50 || ERDEN'S ✧.*

Začít od začátku
                                    

"Kaulah monyet tu." Selamba Carl berkata. Dia tersenyum kecil sebelum dia menjeling Irene. Gila ke apa duduk atas pokok?

"Biadap lo!" Irene terus melemparkan sebiji buah manggis ke arah Carl. Sekali lagi buah itu berjaya mendarat di kepala Carl. Masuk ini, sudah tiga biji manggis mendarat di kepalanya.

"Woi perempuan! Kau turun sekarang! Kau sedar tak kau tu perempuan? Yang duduk atas pokok tu kenapa? Turun!" Jerit Carl. Ini kalau jatuh, tak pasal-pasal orang kata dia bunuh isterinya.

"Apa dia? Tak dengarlah..." Sengaja Irene jawab begitu. Padahal suara Carl jelas masuk ke telinganya. Dia masih belum puas menikmati manggis ini. Sudah lama dia mengidam mahukan buah manggis, akhirnya dapat juga.

"Aku cakap sekali je, Bee. Kau tak turun, aku tebang pokok manggis ni!" Jerit Carl kuat. Macam manalah pokok ni boleh ada dekat sini? Menyusahkan orang betul.

"Okay.. Okay.. 5 minutes.. I dah lama mengidam nak makan manggis, bagilah I makan dulu.." Ucap Irene lalu dia membuka lagi sebiji manggis. Masuk ini, sudah hampir 10 biji dia makan.

"Apa dia? Mengidam? Kau mengandung ke?" Soal Carl sengaja. Dia mahu juga tengok bagaimana reaksi Irene. Dia tahu Irene terlepas cakap tentang mengidam.

Terus terdiam Irene dibuatnya. Dia mengambil lagi sebiji manggis dan terus turun dari pokok itu.

"Tak adalah. I gurau je." Bohongnya lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi batu yang berada di bawah pokok manggis itu.

Carl hanya tersenyum sinis. Walaupun sekarang Carl sedang cuba untuk menerima Irene, sampai kini Irene masih enggan jujur dengannya.

"Kau ada nak pergi mana-mana tak hari ni?" Soal Carl sebelum dia turut melabuhkan duduknya pada kerusi batu berhadapan dengan Irene.

Irene menggeleng. Dia mengangkat keningnya memandang wajah si suami.

"Kenapa you tanya?" Soal Irene kembali. Jarang Carl mahu menyoal tentang kehidupannya.

"Selama kita kahwin, aku tak pernah bawa kau pergi jalan-jalan. Apa kata kita pergi jalan-jalan hari ni?" Carl tersenyum kecil. Bukan apa, dia cuma bosan duduk di rumah. Apa salahnya luangkan masa dengan isteri sendiri.

Tidak berkelip Irene memandang Carl. Dia dapat rasakan Carl agak lain hari ini. Biasanya, Carl sentiasa dingin dengannya.

"You mimpi apa nak bawa I keluar?" Soal Irene kembali. Dia terkejut. Namun dia gembira mendengar itu.

"Aku serius ni. Pergilah tukar baju. Tak payah pakai baju lawa sangat. Kau bukannya cantik pun.." Ucap Carl lalu dia bangkit dari duduknya. Kakinya mula dihayunkan menjauhi si isteri.

"Eleh! Cakap je lah you takut lelaki lain tergoda dengan I!" Jerit Irene kuat. Ingat dia tak tahu ke Carl risau dia digoda lelaki lain?

 Ingat dia tak tahu ke Carl risau dia digoda lelaki lain?

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.
𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Kde žijí příběhy. Začni objevovat