51 || ERDEN'S ✧.*

Začít od začátku
                                    

Cadee menggeleng. Mereka sudah mengeluh. Tak akanlah itu saja mimpinya?

"Tapi petanda apa? Petanda Carl jadi gila? Irene mati?" Leron merengus kasar. Macam tak logik saja mimpi tu.

"Rumah Carl.. Office.."

Mata mereka memandang Daren yang termenung itu. Rumah Carl? Office? Apa kena mengena dengan mimpi mereka?

"Kenapa dengan rumah Carl dengan office?" Soal Stephen pelik. Tiada pula rumah Carl dan office masuk dalam mimpinya.

"Aku tak ingat. Tapi.. Aku tahu ada benda dekat dua tempat ni." Jawab Daren yakin. Puas dia fikir apa yang ada dekat rumah Carl dan office, namun tak berjaya.

Xylon memandang Carl yang sudah terdiam itu. "Carl? Kau tak mimpi apa-apa ke?"

Mereka memandang tepat pada wajah Carl. Carl mengangkat mukanya sebelum dia tersenyum kecil.

"Mimpi korang.. Separuh dan bersambung dalam mimpi orang lain.."

"Mimpi aku.. Aku dapat tengok semua. Dari awal sampai akhir.."

Carl tersenyum sinis. Betullah. Ini petanda sesuatu. Mereka patut bersiap sedia untuk perkara yang bakal terjadi. Mimpi ini sudah cukup untuk menunjukkan hidup Carl dan Irene akan diuji sekali lagi.

 Mimpi ini sudah cukup untuk menunjukkan hidup Carl dan Irene akan diuji sekali lagi

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

CARL memulas tombol pintu bilik isterinya. Jelas sudah gelap. Jam pun sudah lewat malam. 3 pagi? Mustahil Irene belum tidur.

Carl menutup semula pintu bilik isterinya dan melangkah ke arah pintu yang berada di sebelah bilik Irene. Disebabkan kejadian siang tadi, rasa ingat tahunya semakin membuak-buak.

Apabila dia mendengar kata-kata Daren, dia pasti ada sesuatu yang terjadi. Mustahil Daren berkata tentang benda yang sia-sia.

Rumah Carl? Office?

Dalam mimpi Carl, maksud rumah Carl itu adalah mini library yang selalu diguna oleh Irene. Dia yakin bilik ini pasti ada sesuatu yang disimpan oleh Irene.

Pintu itu dibuka perlahan. Tangannya menekan suis lampu. Serta merta keadaan bilik ini dari gelap gelita terus bertukar terang.

Carl berjalan ke arah meja yang terletak di tengah-tengah bilik ini. Kerusi ditarik sebelum dia labuhkan duduknya.

Matanya memandang frame gambar yang berada di atas meja ini. Gambarnya?

Tawa sinis terletus dari bibirnya. Dekat mana pula si Irene ni dapat gambarnya? Stalker ke apa?

Mata Carl jatuh pada laci yang berada di sebelahnya. Dia membuka satu persatu laci itu sehinggalah laci yang paling bawah.

Matanya tertarik dengan satu kotak berwarna hitam yang diikat menggunakan reben. Laju tangannya mencapai kotak itu.

Reben itu dibuka. Penutup kotak itu dibuka perlahan-lahan. Berkerut dahi Carl memandang isi kotak itu.

"Gambar?" Soalnya hairan.

Gambar itu dipegang oleh Carl. Dia memandang lama gambar itu dengan penuh rasa curiga.

"Lelaki... Dan perempuan?" Soalnya lagi. Dia tidak kenal siapa budak lelaki dan perempuan yang berada di dalam gambar ini.

"Kenapa.. Muka budak ni macam aku?"

Carl merenung dalam wajah si budak perempuan. Nak kata isterinya? Sungguh jauh berbeza.

Dia memusingkan gambar itu apabila matanya menangkap tulisan di belakang gambar itu.

'Untill now, I still love you.'

Carl membaca ayat itu perlahan. Namun dia bingung, siapa perempuan tu?

"Siapa budak perempuan ni? Irene? Tak sama langsung.." Ujarnya perlahan. Dia menutup kembali kotak itu dan meletakkan semula ke dalam laci.

Gambar itu dipegang lama. Dia sendiri pelik mengapa gambar ini ada disini? Siapa punya? Mengapa rupa budak lelaki ini sebiji dengannya ketika dia kecil?

Dia bangkit dari duduknya. Inilah kali pertama dan terakhir dia masuk ke dalam bilik ini. Bilik ini sungguh penuh dengan tanda tanya.

Gambar itu diambil sebelum dia keluar dari bilik ini. Pintu bilik itu ditutup kembali. Bilik tidurnya dituju. Sudah lewat malam. Malas mahu berfikir terlalu lama. Otaknya juga perlukan rehat.

 Otaknya juga perlukan rehat

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

To Be Continued

—Maafkan saya sebab tak update semalam. Saya nak update, tapi saya lupa 😭. Sebenarnya, saya terlalai dengan dunia lain semalam. Ampunnn ෆ

—500 votes to unlock new chapter. Sengaja letak 500 sebab tak akan dapat. Biar lambat sikit update hehe

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Kde žijí příběhy. Začni objevovat