40 || ERDEN'S ✧.*

Start from the beginning
                                    

"Kalau macam tu.. I siapkan bekal untuk you. Nanti waktu lunch you makanlah.." Ujar Irene dan terus melangkah mahu turun ke dapur.

Baru saja langkah dibuka. Langkah terhenti apabila mendengar kata-kata suaminya.

"Aku nak keluar lunch tengahari nanti." Ucap Carl dan terus menutup pintu biliknya dengan kuat.

Semakin bertambah kecewa Irene apabila ditolak begitu saja oleh suaminya sendiri. Perlahan-lahan kakinya melangkah turun.

Carl yang berada di hadapan cermin itu merenung wajahnya sendiri. Melihat wajah isterinya, hatinya seakan dikoyak. Sakit mahu menanggung rasa kecewa di hati.

"Macam mana kau boleh buat baik dengan aku sedangkan kau tengah tipu aku sekarang ni, Irene Melissa?" Gumam Carl sendiri. Senyuman kecil terlakar di bibirnya.

"Memang hidup aku ni untuk dipergunakan ke?" Tawa kecil Carl terletus. Dia menggeleng kepalanya perlahan. Kecewa. Ya, itulah yang dia rasa sekarang.

KAKI Carl diayun menuju ke arah biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KAKI Carl diayun menuju ke arah biliknya. Sedang dia berjalan, dia terhenti di hadapan pintu bilik Daren. Kepalanya dipusing menghadap ke bilik itu. Setahunya, Daren sudah pulang dari Itali.

Tombol pintu itu dipulas tanpa mengetuk terlebih dahulu. Daren dan Xylon yang berada di dalam bilik itu terkejut tatkala pintu itu dibuka tiba-tiba.

Carl memandang wajah Daren dan Xylon sebelum dia menarik kerusi di hadapan meja Daren.

Xylon memandang wajah Daren lalu pandangannya dialihkan ke arah Carl. Terkejut pula rasanya apabila Carl tiba-tiba berada di sini.

"Apa yang kau tahu?" Soal Carl tiba-tiba. Berkerut dahi Daren dan Xylon mendengar soalan dari Carl. Sudahlah masuk bilik orang tiba-tiba, lepas tu bagi soalan tergantung pula.

"Tahu apa?" Soal Xylon kembali. Mengapa perangai Carl pelik hari ni? Daren menatap wajah Carl lama. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena antara Carl dan Irene.

"Kau bagitahu aku semua pasal Irene yang kau tahu. Aku tahu kau selama ni perhati dia. Mesti kau tahu apa yang jadi sekarang.."

Mendengar itu, Daren dan Xylon terus memandang antara satu sama lain. Mereka pasti Carl sudah tahu tentang kandungannya Irene. Dari riak wajah dan perangai Carl hari ini saja sudah boleh menjelaskan semuanya.

"Apa yang kau nak tahu?" Soal Daren kembali. Carl mengeluh sebelum dia menghentakkan kepalanya pada meja Daren.

Laju tangan Xylon menarik tubuh Carl. Dia menghentikan tindakan Carl yang gila itu.

"Kau dah kenapa ni? Cuba cerita dekat kita orang.." Ujar Xylon sambil memegang kepala Carl. Nasib tidak kuat, kalau tidak.. Sudah berdarah kepala Carl.

Carl mengangkat wajahnya memandang tepat ke arah Daren. "Dalam perut dia tu anak siapa?"

Terdiam Daren dan Xylon mendengar itu. Bagaimana dia mahu menjawab soalan Carl sedangkan mereka sendiri pun tidak tahu?

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now