41 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

"Tariklah nyawa aku.. Aku tak sanggup nak hadap semua ni lagi.. Kalau nyawa aku boleh diganti dengan kebahagiaan isteri aku.. Kau tariklah nyawa aku dan biarkan dia bahagia dengan orang lain.. Aku tak mampu bahagiakan dia.."

"Kenapa kau satukan aku dengan dia? Aku bukan lelaki yang baik. Aku jahat. Aku sendiri tak boleh bimbing diri aku macam mana aku nak bimbing dia? Kalau betullah dia jodoh aku, memang ke nerekalah kita orang berdua.."

Carl mengeluh. Irene sepatutnya dapat lelaki yang jauh lebih baik darinya. Dia tiada apa-apa. Harta? Itu semua harta abangnya. Dia hanya menumpang saja. Ilmu? Tiada. Ilmu tentang agama lagilah kelaut.

"Aku.. sayang dia ke?" Soal Carl sendiri. Dia masih keliru dengan perasaannya sendiri.

"Aku... sayang dia.." Jujur Carl.

"Kenapa dia buat aku macam ni? Dia sanggup main dengan lelaki lain? Aku? Walaupun aku masih cuba untuk sayangkan dia.. Aku tak pernah terfikir untuk curang.. Kenapa dia buat macam tu?"

Carl menggeleng kepalanya perlahan. Dia benar-benar kecewa. Dia tidak mampu menahan rasa kecewa ini.

Carl bangkit dari duduknya. Dia menuju ke tingkap kaca itu sebelum dia menumbuk kuat tingkap itu. Habis berkecai. Tangannya yang sudah berdarah tidak dihiraukan.

"KENAPA IRENE?! KENAPA KAU SANGGUP BUAT AKU MACAM NI?!"

Daren menendang pintu bilik itu sebelum dia menarik kuat tubuh Carl daripada terus menumbuk tingkap kaca itu.

"Carl! Sabar, Carl!"

"LEPASKAN AKU!! AKU TAK SANGGUP LAGI NAK HIDUP!!"

"Kau gila ke, Carl?! Berhenti!" Daren menarik kuat tubuh Carl. Dia mengheret tubuh Carl keluar dari bilik itu. Patutlah dia rasa tidak sedap hati, tahu-tahu dia sampai disini dan melihat lampu bilik di tingkat atas sekali terbuka.

Carl menghamburkan tangisannya. Daren melepaskan nafas berat apabila melihat tangan Carl yang sudah berdarah itu.

"APA SALAH AKU?! KENAPA DIA SANGGUP BUAT AKU MACAM NI?! AKU SAYANG DIA!" Dinding ditumbuk kuat oleh Carl.

Daren hanya diam. Mendengar saja setiap kata yang keluar dari mulut Carl. Jelas dari riak wajah Carl, dia sudah menyayangi Irene.

"Kenapa.. Daren? Aku tak layak bahagia ke? Kalau betul aku tak layak.. Tariklah nyawa aku.. Aku tak sanggup.." Carl bangkit dari duduknya dan terus menuju ke arah Daren yang berdiri tidak jauh darinya.

"Bunuh aku, Daren.."

Laju Daren menggeleng kepalanya. Gila. Carl sudah gila.

"Apa kau cakap ni?" Soal Daren terkejut. Carl hanya biarkan air matanya mengalir.

Pisau yang berada tidak jauh dari mereka itu dicapai oleh Carl. Laju tangannya menghulur pisau itu kepada Daren.

"BUNUH AKU, DAREN FREEDY!! AKU TAK NAK HIDUP!!!"

Daren menyepak pisau ditangan Carl itu dan terus menarik Carl keluar dari markas. Dia membawa Carl masuk ke dalam keretanya.

"Diam, Carl. Aku tak nak dengar kau cakap benda bodoh lagi." Tegas Daren. Dia memandang tajam Carl yang masih menangis itu.

"Aku.. tak nak hidup lagi..."

Carl terus memeluk tubuh Daren yang berada di sisinya itu. Tersentak Daren apabila tiba-tiba dipeluk Carl.

"Kenapa Irene buat aku macam ni, Daren?" Soal Carl. Air matanya sudah membasahi baju Daren.

"Dia tak sayang aku ke?"

Perlahan-lahan tangan Daren naik mengusap kepala Carl.

"Dia sayang kau.. Cuma dia tersilap langkah.." Pujuk Daren bersama tangan yang mengusap lembut kepala Carl.

"Kalau dia sayang aku.. Kenapa dia sanggup buat macam tu?" Teresak-esak Carl menangis.

"Dia.. tersilap, Carl.. Dia tak nak pun buat macam tu.." Ujar Daren. Walaupun dia sendiri tidak tahu mengapa Irene buat begitu, dia harus menipu Carl. Carl tidak pernah menangis begini. Hodoh rupanya..

Daren menolak tubuh Carl jauh darinya. Tisu diambil sebelum dihulurkan kepada Carl.

"Ambil.. Lap air mata kau tu. Kau tu lelaki.. Jangan menangis.. Muka handsome tapi menangis nak buat apa?" Ucap Daren selamba. Carl yang menangis tadi terus menjeling Daren. Tisu di tangan Daren dirampas kasar.

"Hah marah marah. Tadi menangis macam budak kecil. Sekarang marah pula.." Jeling Daren. Carl turut membalas jelingan Daren.

"Keluar. Pergi naik kereta kau. Aku tak ada buat perkhidmatan Grab." Halau Daren. Tubuh Carl ditolak perlahan.

"Tak ingin aku naik kereta kau.." Ucap Carl dan terus keluar dari kereta Daren. Pintu kereta Daren dihempas kuat.

"Memang minta kena bunuh jantan tak guna ni." Gumam Daren dan terus memecut laju meninggalkan markas EC.

" Gumam Daren dan terus memecut laju meninggalkan markas EC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued

—Cerita ni tak sepenuhnya action & mafia sebenarnya. Sama macam cerita CADEE ZENIA. More to romance. Jadi dalam story Carl ni ada a few part je yang scene bergaduh and ganas. Itu part akan datang.

—Maafkan saya sebab tak dapat update semalam ♡

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now