51 || ERDEN'S ✧.*

Começar do início
                                    

"Aku mimpi kau mampos. Kenapalah mimpi tu tak jadi kenyataan.."

Terdiam Carl dibuatnya. Jawapan Eric itu sungguh tidak dijangka.

Carl cuba mengawal reaksi wajahnya. Mungkin itu hanya kebetulan.

"Kau mimpi ke apa ni?" Soal Leron pula. Makin hairan dia dengan perangai si Eric.

Eric mengangguk kepalanya laju. Dia mimpi Carl gila kerana kematian Irene.

"Kenapa Irene mati?" Soal Xylon pula. Macam seronok pula mimpi Eric ni. Mulanya macam merepek, lama-lama seronok pula.

"Sebab—"

"Sebab dia kena langgar."

Mereka semua terus menoleh ke arah Daren. Terlopong mulut Stephen mendengar. Apa yang sudah jadi?

"Kau pun mimpi benda sama ke, D?" Soal Xylon hairan. Mengapa Eric dan Daren dapat mimpi yang sama?

Daren mengangkat bahunya. Dia seakan tahu jalan cerita mimpi Eric itu. Cuma dia tidak pasti, apa penghujungnya.

"Lepas tu? Apa jadi?" Soal Cadee pula. Dia benar-benar mahu tahu apa yang bakal terjadi. Mustahil mimpi Eric dan Stephen ini hanya mainan tidur.

"Aaa.. Carl.. dia ada satu—"

"Patung."

Mereka menoleh pula ke arah Stephen. Pulak dah. Sudah tiga orang. Apa lagi yang akan jadi ni?

"Patung? Patung apa?" Soal Carl pelik.. Seumur hidupnya, tidak pernah pula dia simpan patung.

"Patung yang macam dekat kedai baju. Kau jadikan patung tu isteri kau.." Jelas Stephen. Mereka sudah pening. Mengapa mimpi ini bersambung?

"Lepas tu? Apa jadi dengan Carl? Dia kahwin dengan patung tu?" Soal Leron pelik. Kalau betul Carl ada patung, mahu habis Carl diperli.

"Aku tangkap gambar dia dengan patung tu..." Ucap Eric. Mimpi itu seakan petanda. Cuma dia tidak ingat semua. Hanya separuh saja.

"Lepas tu kau send dekat group EC.. Kan?" Soal Xylon yang dari tadi senyap. Daren terus menoleh ke arah Xylon. Nampaknya, Xylon pun dapat mimpi yang sama.

Eric mengangguk kepalanya. "Haah! Aku send dalam group!"

Cadee terus mencapai telefon bimbitnya dan terus mencari mesej yang dikatakan oleh Eric dan Xylon.

"Nothing. Tak ada apa-apa gambar pun dalam group." Ucap Cadee sebelum dia menyimpan telefonnya di dalam poket seluar.

"Aku.. Tak faham. Cuba cerita dari awal sampai habis." Ujar Carl. Dia bingung. Apa yang kawannya mahu sampaikan sekarang ni?

"Dalam mimpi tu.. Ada banyak benda jadi. Aku tak ingat. Aku ingat sampai Carl..." Stephen terdiam. Ingatannya seakan hilang tiba-tiba. Dia terus hilang kata-kata. Dia tidak tahu apa yang terjadi selepas itu.

"Sampai mana?" Soal Cadee pelik. Kenapa cakap separuh jalan ni? Memang hobi ke apa?

"Carl nak bunuh diri." Jawab Leron tiba-tiba. Terkaku mereka mendengar jawapan Leron.

"Kenapa.. Mimpi ni macam bersambung?" Soal Eric pelik. Kalau dia tidak mulakan, pasti mereka tidak tahu mereka ada mimpi yang sama dan bersambung.

"Orang kata.. Kalau mimpi tu kita ingat, benda tu akan jadi. Macam.. Petanda?" Ujar Stephen sebelum dia menongkat dagunya.

Carl menoleh ke abangnya. "Er? Kau tak ada mimpi apa-apa?"

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Onde as histórias ganham vida. Descobre agora