49 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

Tangan Irene menarik cadar Carl yang sudah basah itu. Namun tangannya ditarik kasar oleh Carl. Tubuhnya ditolak rapat ke dinding. Tangan Carl kini diletakkan ke dinding mengepung si isteri dari melarikan diri.

Carl memandang tepat pada mata isterinya. Irene sudah gelisah. Terlalu banyak rahsia yang dia simpan dari Carl sehingga dia sendiri bingung rahsia yang mana satu Carl maksudkan.

Mata Irene memandang halkum Carl yang bergerak-gerak itu. Dia terus menggigit bibirnya. Dia takut segala rahsia kejahatannya sudah diketahui Carl.

"Jangan nak tukar topik, sayang. Aku tanya kau elok-elok.. Ada apa-apa rahsia yang kau sorokkan dari aku?" Sekali lagi Carl menyoal. Laju kepala Irene menggeleng. Mustahil untuk dia jujur kepada suaminya. Kejujurannya itu akan mengakibatkan hubungan mereka berdua semakin teruk.

"Tak ada, Carl! Sumpah! I tak ada sorok apa-apa dari you. I tak tipu.." Sedaya upaya Irene mahu menyakinkan Carl. Carl tersenyum sinis.

"Janganlah tunjuk sangat gelabah tu. Aku tanya je." Carl terus menurunkan tangannya dan bergerak mencapai tuala untuk membersihkan diri.

Irene sudah menghela nafas lega. Mahu hilang jantungnya apabila digertak begitu oleh Carl. Cepat-cepat dia mencabut cadar Carl dan pergi dari bilik suaminya. Semakin lama dia di sini, semakin seram pula rasanya.

 Semakin lama dia di sini, semakin seram pula rasanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEK yang sudah siap dibakar diletakkan di atas meja. Irene tersenyum melihat hasil kek yang sempurna itu. Tidak sangka pula dia berjaya menghasilkan sebiji kek yang tiada cacat cela.

Irene membiarkan kek itu sejuk di atas meja. Dia mengambil bekas-bekas yang sudah diguna itu lalu meletakkannya di dalam singki. Bahan-bahan yang masih berada di atas meja itu diambil dan disusun kembali ke dalam kabinet. Selesai dia mengemas, dia mencapai pisau kek yang berada di dalam laci. Dia memotong kek itu dengan penuh berhati-hati.

Kek itu diletakkan di atas pinggan lalu dihidangkan untuk suaminya. Lagi 5 minit Carl akan pulang ke rumah, jadi dia sudah siap sedia untuk minum petang bersama Carl.

"Siap pun. Harap sedaplah.. Kalau tak sedap, jatuh air muka aku." Ucap sendiri. Kalau tidak sedap, habislah telinganya terpaksa mendengar bebelan dan hinaan Carl.

Pintu rumah ditolak dari luar. Dari luar lagi bau kek yang baru saja siap itu masuk ke rongga hidung Carl.

"Bau apa ni? Ada kelas buat kek ke apa dekat rumah aku?" Soal Carl sendiri. Dia terus melangkah menuju ke dapur. Terbeliak biji matanya melihat ada sebiji kek di atas meja. Matanya jatuh pada kek yang sudah siap dipotong itu.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now