47 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

"Benda apa ni?" Soalnya hairan. Masuk tiada salam, tiba-tiba lempar sampul surat. Surat pecat kerja ke apa ni?

"Buka. Aku tahu kau dah tahu dari awal benda ni. Cuma kau tak nak jujur dengan aku." Ucap Cadee dengan penuh serius. Matanya memandang tajam wajah Daren.

Perlahan-lahan tangan Daren membuka sampul surat itu lalu dia mengeluarkan beberapa keping gambar.

Senyuman sinis terukir di bibir Daren tatkala melihat semua gambar itu. Dia meletakkan gambar itu di atas meja sebelum dia memandang kembali ke arah Cadee.

"Betul. Aku dah tahu dari awal lagi." Akhirnya, Daren mengaku. Lama dia menyimpan tentang ini kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Hubungan Carl dan Irene ketika itu tidak begitu baik, jadi dia tidak mahu menjadi batu api dan menjadi asbab hubungan Carl dan Irene semakin teruk.

"Kenapa kau tak bagitahu aku? Ini kalau Carl tahu macam mana?" Cadee menggeleng kepalanya seakan tidak percaya dengan pengakuan Daren. Keadaan kini sudah menjadi lebih teruk. Dengan Carl yang sudah hampir gila, Irene pula dah mati. Namun tiada langsung keadilan untuk Ayeshah?

"Kau nak aku bagitahu dengan keadaan Carl dengan Irene tak elok? Sekarang? Sorang mampos sorang gila? Kau nak aku bagitahu?" Daren tergelak sinis. Dia menggeleng kepalanya. Tidak percaya dengan setiap bait ayat yang keluar dari mulut Cadee.

"At least kau jujur, Daren. Kalau Carl jumpa benda ni macam mana?" Cadee menepuk dahinya sendiri. Bingung mahu memikirkan adiknya yang masih tidak stabil itu.

"Aku tak jahat lagi nak hancurkan hubungan orang walaupun orang tu sendiri yang nak hancurkan hubungan dia.." Ucap Daren lalu dia kembali fokus terhadap kerjanya itu.

Cadee memandang Daren hairan. Terlalu banyakkah rahsia yang Daren simpan?

"Apa kau cakap ni?"

Daren hanya tersenyum. Satu perkataan pun tidak keluar dari mulutnya setelah Cadee menyoal.

"Daren..? Apa maksud kau?" Cadee masih tidak berpuas hati mendengus ayat yang keluar dari mulut Daren itu.

"Wait and see." Jawabnya ringkas.

Pintu terbuka dari luar. Laju Cadee dan Daren menoleh ke arah pintu. Xylon yang baru saja melangkah masuk itu terus mengerutkan dahinya.

"Apahal? Muka serius sangat asal?" Soalnya pelik. Pandang orang macam nak makan pun ada.

Xylon melangkah ke arah Cadee dan Daren. Matanya jatuh pada kepingan gambar yang berterabur di atas meja Daren. Pantas tangannya mengambil gambar itu.

Gelak sinis keluar dari mulutnya.

"Siapa hantar benda ni? Dah berbulan jadi baru nak muncul?" Dia mendengus kasar sebelum meletakkan kembali gambar itu di atas meja.

"Kau pun tahu?" Soal Cadee tidak percaya. Selama ini, Daren dan Xylon tahu segalanya. Cuma mereka memilih untuk berdiam diri dan melihat saja rancangan Irene.

Xylon mengangkat bahunya sebagai jawapan. Jelas dari riak wajah Cadee, dia terkejut.

"Siapa yang hantar benda ni? Mana jumpa?" Soal Xylon lagi. Dia malas mahu mendengar soalan Cadee. Dia tahu Cadee akan menyoalnya kerana merahsiakan perkara ini.

"Dekat bilik Carl." Jawab Daren. Dari awal lagi dia sudah nampak sampul surat ini di bilik Carl, cuma dia malas mahu mengambil sampul ini.

"Tak adil untuk Ayeshah kalau Irene terlepas macam tu.." Ucap Cadee tiba-tiba. Pantas mereka berdua memandang Cadee.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now