul ke dalam gambar tu kau? BETUL KE ISTERI AKU YANG BUNUH AYESHAH AZZAHRA?!"

Air mata Irene sudah mulai mengalir. Selama ini, dia hidup bahagia dengan rancangan jahatnya. Dia bangga kerana berjaya nikahi Carl dengan rancangan kotornya.

Irene mengangguk kepalanya perlahan-lahan.

"Be—betul.. I yang bunuh Ayeshah.. I yang potong brek kereta Ayeshah.."

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now