Marsha hampir mengalirkan air mata lalu dia cepat-cepat memeluk tubuh Arshad agar Arshad tak nampak air matanya tumpah.

"Abang nak sayang selalu ada dengan abang. Abang nak kita sama-sama masuk syurga Allah. Mesti seronok kan dalam syurga nanti." Arshad membelai kepala Marsha. Dia sudah membayangkan kebahagiannya bersama Marsha dan anak-anaknya nanti.

Bunyi tangisan Marsha mula kedengaran. Dia sedaya upaya untuk tidak menangis. Namun, dia kalah dengan perasaannya sendiri. Semakin lama dia mula rasa tak mahu berjauhan dengan Arshad.

"Kenapa ni?"

Arshad merenung wajah Marsha yang sudah lenjun dengan air mata. Marsha menggeleng.

"Abang... Kalau kita mungkir janji, kita akan jadi orang munafik kan?"

Arshad mengangguk. "Abang ada janji apa-apa ke dengan sayang yang abang masih belum tunaikan?"

"Tak ada lah. Saja Sha tanya. Dah lah, jom lah tidur. Esok abang nak kerja. Tiba-tiba pula emosi malam ni. Tak tahu kenapa." Marsha tergelak kecil sambil menyeka air mata yang masih tersisa.

"Khaulah dah tidur ke? Abang nak cium Khaulah dulu." Arshad bangun menuju ke arah baby cot. Setelah dia bacakan ayat kursi dan doa tidur, dia hembuskan ke seluruh tubuh anaknya. Setiap malam dia akan melakukan perkara yang sama.

Kemudian, dia berbaring di sisi Marsha sambil mengalunkan bacaan surah al-mulk. Marsha hanya menghayati alunan suara Arshad di sisinya. Lama-kelamaan matanya terpejam.

MARSHA pastikan Arshad tidur terlebih dahulu dan dia hanya tidur ayam sahaja. Siang tadi, Puan Rozita sudah hubungi dia untuk mengingatkan dia. Dia terpaksa tinggalkan orang yang dia cinta semata-mata untuk memuaskan hati ibu mertuanya.

Marsha berjaya menyusup keluar dari rumah banglo Dato' Mukriz. Dia membawa kereta menuju ke selatan tanah air. Dia ingin menumpang teduh di rumah seorang kenalannya di media sosial. Dia pernah mengikuti usrah online bersama rakannya itu.

Keesokan pagi, Arshad mula terjaga dari tidur. Dia sedar saja, Marsha sudah tiada di sisi. Arshad bangun menuju ke bilik air untuk bersiap untuk melaksanakan solat tahjud. Kemudian, dia berasa aneh dengan keadaan ketika itu. Anaknya Khaulah juga tiada di dalam baby cot. Dia pun keluar dari bilik dan melangkah menuruni tangga. Mungkin Khaulah terjaga, sebab itu Marsha bawa keluar dari bilik.

"Sayang...." Arshad memanggil Marsha. Namun, keadaan masih sunyi. Tiada satu lampu pun yang terpasang. Arshad mula tak sedap hati. Dia naik ke bilik semula.

Almari baju dibuka dan banyak baju Marsha yang telah tiada. Hanya tinggal beberapa helai baju sahaja. Arshad cuba menghubungi Marsha. Namun, panggilannya tidak dijawab.

"Sayang... Sayang pergi mana ni? Jangan buat abang macam ni." Arshad meraup rambutnya kebelakang. Jantungnya berdegup laju.

Kemudian, matanya menangkap sekeping kertas yang Marsha tinggalkan di atas meja. Arshad membaca tulisan yang terdapat pada kertas tersebut.

Abang,
Sha minta maaf sebab terpaksa pergi dari hidup abang. Abang anggaplah jodoh kita sampai disini saja. Sha nak abang bahagia dengan orang yang abang sayang. Abang kahwin lah dengan orang yang lebih baik dari Sha. Abang boleh lepaskan Sha kalau abang mahu. Sha terpaksa bawa Khaulah pergi sebab Sha terlalu sayangkan dia. Sha tahu abang pun sayang Khaulah. Tapi demi masa depan anak kita, Sha terpaksa pergi dari sini. Kalau abang nak bencikan Sha lepas ni, Sha tak kesah. Tapi Sha nak abang tahu yang Sha akan selalu cintakan abang. Abang kahwinlah dengan Marsha Afrina. Cinta hati abang yang telah tertukar dengan Sha. Sha tak patut hadir dalam hidup abang. Sha tak layak jadi isteri abang. Afrina lebih layak. Dia lebih baik daripada Sha. Sha harap abang bahagia. Jaga diri ya. Jangan skip makan. Minta maaf Sha tak dapat jaga makan pakai abang lagi. Sha pun akan jaga diri Sha. Sha akan jaga anak kita baik-baik. Jangan risau.

Arshad merenyukkan kertas tersebut kemudian dia lemparkan ke dinding.

"Arrrrggggggghhhhhh!!!" Arshad menjerit sekuat hati.

"Astaghfirullah..." Arshad meraup wajah. Dia mula beristighfar untuk menenangkan hatinya yang seperti dirasuk syaitan.

"Sampai hati awak buat saya macam ni. Sha... Mana awak pergi? Kenapa awak tinggalkan saya?" Arshad meraup wajah. Arshad menangis teresak-esak. Pasti Marsha sudah pergi jauh. Ke mana pula dia nak cari isteri dan anaknya. Dia tak tahu harus cari mereka di mana.

Tukk! Tukk!

Bunyi ketukan di pintu bilik mengejutkan Arshad. Dia pantas membuka pintu. Mungkin isterinya berpatah balik dan tak jadi untuk pergi.

"Acad, kenapa menjerit awal pagi ni?" Terpacul tubuh Dato' Mukriz di depan pintu bilik. Dato' Mukriz pelik melihat wajah sugul Arshad.

"Pa... Sha dah tak ada," ucap Arshad dengan nada lemah.

"Marsha tak ada, pergi mana?"

"Tak tahu... Sha bawa Khaulah pergi dari sini. Dia orang dah tinggalkan Acad." Arshad menangis teresak-esak di depan Dato' Mukriz. Rambutnya diramas akibat terlalu serabut.

"Allahu akhbar... Ke mana pula budak ni pergi. Dah besar pun masih buat hal lagi." Dato' Mukriz jatuh kasihan melihat Arshad.

"Tak apa. Nanti papa suruh orang papa carikan dia. Papa yakin dia takkan pergi jauh. Mesti dia masih ada di sekitar sini. Dia mana ada kawan di luar KL ni." Dato' Mukriz mengusap belakang Arshad. Apa pula yang Marsha cuba lakukan kali ini? Kalau tak buat masalah memang bukan Marsha.

sorry sebab dah lama tak update

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now