43 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

"Ini bukan Melissa yang aku kenal. Melissa yang aku kenal, dia tak lemah macam ni. Dia suka melawan, suka buat orang marah. Apa jadi dengan kau ni?" Alysse menikam tajam wajah Irene. Setahunya, Irene ini seorang perempuan yang tidak dengar kata. Sesiapa yang berhadapan dengannya pasti akan sakit hati.

Irene hanya diam. Dia sendiri tidak faham mengapa dengan dirinya. Dia akan menjadi lemah apabila berhadapan dengan Carl.

"Melissa.. Kau kena ubah diri kau. Kau tak boleh biar orang pijak kau. Sampai bila kau dengan Carl nak macam ni? Kalau sampai bila-bila hubungan korang berdua masih macam ni, memang tak akan bahagialah.." Pesan Alysse. Dia hanya mahu yang terbaik untuk sahabatnya. Dia tidak mahu Irene hidup dalam keadaan derita. Cukuplah Irene hidup derita bersama ayah dan ibunya.

"Ini bukan Melissa. Ini Irene. Irene dia lemah. Dia kalah dengan lelaki. But Melissa.. Dia tak pernah kalah dengan lelaki. Aku nak kau jadi Melissa bukan Irene.." Ivan memukul lengan Irene perlahan. Irene hanya mengangguk. Dia akan cuba. Dia tidak akan lepaskan peluang yang ada.

"Mel... Kau dah bagitahu Carl ke yang kau mengandung?" Soal Ian tiba-tiba. Mereka terus memandang Irene. Serta merta riak wajah Irene bertukar. Hingga kini, dia masih belum jujur dengan suaminya.

KERETA diparkir di hadapan farmasi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KERETA diparkir di hadapan farmasi. Sejak mengandung, dia rasa macam badannya asyik lemah. Dia kurang bertenaga. Jadi dia mahu mencari vitamin untuk mengekalkan tenaga dalam tubuhnya. Jika dia lemah, pasti Carl akan tahu tentang kandungannya.

"Hai cik.. Cari apa ya?" Soal penjual itu. Irene menghadiahkan senyuman kecil kepada penjual itu sebelum dia membuka mulut.

"I nak cari vitamin. Ada tak?"

Penjual itu terus mengangguk kepalanya. "Ada. Tunggu sekejap. Saya ambilkan.."

Irene turut mengangguk kepalanya dan menunggu saja penjual itu datang semula kepadanya.

LELAKI yang memakai serba hitam itu mendekati kereta Irene. Dia menoleh ke arah farmasi itu sekilas sebelum dia mengeluarkan alat pemotong dari poket seluarnya.

Tangannya laju memotong brek kereta Irene. Selesai saja brek itu diputuskan, dia terus bangkit dan mahu berundur dari situ.

Irene memandang hairan ke arah lelaki yang berada di sekitar keretanya. Laju kakinya berlari ke arah lelaki itu.

"You buat apa ni?" Soal Irene kepada lelaki itu. Pantas lelaki itu menoleh ke arah Irene. Dia berundur setapak ke belakang.

"Tadi ada orang nak curi kereta kau. Aku dah halau dia." Jelas lelaki itu. Irene hanya mengangguk kepalanya tanda faham. Dia melakar senyuman di bibirnya.

"Terima kasih.." Ucap Irene dan terus meloloskan diri ke dalam kereta.

PEDAL minyak ditekan rapat. Irene gemar memandu dalam kelajuan yang tinggi. Baginya, ini satu kepuasan.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now