49 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

"Hi, Carl.. Dah balik?" Soal Irene yang baru saja keluar dari dapur itu. Carl hanya mengangguk. Matanya setia memandang kek yang tersedia di atas meja itu.

Tergelak Irene tatkala melihat Carl merenung lama kek yang dibuatnya. Dia membuka apron yang melilit tubuhnya itu lalu disangkutkan pada tempat penyangkut.

"Apa yang you tercegat lagi? Duduklah. I buat kek ni special untuk you tau.." Ujar Irene lalu dia menarik kerusi untuk suaminya. Carl terus melabuhkan duduknya. Kot kerjanya dibuka sebelum diletakkan pada kerusi di sebelahnya.

"Kau mesti beli kek ni dekat Secret Recipe kan?"

Soalan Carl itu membuatkan senyuman di wajah Irene terus pudar. Dia merenung tajam wajah suaminya itu.

"Apa masalah you ni! Penat I buat kek ni sorang-sorang! You cakap I beli dekat Secret Recipe?! Amboi! Sedap mulut you!" Marah Irene. Berjam-jam dia menghabiskan masanya untuk menghasilkan sebiji kek untuk Carl. Akhirnya? Carl cakap dia beli? Wah. Melampau ni melampau!

Terkebil-kebil Carl melihat Irene yang tiba-tiba menjadi gorilla itu. Dia menelan air liurnya sedikit demi sedikit. Meremang pula bulu romanya melihat wajah si isteri yang sudah merah.

"Aku gurau je lah. Itu pun nak marah. Kau period ke apa?" Carl menjeling. Gurau sikit pun tak boleh? Mood perempuan memang tak teratur ke apa? Sekejap gembira sekejap marah.

Irene menjeling suaminya itu. Rasa marahnya masih tersisa. Sampai hati suaminya kata dia beli kek. Nampak sangat Carl langsung tidak menghargai usahanya.

"You nak air apa ni?!" Soal Irene dalam nada yang tinggi. Terkejut Carl dibuatnya. Tak akanlah sebab itu pun nak marah?

"Kau ni dah kenapa nak marah aku? Aku gurau je.." Semakin pelik Carl dengan isterinya. Baru saja dia mahu cuba berbaik dengan Irene, malah dimarah pula. Jangan sampai dia tarik semula niatnya.

"Jawablah! I tanya you ni you nak air apa?!" Irene menghentak meja makan itu. Terhinjut bahu Carl akibat terkejut.

"Sirap bandung laici letak biji selasih." Jawab Carl selamba. Terbeliak biji mata Irene mendengar. Fuh! Suaminya memang cari pasal dengannya.

"Kepala otak kau! Mana aku nak cari biji selasih sekarang ni, lahanat? Jangan sampai biji mata kau aku jadikan biji selasih!" Jeling Irene lalu dia meninggalkan Carl sendiri. Terkebil-kebil Carl memandang isterinya. Apa jadi sebenarnya?

"Takkan sebab Secret Recipe dia nak marah macam tu? Hormon orang mengandung ke apa?" Soal Carl yang masih terkejut. Terus berubah perangai isterinya. Dia sendiri tidak pasti itu isterinya atau bukan. Mungkin isterinya dirasuk?

HAMPIR sepuluh minit Irene berada di dapur, dan akhirnya keluar juga. Carl yang masih setia menunggu di meja makan itu dituju. Cawan kaca diletakkan kuat di hadapan Carl. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan duduknya.

"Mana sirap bandung aku? Asal air kosong ni?" Soal Carl hairan. Wah! 10 minit dia tunggu macam Barbie Doll dekat sini, ini yang dia dapat? Main kasar ni.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now