41 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

"Jaga mulut kau. Orang baik selalu pergi dulu. Kau bila nak pergi? Rimas mata aku tengok perempuan muka berlapis-lapis macam kau. Baik jadi kek lapis je. Kenyang juga perut aku nanti.."

Berkerut dahi Irene mendengar kata-kata suaminya. Apa yang dia cakap tu, Raju?

"Apa you merepek ni? I tengah serius ni. Kenapa tiba-tiba you cakap pasal kek lapis?" Soal Irene hairan. Kenapalah dia dapat suami yang terlalu random begini.

"Merepek? Aku merepek? Aku merepek pun ada maksud tersirat dalam ayat tu. Kau je pekak.." Carl menjeling. Malasnya dia mahu bergaduh.

"You! Jahatnya you ni! Sampai hati you cakap I macam tu!" Jerit Irene kuat. Pekak? Suaminya kata dia pekak?

"Hah! Yelah! Memang aku je yang jahat dalam dunia ni. Asal muka aku je jahat. Asal muka aku je macam iblis.. Tak sedar ke kau pun dua kali lima je?" Carl mengeluh. Kakinya diayun menaiki tangga. Terkebil-kebil Irene memandang Carl.

"Dia nak marah ke nak buat lawak?" Soal Irene sendiri.

KERETA diparkir di hadapan markas EC, atau lebih dikenali sebagai Echos Cédric

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KERETA diparkir di hadapan markas EC, atau lebih dikenali sebagai Echos Cédric. Pintu keretanya dibuka dari dalam sebelum dia turut melangkah keluar dari perut keretanya.

Langit gelap dipandang seketika. Kakinya mula diayun masuk ke dalam markas. Hari ini dia tiada rasa mahu tidur di rumah. Hatinya masih terasa dengan isterinya. Jadi, dia membuat keputusan untuk tidur di markas saja. Kalau mahu tidur di rumah Cadee, nanti kena ceramah pula. Rimas.

Carl mengeluh perlahan apabila matanya hanya dihiasi dengan senjata dan peralatan tajam. Di sini sudah tentu banyak bilik, namun tiada katil. Mengapalah dia boleh terfikir untuk tidur di sini?

Pintu bilik di tingkat atas sekali dibuka. Dia menghidupkan suis lampu dan kipas yang terletak di tepi pintu itu. Matanya memandang kosong keadaan bilik yang jelas tiada apa-apa.

Carl melabuhkan punggungnya di atas lantai bersama mata memandang langit yang dihalangi oleh tingkap kaca itu.

Dia terlalu penat dengan semua ini. Dia hampir mahu mengalah. Mengapa semua ujian yang berat ini Tuhan turunkan kepadanya?

"Kenapa mesti aku? Banyak sangat ke salah aku sampai Tuhan asyik turunkan ujian pada aku?" Soalnya sendiri. Kepala digelengkan. Dia tidak faham, mengapa dia selalu diuji?

"Kenapa Tuhan selalu uji aku? Aku lemah. Aku tak kuat nak hadap semua ujian yang Dia bagi. Kenapa dia tak bagi ujian yang besar macam ni pada orang yang lebih tabah daripada aku? Kenapa mesti aku orangnya?"

Carl menundukkan wajahnya. Lepas satu masalah selesai, satu lagi muncul. Rasanya masalah hidup Carl tidak akan habis selagi dirinya masih wujud di dunia ini.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now