43 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

Carl terpandang ke arah satu lagi kertas yang berwarna putih. Namun kertas kali ini lebih besar daripada tadi.

"Kau ni dah kenapa main tulis surat? Penat aku nak membaca.." Keluhan dilepaskan. Nasib baiklah isteri.

Kertas itu dibuka. Matanya fokus memandang setiap ayat yang tertulis di dalam kertas itu.

I nak keluar sekejap. Mungkin waktu you baca surat I dah tak ada. Tak.. Bukannya mati, cuma I keluar pergi jumpa kawan. Kalau I mati pun bukannya you kesah kan? You bukannya sayangkan I pun. I minta izin keluar tau? Semoga hari you hari ni menjadi hari yang indah tanpa menghadap muka I.

"Siapa cakap aku tak sayang kau? Aku sayang.. Cuma.. Ego?" Carl tergelak kecil. Dia memasukkan kertas itu ke dalam begnya sebelum dia bangkit dari duduknya. Dia terus keluar dari rumah dan menuju ke kereta.

KEPALA ditoleh ke arah Irene yang baru saja sampai itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEPALA ditoleh ke arah Irene yang baru saja sampai itu. Dari riak wajah Irene saja mereka sudah dapat tahu Irene masih tidak berjaya memikat hati Carl. Perkahwinan mereka sudah dua bulan, namun usaha Irene masih tidak mendatangkan hasil.

"Kau okay ke?" Soal Alysse risau. Wajah Irene jelas menunjukkan dia tidak dalam keadaan baik. Muram aje.

"Okay." Jawab Irene sepatah. Dia mengangguk kepalanya berkali-kali mahu menunjukkan kepada sahabatnya itu bahawa dia dalam keadaan baik.

"Macam mana dengan Carl? Dia dah terima kau belum?" Soal Ian pula. Irene mengeluh kecil sebelum dia menggeleng.

Ian terus melepaskan keluhannya. Dia tidak sangka pula Carl masih berkeras hati dengan Irene. Mereka bukannya baru bernikah semalam, malah sudah dua bulan.

"Apa plan kau lepas ni?" Soal Ivan pula. Dia hanya merenung saja wajah Irene yang tiada senyuman itu.

Irene mengangkat bahunya. Dia bingung. Dia sudah tidak tahu mahu lakukan apa lagi demi memikat hati suaminya.

"Cuba kau stop buat hal. Ubah perangai tu. Macam mana dia nak terpikat dengan kau kalau perangai kau macam ni?" Ivan mengeluh. Bagaimana Carl mahu tertarik dengan Irene jika Irene masih berperangai seperti kanak-kanak?

"You nak I buat apa lagi? I dah cuba. I masakkan untuk dia. Baju dia I iron. Apa lagi yang tak cukup?" Irene menongkat dagunya. Rasanya itu saja tugas seorang isteri. Namun mengapa Carl masih tidak memandangnya?

"Itu je kau buat? Kalau itu je kau buat, macam mana dia nak terpikat? Kau cubalah duduk dengan dia, dengar masalah dia.." Ian menggeleng kepalanya. Jangan sampai dia pula yang gantikan tempat Irene sebagai isteri Carl.

"Hidup I pun dah penuh dengan masalah, ini nak dengar masalah dia? Makin bermasalah I ni.." Mendengar kata-kata Irene itu, Alysse terus memandang Irene hairan.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now